SELAMAT HARI LAHIR IBU…!


Hari ni 19th January lagi. Tahun lepas kite sume celebrate bithday ibu. Ibu cakap ibu nak buat kenduri kesyukuran cket. Mungkin tanda syukur nyawa masih lagi dipanjangkan. Ibu mesti seronok tengok kawan-kawan ibu datang, sedara sepupu sepapat. Kite buat pulut kuning siap letak ceri. Hahaha..padahal sebelum ni buat mana pernah buh ceri. Ada kek pun siap tulis nama ibu. Macam budak-budak. Wakakaka.

Tapi tu tahun lepas laa bu. Tahun ni kita sume cuma mampu doakan saja untuk ibu di negeri barzakh sana. Semoga roh ibu tenang di sana. Kami  anak-anak ibu di sini selalu mendoakan untuk ibu. Kalo takde aral malam ni kami suma akan bacakan Yasin dengan tahlil untuk ibu yer.

Dulu masa ibu sakit, ibu memang sangat pandai berlakon. Lakonan ibu memang buatkan kita sume percaya ibu tak menanggung sakit. Ibu pandai  tutup konon-konon ibu takde sakit apa. Even ibu sendiri tanak bercerita pada sesiapa pasal sakitnya ibu tanggung ni. Terkilan laa anak ibu yang sorang ni jer tak tau nama ubat-ubat ibu, ubat ape ibu kena makan time ni, ubat ape ibu kena makan lepas ubat tuu.Orang lain sumanya tau.

Wahai ibu kesayangan kami,

Tak sempat anak ibu ni nak minta maaf dengan ibu aritu. Tengok ibu macam tak mampu bercakap. Tak sampai hati nak cakap dengan ibu perkara yang sedih-sedih macam tu. Sebolehnya anak ibu ni tahan air mata dari menitik kena kat ibu. Kalo tengok kawan-kawan ibu yang datang tgk ibu kat hospital ari tu memang tak tertahan dah sebak kat dada ni. Tapi kita suma tanak ibu sedih. Kita suma nak bawak ibu balik rumah and happy-happy macam selalu.

Baru semalam doktor cakap hayat ibu paling lama boleh bertahan pun cuma 6 bulan. Memang kitorang dah siapkan kat umah tempat untuk ibu. Kite dah pasangkan katil kat bilik bawah. Ayah pun dah dekat kedai letrik nak belikan kipas yang mcm aircond tu untuk ibu. Takut ibu panas kat bilik tu. Siapa tau siapa sangka ajal ibu dah sampai ari esoknya lepas doctor cakap macam tu semalam. Tengah hari tu patutnya kitorang tunggu kat umah van ambulan anta ibu balik. Tak jugak kami duga, yang sampai tengah hari tu bukan van ambulan tapi van jenazah yg datang antakan ibu ke rumah.

Kalo mengikut umur tahun ni genap umur ibu dah 54 tahun kan. Takpelah, kami terima seredha-redhanya pemergian ibu. Kesian tengok ibu sakit macam tu. Kesian sangat. Walaupun dah sebulan lebih ibu tiada, kami masih lagi terasa betapa kehilangannya ibu yang tercinta. Suma orang kat rumah pun teringatkan ibu. Ayah, Maya, Farhana, Mira. Mira pun baru jer amek result PMR dia baru ni. Alhamdulillah anak ibu yg tu dapat 8A bu. Mungkin berkat doa ibu and jaga ibu selama yang lain takde kat rumah. Lepas jer die amek result dia kat sekolah trus die datang kubur ibu. Maybe dia nak bgatu ibu tentang result die.

Kami sekeluarga ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk ibu yang kami sayangi ni. Kami semua slalu ingat pada ibu. Kami akan selalu panjangkan doa kami ni untuk ibu di sana yer. Semoga roh ibu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnnn. Insyallah..

Ampun dan maaf anak ibu ni pohonkan. Hari tu tak sempat nak minta maaf dengan ibu. Anak ibu ni minta maaf sangat-sangat yer bu sebab pernah marah dengan ibu, tengking ibu, pernah tipu ibu, susahkan ibu, kecewakan ibu, tak dengar kata ibu suma. Anak ibu ni jugak minta halal suma makan minum, air susu ibu yang ibu sediakan selama ni. Hanya ALLAH sajalah yang boleh bayar balik suma jasa keringat ibu tu pada anak-anaknya.

Insyallah anak ibu yang ni berjanji akan menjaga adik-adik yang lain sehabis daya yang mungkin. Akan anak ibu ni pertahankan hak-hak ibu dan adik-adik yg lain dengan orang lain. Anak ibu berjanji akan terus doakan untuk ibu.

Moga-moga ibu tenang dan selamat di sana.

SELAMAT HARI LAHIR IBUKU….!


Anak yang kepala batu,

5y4hRuL

p/s: Tidak lupa diucapkan SELAMAT HARI LAHIR pada NIK AHMAD FAIZ NIK ABDULLAH (former national shuttler) yg hari lahirnya jatuh pada hari yg sama dengan arwah ibu. Yih! Mugo demo bereh slalu. Kawe ake ikut jejok langkoh demo pahni. Yezzzzzzaaaa..

Kawe tok kiro mano nga demo

(Trademark demo ni sapa bilo-bilo)

2 responses to this post.

  1. al-fatihah utk mak kau..

    – sorry, aku baru perasan entry ni..

  2. terima kasih di atas tanda ingatan tuan. hanya ALLAH saja yang boleh balas tanda ingatan tuan pada saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: