Posts Tagged ‘ibu’

KOSONG…


Dear GOD...

19 January…


hari ni 19 JANUARY lagi…


walau pun IBU telah tiada…


19 JANUARY tetap diingati setiap tahun…


tapi arwah IBU tetap diingati

SETIAP HARI…

makanan kegemaran ibu = KUEH TEOW GORENG

minuman kegemaran ibu = TEH SUSU

warna kegemaran ibu = MERAH

SELAMAT HARI LAHIR IBU…

AL FATIHAH

19 January 1955 – 4 December 2008

Andai IBU masih di sini…



10 May, tiap-tiap tahun Masihi – Hari Ibu

Ada yang panggil ibu, ada yang panggil mak, ada yang panggil ummi, ada yang panggil mama ada yang panggil mummy, ada yang panggil mom. Semua nama-nama ini pasti terima satu penghargaan. Kalo tak dapat hadiah, mesti dapat bunga! Kalo tak pun mesti anak-anak akan masak sendiri atau belanja si ibu makan kat kedai.

Orang perempuan kalo dapat bunga tak ubah seperti kera dapat bunga. Terus terkam! HEHEHE. Pasti si ibu-ibu sangat suka dapat bunga bila HARI IBU. Maklumlah zaman bercinta dah lama habis. Si ayah pulak ego sangat nak pergi kedai belikan bunga lagi. HAHAHA.

Seronok bila menengok si ibu gembira anak-anak berkumpul buat satu majlis meraikan HARI IBU. Korang tau apa ibu akan cakap lepas ada surprise party camtu ? Percayalah !!! SI IBU lantas akan MENDOAKAN kalian sebagai anak-anak yang dia paling beruntung ada kalian. Korang tak pecaya ? Cuba korang pergi beli bunga skarang bagi kat mak korang!

Doa tuuu bang. Korang tau macam mana agungnya doa ibu ni ? Ini dia doa yang Diangkat ke langit TANPA HIJAB @ HALANGAN ! Cepatnya doa ibu ni sampai ke Arasy ALLAH. Doa ibumu sangat mudah dikabulkan TUHAN. Dan kutukannya jadi kenyataan! Bila kau sayang pada kekasih, lebih sayanglah kau pada ibumu. Bila kau patuh pada Rajamu, lebih patuhlah pada ibumu !

Baginda Rasulullah a.k.a KEKASIH ALLAH pernah ditanya ;

WHO SHOULD I GIVE MY LOVE TO ? AFTER ALLAH & RASULULLAH ?

comes your MOTHER..!

Wahhh..tinggi kedudukan ibu bang. Tak payah laa aku nak tulis semua jasa-jasa ibu kat sini. Korang takkan dapat buat ape yang ibu korang dah buat.

Selepas doa, AIR MATA IBU laa yang sangat-sangat berharga! Si ibu mendoakan sampai menitis air mata ibu untuk anak-anak berjaya.  Anak-anak pulak sampai menitik air mata ketawa punya pasal dengan kekawan.

Iri rasanya hati ini kawan-kawan. Kenapa ? Sebab doa yang paling dikabulkan atau paling didengar ALLAH adalah doa ibu.  Ingin sekali rasanya diri ini didoakan oleh ibu. Tapi ALLAH berkehendak lain. KEHENDAK ALLAH itu lebih bijaksana ! Sumpah hatiku sedih! Kerana ALLAH telah mengambil ibuku terlebih dulu. Telah dulu dijemput menemui SANG PENCIPTA!

Pedih hatiku bang melihat orang lain raikan Hari Ibu.  Pedihnya hati ni bile dah tak boleh lagi buat  aktiviti sama-sama ibu. Sepuluh hari lepas aku sangat terbawak-bawak hati sayu tengok iklan HARI IBU.  Melihat ibu 7 tahun menahan sakit. Sikit demi sikit  melihat  di depan mata keupayaan NIKMAT TUHAN ibu ditarik balik! Kekadang terdetik  betol ker ibu dah takde ? Kenapa ibuku yang pergi dulu ? Kenapa bukan ibu orang lain ? Kenapa terlalu cepat ibu pergi ?


Wahai teman wahai taulan,

Hargailah ibumu dalam doa-doa mu! Inilah ciptaan TUHAN  yang paling ajaib ko takkan persiakan. Bayangkan 9 bulan kau duduk menumpang dalam rahim ibumu.Kau duduk dalam kolam air 5 minit pun kau pasti mati lemas. Tapi kau duduk dalam perut ibu 9 bulan bang. Boleh bernyawa lagi tu sampailah ko dah besar panjang. Dari setitis air kau boleh cukup sifat macam arini dalam perut ibu kau. Boleh jadi orang. Ganjil bukan ? Dari mana datangnya susu ibu. Padahal takde satu tin pun tersimpan susu tepung dalam badan ibu sampailah umur kau 2 tahun! Jangan ! Jangan kau biarkan ibumu menangis bang ! Cukuplah penyu saje menangis.  Kau akan rasa seronok tengok orang lain dengan mak diorang bila mak ko dah takde lagi di dunia ini. Ibu korang mungkin tak hafal no telefon korang. Tapi kenapa die boleh telefon korang. Selalu bertanyakan nasib si anak di rantauan orang. Ajaib bukan ?

Hormat takzim untukmu Ibunda tercinta… dimana dikau berada, dalam alam manapun engkau berada, akan selalu ada sisa di ruang hatiku untuk dirimu Ibu… tidak akan pernah bisa tergantikan oleh yang manapun jua…

AL FATIHAH…

Gembiraku Bukan Kepalang !


This entry is purely dedicated to my beloved sister…

Adik aku mesej suruh baca blog beliau smalam. Lepas baca blog tu gembira bukan kepalang aku tengok rupanya die menang pertandingan fotografi kat sekolah. Gua Caya Lu Beb !

Aku nak rakamkan entry tahniah ini untuk adikku !  Anda memang hebat !

Teringat dulu adik aku selalu tanya bile nak beli kamera. Nah ! Akhirnya ini hasilnya ! Sebagai suatu hadiah kejayaan PMR aku tunaikan cita-citanya. Abang tidak pedulikan wang ringgit. Selagi kemahuan adik itu diiringi rasa ingin berjaya abang akan sanggup berusaha tunaikan. Wang ringgit kita boleh cari tapi hubungan adik beradik walau ditukar ganti ia tetap takkan sama.

Nyata adik aku cepat belajar menggunakan kamera. Kemahirannya memang mengatasi aku. Tak ku sangka adikku menang pertandingan di sekolah. Sungguh pun cuma di peringkat sekolah tapi kejayaan awal itu memang dari bawah kan!

Teringat lagi malam tu kite bergegas pas abg balik keje kite pergi Giant nak cuci gambar. Sekali cuci gambar tak cantik plak. Kite terus pergi Bukit Tinggi plak untuk dapat hasil lagi baik. Memang dah rezeki adikku. Walaupun kedai dah lagi 10 min nak tutup mujur kita sempat cuci gambar tu. Hasilnya ? Adikku menang tempat pertama !  Bangga…HAHAHA. Kembang kuncup hidung ni haaa… ;-)

Suatu Permulaan ;-)

Suatu Permulaan ;-)


Buat Ibu,

Ini dia lagi sorang anak ibu mencatat kejayaan ! Terima kasih ibu buat doa ibu yang agung itu !

Anak Ibu Yang Ceghedik !


Semalam aku terbaca satu blog secara ilmiahnya aku terjumpa entri ni. Citer yang sangat menarik. Apatah lagi cerita tentang seorang anak dan ibunya. Blog ni kan pasal ibu. Apa salahnya aku memplagiat cerita ini. Hahaha. ;-)

Cuba korang baca.Bertuah ibunya. Anak sapa laa ni..Sapa laa mak dia ni… :-)

I was busy ‘maybanking2them’ when Hafiz approached me.

“Hi Ibu, please say hi to Finger.”

I noticed the smiley face drawn on his index finger. How cute! That was so Hafiz. The creative one amongst my boys, the Da Vinci junior – Rawang version.

“Oh…. Hi Finger!! How do you do?”

“He’s not happy la Ibu…”

“Really? Why?”

“He wants to go the fun fair….”

“Hishh… bulan2 puasa ni nak pegi fun fair buat hapa?”

“Entah lah dia… but he really wants to go there (pointing with ‘that’ finger to the direction of the fun fair from afar). Maybe just for fun I guess?”

“Bulan puasa laa…… And it’s a Finger. It can’t go there, can it?”

“Of course it can!”

“How?”

“This Finger is stuck on my hand la Ibu? So how DO YOU THINK Finger can go there?”

ibu..nak g funfair..

ibu..nak g funfair..

Ek eleh budak 7 tahun ni! Ceghedik nak mengenakan ibu dia …. bertuah betul.

Bagus anak orang ni. Kecik-kecik lagi dah genius. Hehehe. Sekadar selingan cerita untuk arini.

SELAMAT HARI JUMAAT…! ;-)

Kematian itu adalah janji TUHAN !


Petang semalam terima panggilan telefon. Ada kematian. Abang kepada arwah ibu meninggal dunia akibat sakit jantung. Bergegas pulang ke Sungai Siput to pay our last respect to him.

Jenazah selamat dikebumikan, ditalkinkan. Detik pengebumian teringat pada arwah ibu. Saat ibu dikapankan, ibu disembahyang jenazahkan, saat ibu dikebumikan adalah saat paling tersentap jiwa. Itulah detik perpisahan antara ibu dan anak-anak.  Sarat kesedihan dalam dada sekadar terubat menghadiahkan arwah ibu dengan doa-doa & ayat suci Al-Quran.

Selesai arwah ibu dikebumikan, terasa seperti kami telah menghantar ibu ke SYURGA. InsyALLAH, sudah tertulis janji ALLAH untuk ibu di sana.

Kami yakin ibu selesa di sana. Ibu ajarkan kami mengaji Quran. Selagi kami mengaji selagi itu pahala bacaan kami milik ibu. Anak yang ibu kandung namun tidak sempat lahir ke dunia InsyALLAH akan temankan ibu di sana sementara waktu kami tiba. Akhir hayat ibu, zikir saja yang jadi teman di bibir ibu. Tak semua orang bertuah begitu walau lebam-lebam dahi beribadat.

Ibu usah risau. Doa ibu takkan pernah putus untuk ibu di sana !

setiap yang bernyawa pasti rasa MATI

setiap yang bernyawa pasti rasa MATI

Berat Benar Diuji…


Untukmu Ibu – Mamat Exist

Oh Ibu….
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini dan kesepian

Dan aku….
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat kulayarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya
Padamu Ibu tersayang
Kucurahkan rahsia hati

Kutatapi potretmu berulang…kali..
Kurenungkan kalimat yang diberi

Tuhan Yang Esa…
Ampuni dosa Ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih-kekasihMu
Oh Ibu…kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu Ibu
Ampunilah dosaku sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu….

Di saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu Ibu…

Tuhan Yang Esa…
Ampuni dosa Ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih-kekasihMu
Oh Ibu…kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu Ibu
Ampunilah dosaku sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu….
Ibu…….

Kini aku hilang tempat mengadu


Oh Ibu…
Damailah engkau di sana
Kutaburi doa mewangi
Hadiah dari anakmu…

Ibu……..


Berat…sangat berat…!

Mampukah aku tanggung sorang ?

p/s: aku suka lagu ni. teringat pada arwah ibu. yang tak pernah mengeluh tatkala diuji. ibu memang tabah.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.