Berus Gigi


Adik aku pandai wat kelakar. Sumpah kelakar gila!

Ala-ala Ajis Satar pun ada.

 

Aku : Mir, kau gosok gigi tak pagi tadi..?

Mira: Gosok laaa.

Aku : Tak nampak pun kau punya berus gigi. Ko pakai berus gigi abang ehhh..?

Mira : Tak laaa. Adik gosok gigi pakai berus gigi yang kat atas tu punya. Besar. Warna coklat.

 

Lepas jalan 2,3 langkah baru aku respond. Kau memang kelakar adikku!

Kau memang umiRAJA LAWAK.

 

Berus gigi yang dimaksudkan ;

Kau ada ?

 

 

2011


Lepas satu tahun, datang lagi satu tahun. Lepas tahun yang dulu, datang pula tahun yang baru.
Dulu tulis 2010 sekarang dah tulis 2011.
Dulu baru setahun, sekarang ni dah masuk 2 tahun.

Hepi anibeseri “AGUNGNYA DOA IBU”

Suwwiitttt… (•͡.̮ •͡ )

Posted with WordPress for BlackBerry.

MUDAH.COM.MY


Mudah-mudahan dipermudahkan jalannya.
Amin

Posted with WordPress for BlackBerry.

selamat hari sabtu


Masih mengantok. Lapar nasi lemak ayam. Masih ada yang belum bangun mungkin. Ada jugak yang mencari lauk di pasar

Posted with WordPress for BlackBerry.

 

Surat Untuk Akob


Dulu pernah ada entri Surat Untuk Razif. Kali ini Surat Untuk Akob pula.

Kenapakah ?

Kerana Akob telah berubah!

Tingkat 4,

Taman Melati,

Kuala Lumpur

Ke hadapan Akob,

Masih segar di ingatan sewaktu kita di peringkat awal menara gading dulu, ko slalu datang bilik aku untuk kejut aku pergi kelas Arab. Kesanggupan ko mendaki tangga sampai 4 tingkat melihat aku masih terbongkang tido adalah suatu kenangan terindah. Ko sanggup pulak tunggu aku siap mandi pulak tu baru turun. Namun begitu, aku syaithonkan niat pegi kelas Arab tu dengan mengajak ko bersarapan kat cafe secara selambanya. Ko tak menolak ajakan itu!

Dulu ko slalu ajak aku gi semayang kat sejid. Walaupun kadang-kadang aku pulak selamba menolak ajakan itu. Dulu asal hari jumaat jer ko akan mesej aku tanya apa tajuk kutbah walaupun hakikatnya ko dah tau yang aku memang tak tau tajuknya apa.

Tapi sejak kejadian ko menipu kami kerana semata-mata tidak mahu bersama penulis, anot dan che wa ke JB, kami sume mula merasa tawar hati dengan persahabatan ini. Masih kami ingat semata-mata nak ziarah ko di Muar balik KL semula sampai Subuh.

Ko sanggup menipu kami kononnya nak balik Kulai sebab nak kemas barang. Sedangkan hakikat ko memang sengaja elak tanak join kitorang ke JB. Sumpah kami sume kecewa sampai tanak mesej dgn ko dah. Mulai detik itu nama ko pun telah berubah kami panggil. Ada yang panggil “X” ada yang panggil arwah. Pawaka kemarahan kami bukan kepalang lagi habaq hang!

Surat ini ditulis bagi pihak penulis, anot, che wa, ajip, am, asun, yo peraran dan ramai lagi mudah-mudahan hati ko bertaman semula mengenangkan semangat persahabatan dari kekawan IIUM ni. Kembalilah berpaut semula pada rakan-rakan ko ini. Lupakah ko akan lagu tema minggu taaruf  IIUM bertajuk “Akrab Persahabatan” dulu.

Aku harap ko dapat jadi Tengku Yaakob yang kami kenal dulu. Semoga kehadiran ko di majlis walimah anot nanti bercorakkan “Jejak Kasihan” dan kawan-kawan dapat menerima Akob a.k.a Myanmar Muar yg kami kenali dan selalu ingati dulu.

Semoga kami dapat “Tengku Yaakob” kami semula.

Yang kecewa,

Penulis prolifik!

Satu malam bersama warga emas!


Sekarang nak main badminton pun dah tak macam dulu. Nak tunggu geng-geng yang muda jenuh nak ada venue.
Join aje laa main dengan geng-geng yg veteren. Nama jer tua tapi sembang memang takde isu lain. Sembang-sembang maskulin manjang.
Tapi part melawak sumpah aku teruja. Datang satu orang tua tatkala tengah main badminton dengan geng-geng warga emas ni tanya pasal nak mengurut.
Katanya ;

“Aku nak cari orang boleh urut lutut kaki aku ni biar sampai elok…kalo kena kejar anjing pun orang kata biar boleh sepak balik anjing tu.”

Hahaha.aku memula bajet biar kena kejar anjing pun boleh lari laju lagi. Kalo setakat nak sepak anjing tu balik baik laa tunggu jer ready sesiap agak anjing dah nak dekat try letak stokin dulu kat depan anjing tu. Tengok anjing tu boleh respon ker atau mati keras terus kat situ.

Aduhai dunia…

Posted with WordPress for BlackBerry.

Dedicated to My Appreciation…


Someone is reading my blog…in the bus heading back home!

Please smile while reading… (“,)
Tengggssss…

Posted with WordPress for BlackBerry.

ARWAH TU BAIK ORANGNYA…


Petang Rabu minggu lepas terkejut dapat call member sekolah rendah dari Kemaman ajak jumpa kat De Palma. Sembang citer zaman sekolah memang teringat stok citer zaman jenayah. Aku tikam tangan dia dengan gunting dia tikam tangan aku dengan pensel. HAHAHA. Survive lagi sampai arini tak bergaduh.

Sampai umah pun dah dekat kol 8.30 malam. Elok masuk nak tutup pagar rumah balik, macik Rozie sebelah umah pun sapa ;

BARU BALIK KEJE KER ? DARI KL ?

A’AH CIK..LEWAT SKET BALIK ARINI..

PANDAI KO JAGA DIRI NAIK MOTO YER NAK…ANAK AKU PLAK DAH MATI EKSIDEN MOTO…DAH HILANG TEMPAT AKU BERGANTUNG..

Aduhh..seram pulak dengar macik tu nak cerita macam tu balik. Kekadang tu aku bawak moto pun sambil lewa jugak. Tapi memang anak macik sebelah ni eksiden moto. tu pun baru berapa bulan jer arwah balik duk Malaysia amek lesen moto. Takziah.

Takpelaa macik. Anak macik insyallah didoakan bersama dengan orang-orang yang beriman. Arwah seorang lelaki tipikal Singapura namun pernah aku terdengar bacaan Surah Yassin masa arwah datang ziarah kematiankat umah aku dengar dia baca dengan baik sekali. Makhraj pun cantik. Selalu jugak ada datang surau bila ada majlis. Takpelaa macik. Kita sama-sama doakan arwah sejahtera di negeri Barzakh sana. Amin INSYALLAH.

DIA MAHA MELIHAT…nak tipu pun tak boleh…


Tetiba minggu ni jadi minggu aplot video clip pulak. Tetiba berkiblatkan ke arah kenasyidan pulak. First time dengar lagu ni kat TV semalam rasa macam sayu pulak.

Saat-saat dirundung susah, saat-saat dihimpit masalah baru laa ingat pada si DIA. Syukur laa. Ingat jugak pada DIA. Time susah semua hajat pun mintak sama DIA. Tapi tak adil bagi DIA. Bila aku jarang-jarang balas balik ingatan DIA pada aku. Time susah baru aku ingat pada DIA. Mintak macam-macam pada DIA. Tapi seharusnya aku mintak pada DIA. Bukan pada yang lain.

Rasa macam teringat sungguh-sungguh kat DIA lepas dengar lagu ni. Dengar azan kat radio ERA pun rasa tersentuh jugak.

Syukurlah hatiku tidak keras untuk terima hidayah tatkala dia datang.


Opick feat. Amanda – Maha Melihat (OST Manohara)

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya


Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata


Banyaknya salah aku Ya Rabb…Dugaan KAU bagi pun macam-macam dah..

Kemaruk Lagu Ni..


Baik Baik Sayang – Wali

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku