SALAM AMPUN DAN MAAF…

Esok ialah HARI RAYA AIDIL ADHA.

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan jutaan ampun dan maaf terutama sekali pada si dia selama kami bersama. Banyak yang telah aku sakiti hatinya. Banyak jugak yang telah aku kecewakan hatinya. Hati agak sedih kerana hari raya kali ni masih berasa sedih. KOSONG. Sedih dengan keadaan. Silap diri sendiri sape yang suruh. Takpelaa. Raya tetap kena raya. Ada jugak silap sendiri yang bodoh.

Sumpah aku sangat-sangat RINDUKAN SI DIA..

please…forgive me… :-(

really need u…

Ingatkan Tupai Itu Hebat Melompat, Rupanya Tersungkur Jua…

Kepulauan MELATives – Seorang jejaka yang kini dikenali sebagai suspek juga seorang pelakon popular di kepulauan ini telah berjaya ditangkap atas tuduhan sengaja mereka-reka cerita dan bercinta secara senyap-senyap diserahkan bagi tujuan siasatan lanjut pada petang Isnin kelmarin. Suspek tersebut dikesan telah memperdayakan seorang penulis blog sejak lebih sebulan yang lalu. Gerak-geri suspek yang selama ini diekori akhirnya berjaya terbongkar berikutan “leaking information” dari seorang kenalan suspek.

Penulis blog tersebut yang khabarnya bengang dengan tindakan suspek telah berjaya mengepung suspek bersama seorang informer yang sengaja merancang bagi tujuan “pendedahan” dilakukan.

Suspek yang terperangkap dilaporkan tidak berjaya mengaburi mata pihak yang menyoal siasat akhirnya kecundang namun sengaja mengubah-ubah kenyataan tidak bersalah di peringkat awal  soal siasat dijalankan. Penulis blog tersebut juga bersama informernya sengaja merancang untuk mengepung suspek ketika suspek leka menonton televisyen bagi tujuan membalas dendam akibat perbuatan tidak telus suspek. Suspek khabarnya telah lama menjalinkan hubungan dengan seorang  WANI~ta tempatan namun sengaja berdalih dek bimbang dikeji masyarakat setempat. Perlakuan suspek yang selama ini sengaja menghidupkan api kemarahan Sang Pencinta telah menimbukan dendam pada mangsa kejadian.

Soal siasat tersebut yang lebih mirip berbentuk ” Sweet Revenge ” sememangnya diatur dengan modus operandi yang terancang. Walaupun pelbagai soalan ditujukan, namun suspek begitu angkuh enggan menjawab sebarang pertanyaan namun hanya tertawa dengan penuh biadap sejurus soalan yang diajukan. Akhirnya suspek terlepas pandang dan tidak berhati-hati dengan soalan penulis blog tersebut apabila ;

” Aku rasa aku ada nombor telefon dia. 012 5** **** kan ? “

” Yer kot ”

” Apa laa nombor kekasih sendiri pun tak ingat. “

” Aku mana laa ingat nombor dia. “

Dengan jawapan itu maka jelas tiada sebarang bentuk penafian di situ. Suspek telah membenarkan kenyataan penulis blog bahawa WANI~ta itu ialah teman WANI~tanya. Kalau tidak sudah tentu suspek akan menjawab ” Mana aku ada kekasih. ”

Telah terbukti kini suspek rupanya sedang dilamun cinta namun tidak mendedahkannya kerana bimbang dikeji penduduk setempat. Perbuatannya mengundang padah dan apabila rahsia ini terbongkar seluruh kepulauan Malaya juga akan dapat menyaksikan drama ini.

Buat teman WANI~ta suspek, tahniah penulis ucapkan kerana berjaya meruntuhkan ego seorang lelaki Jawa ini untuk bercinta. Akhirnya Tuhan telah bayar “cash” terhadap apa yang telah dikatakan oleh suspek tersebut suatu ketika dahulu.

6335_1210786669188_1214370930_30646814_3679203_n

kau nak mengaku ker atau...AKU...

Moral kejadian – Bercinta tidak salah. Berahsia dengan sengaja mendustakan kepada kekawan adalah SALAH !

Dengar Ini Berita Wahai Kawan-Kawan…

Buat semua teman-teman sepermainan badminton ku sekalian,

Buat teman-teman yang mengikuti sukan badminton UIA @ IIUM,

Dengan berat hati untuk maklumkan, seorang teman kita, Norahmad Toyib @ Romad kini khabarnya menghidap kanser hidung. Beliau baru sahaja mendapat berita ini dari Unit Rawatan ENT (ear, nose & throat). Masih belum diketahui stage berapa kanser ini.

Isnin ini 09 November 09 Romad akan merujuk pada pakar untuk mengetahui statusnya.

Sama-sama kita doakan kesihatan yang berpanjangan untuk Romad, diberikan kekuatan dan iltizam yang tinggi andai benar beliau menghidap kanser. Sama-sama kita bantu Romad melawan semangat yang runtuh setelah mengetahui berita ini. Belum tentu lena tidur malamnya setiap hari sejurus mendengar berita ini.

Mendengar seseorang menghidap kanser semacam terkena panah petir dekat hati, apatah lagi Romad yang sendiri rasa.

Aku sedikit trauma mendengar orang kena kanser. Arwah ibuku juga pergi akibat kanser.

DSC00168

yang berbaju merah itu Romad, yang berbaju putih itu bukan...!

Kalau dulu Romad memang agak terkenal dengan step koyya ala Taufik Hidayat nya. Di samping drop shot wrist flick ala-ala Nik Ahmad Faiz.

Khabarnya Romad kini tidak lagi se~HUHA-HUHA dulu. Tenanglah Romad. Kami doakan doktor itu silap bagi diagnosis !!!

DOAKAN UNTUK ROMAD WAHAI KAWAN-KAWAN…!

Kalau Tanak Kena Banyak Tanya…

Kalau pergi Carrefour cakap laa pergi Carrefour….

Kalau pergi Alamanda cakap laa pergi Alamanda….

Jangan cakap pergi Jusco Equine Park pulak….

ZAMAN DAH BERUBAH…

makin tua dunia ni…makin lain dah caranya…

che wa ni mesej aku cakap terima kasih pun dah lain bahasanya..

” OKAY…TENGZZZZ…”

oooo…baru aku tau. zaman skarang ni orang tak cakap thank you as TQ dah. main TENGZZ TENGZZ jer…”

TENGGGZZZ to all sebab baca blog i…macam azwan haji ali laa pulak bunyik tengzzz tengzz ni..

KISAH DUA CELEBRITI PALING TOP TANJUNG KARANG

Kehidupan di ibu negara dewasa kini memang semakin mencabar. Kalau tak pandai memilih kawan memang buruk nasib hidup di ibu negara ini. Aku bersyukur ada teman-teman sekufu yang boleh kata memang berlatar belakang pendidikan di IPTA menetap di ibu negara ini.

Paling kurang orang kata ada jugak yang boleh bagi nasihat kalau terlajak dari landasan. Tapi kawan yang seorang ni bukan saja berijazah dengan kepujian malah berbakat dalam lakonan juga.

Kalau tengok gaya dia, cara dia mengajuk aksi seseorang, memang aku cakap kau Rosyam Noor pun boleh meleleh air mata tengok bakat lakonan dia ditandingi. Kalau bab bergaya pun memang dah cas-cas selebriti. Tapi bergaya tak salah kan !

Gaya dia buat memek muka, cara dia berbicara dengan body gesture memang buat aku nak cakap Farid Kamil atau Eizlan Yusof tak layak menang anugerah pelakon terbaik. A.R Badol lagi laa toksah cakap.

Aku rasa dia tak sedar dia ada bakat lakonan. Kalau diberi peluang memang aku yakin dia boleh pergi jauh. Sebab aksinya, tutur bicaranya, raut wajahnya memang digilai-gilai.

“ Anod, ko boleh pergi jauh laa kalo tengok cara ko. Berlakon memang cukup hebat ko skarang eh. Pandai main tutur kata. Aku suka tengok lakonan ko ”

“ Ahh ko ada jer nak mengata aku.”

“ Betol Nod. Aku rasa kalau ko dah terkenal nanti mesti orang kampong ko semua bangga. Dalam Tanjung Karang ni selain dari Mohd Amri Yahyah, Mohd Anuar Maulan pun dah turut terkenal.”


Lepas aku cakap camtu, terus Anod tak layan aku sembang.

 

“ Mak aih…belom top lagi dah tanak sembang dengan aku dah…”

 

TERGANGGU TIDUR MALAMKU….

Tetiba aku terjaga

Sebab tadi aku mimpi

” The Rock ” datang ambush aku kat umah

Sebab aku pakai tepon SAMSUNG

 

 

p/s : sape suh aku tadi review sangat SAMSUNG CorbyPRO B5310.

Merah tu buat aku sampai tdo mimpi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

samsungb5310corbypro_photosphotos_b

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tulisan Aku Dah Lama Sangat Hanyut…

Dah lama sangat tak tulis blog. Kelajuan menulis blog pun umpama pemanduan berkelajuan 60km/j di lorong tengah. Ikut suka korang lah nak percaya ker tak bila aku cakap aku sikit sibuk dengan kerja sejak belakang tak belakang ni.

Kalau nak diikutkan hati memang tak sabar nak menjual cerita lagi. Dari cerita Sambutan Hari Lahir peringkat Jubli Perak Cik Tunang, cerita nak review Acer Aspire Revo R3600 lagi, cerita Che Wa menyambut kelahiran lagi (erkk..kelahiran arnab yer tuan-tuan & puan-puan), cerita DERITA menanggung kos pembedahan plastik Sang Ladybird bersama Lagenda Anod tampil dengan rim sukan, termasuklah cerita yang paling rare ni KISAH DUA CELEBRITI PALING TOP TANJUNG KARANG. Tu pun tak masuk lagi cerita-cerita rumusan Belanjawan 2010 atau kisah Anod digilai penjawat awam Putrajaya. Tapi khabar angin yang ini memang kuat aku dengar.

Nanti aku senang aku tulis. Sikit lagi dah ilham-ilham palsu ni nak hilang.

Sekarang tengah musim layan Waliband – Cari Jodoh. Aku HANYUT dengan lagu ni.

KELENTONG AKOB #2

Budak-budak sekolah bila dah masuk darjah 6 memang bersemangat untuk masuk sekolah berasrama penuh. Memang semangat sama macam budak lepasan SPM nak masuk U gayanya.

Nun jauh di selatan di KULAIfornia sana. Ada sebuah kelas di sebuah sekolah. BUdak-budak darjah 6 ni sedang sibuk tengah isi borang untuk masuk sekolah asrama. Datang satu cikgu yang agak tidak percaya DASAR PENDIDIKAN boleh memajukan seseorang guru tapi lebih percaya kepada PENGALAMAN MENGAJAR mula bercerita tentang pengalaman zaman asramanya.

Cikgu : Kamu semua nak masuk sekolah asrama yer ?

Murid : Tengah nak isi borang ni cikgu.

Cikgu : Biar cikgu cerita pengalaman cikgu duduk asrama.

Cikgu : Cikgu dari Form 1 sampai Form 5 duduk asrama. Masuk matrik 2 tahun. Masuk Gombak duduk asrama 4 tahun. Lama cikgu duduk asrama.

Pernah cikgu tido satu malam tu. Tiba-tiba cikgu bukak mata ada tangan atas muka cikgu. Cikgu terkejut sebab tengok tangan tu berbulu lebat. Bila cikgu terjaga tangan tu terus lari. Cikgu beranikan diri kejar tangan berbulu yang duduk atas muka cikgu tu. Cikgu kejar-kejar. Sampai dapat.

Cikgu pegang tangan dia.

Rupa-rupanya tangan berbulu tu KUCING !

Sekali lagi kitorang memang kagum dengan cerita Akob. Tapi penuh tanda tanya.

Che Wa : Kob, bukan ko zaman sekolah bukan duduk asrama kan ! Ko dengan Mek duduk luar kan ?

Akob : Biasalaa aku. 15 minit yang awal-awal tu kerja kelentong budak jer laa.

Memang kitorang pun naik BERBULU dengar cerita Akob macam tu. Cara bercerita pulak tak penahnya nampak kelentong. Siap dengan gaya muka. Tangan pun main peranan. Tang kelentong duduk asrama tu memang sangat-sangat tidak civilize. Memang sah-sah kitorang sume tau ko jer yang tak duduk asrama. Kelentong budak memang bersih jer cakap dari Form 1 sampai Form 5 lak tu.

Aku rasa budak-budak Darjah 6 kelas ko tu patut tahu siapa kau sebenarnya pada lirikan mata kami !

KELENTONG AKOB #1

Ni entri special sikit. Ada unsur-unsur nasihat.

Dalam banyak-banyak nasihat seorang cikgu. Memang nasihat yang ini paling RARE !

AKOB memang aku kenal dah lama. Dari zaman AKOB duduk ASRAMA lagi. Aku tak pernah tengok aku tak pernah nampak AKOB main MERCUN.

Akob : Kamu main mercun tak ?

Murid : Main cikgu.

Akob : Kamu main mercun ape ?

Murid 1 : Mercun bola cikgu.

Akob : Kamu ?

Murid 2 : Mercun roket cikgu.

Murid 3 : Mercun ayam

Akob : Best eh main mercun ?

Murid : Best cikgu. Tengok dia letup-letup.

Akob : Kalau jari kamu patah main mercun boleh sambung balik tak ?

Murid : Tak boleh cikgu.

Akob mula melangkah ke depan papan hitam dengan langkahan falSAMPAH.

Akob : Boleh sebenarnya. Cikgu amek contoh kapur ni. Tengok ni cikgu patahkan.

Prakkk. Memang patah dua kapur tuu !

Akob : Kalau jari kamu patah macam ni masih boleh sambung lagi. Bila kita masukkan besi nanti lama-lama dia akan bersambung balik tulang kita ni.

Akob :  TAPI…..!!!!!! (korang kena bayangkan TAPI ni dengan suara tegas AKOB)

Akob campak kapur kat lantai. Akob pijak. Akob henyak-henyak kapur tu sampai hancur.

Akob : Kamu. Datang depan sini. Kamu tolong amek kapur yang cikgu pijak tu balik.

Murid : Tak boleh kutip cikgu. Dah hancur.

Akob : Macam ni laa jari kamu kalau hancur akibat mercun. Memang dah tak dapat balik jari kamu tu semula.

Perghhhh….memang kami tepuk tangan dengar cerita cikgu AKOB yang kalah GURU BESAR atau PENYELIA PETANG ker PENGETUA sekali pun. Tahniah Akob. Ko betul-betul didik anak bangsa.

Sebelum kami pulang, Akob telah hadiahkan kami sebungkus mercun bola. Berhati mulia tak mendidik anak bangsa cenggini. Korang nilaikan laa sendiri noble tak noble lah cikgu macam ni. Kitorang yang mahasiswa pun terpukau dengar cerita akob. Anak murid AKOB yang baru darjah 6 tu tak tahulah ape perasaannya. Bukan main berdegar-degar bagi contoh kat anak murid.

Akob memang betul-betul pandai KAPURKAN budak-budak sekolah dia.