TEMPAT SINGA….!!!


Semalam aku, ayah dan adik-adik menuju ke Kemaman secara tidak dirancang sebab melawat Tok Wan yang terlantar di ICU Hospital Kemaman. Arwah ibu juga bekerja di sini dulu. Jadi Tok Wan dan kami adalah sangat rapat. Kasihan melihat beliau penuh wayar bertampal di badan. Lemah  dan berlinang air mata masa buka mata tengok kami datang.

Selesai melawat, kami ke rumah Pacik Man dan Macik Wan Rasiah di belakang rumah lama kami. Atas jemputan untuk menikmati makan tengah hari. Mereka juga adalah teman sekerja ibu merangkap jiran kami dulu.

Apa kaitan hospital dengan tempat singa ??? Sila perhatikan perbualan di bawah bagi menangkap tajuk cerita di atas. Perbualan di bawah telah  dialihbahasa dari bahasa dialek Terengganu kepada bahasa KL. Apatah lagi bahasa KL kini telah menjadi bahasa rasmi ke-3 dunia dewasa ini.

Sementara tunggu makanan siap, aku duk depan tv. Ayah dan Pacik Man berborak. Pacik Man ni adalah seorang pemandu van jenazah.

Ayah : Bila datang KL lagi ?

Pacik Man : Kadang-kadang anta jugak jenazah ke KL, Melaka  dengan tempat lain. Kalo jauh sangat tu bawak Adam laa teman.

Pacik Man : Baru ni ada datang rumah anak. Tapi dia duk kat Ampang. Payah datang umah dia. Air kecik. Rumah flat slalu air payah nak naik sampai tingkat atas.

Ayah : Nanti datang KL singgah laa umah bukan jauh dah pun.

Pacik Man : Haa..anak sorang lagi dia duk KL jugak. Baru ni ada datang sekali aritu. Kat mana KL aritu tempat dia ni. Pacik Man dengan gaya dia nak mengingat semula tempat tinggal anak dia.

Pacik Man : Anak ni baru pindah duk situ. Kat KL jugak. Tempat singa tuu laa.

Aku : Tempat singa ??? Kat mana ni ?? Aku tanya dalam hati. ( Dalam hati aku teringat Low Yatt dah ) Sebab Low Yatt memang ada singa kat pintu masuk dia tu. Tapi Low Yatt mana ade tempat perumahan kat situ. Tak beragak betol duk Low Yatt.

Ayah : Ooooo…kalo tempat singa ni takde tempat lain dah KL ni. Sunway Pyramid laa tuu..

Pacik Man : Haaaa…betol laa tuu..Sunway..

Aku : Adehhhh..Sunwy Pyramid ker tempat singa tuu ??? Tak ketahuan plak aku tempat singa namanya..Hahahahaha..

Terus aku menepuk dahi. Apa daaaa tempat singa..Sunway daaa. Sebelum balik KL semula aku citerkan kat adik-adik aku. Apa lagi, jadi modal laa bantai gelakkan. Wakakakaka.

Aduhhh, aku rasa ni kalo masuk soalan Geografi SPM memang tak jumpa kordinat dia ni. Bayangkan korang dengar perbualan diorang tuu dalam bahasa Terengganu yang indah tu..Adohai…tempat singa..tempat singa…!

memang TEMPAT SINGA...!!!

memang TEMPAT SINGA...!!!


Yang Bukan Singa Jadian,

Aummmmmmm😉

2 responses to this post.

  1. Posted by hanna tan on January 19, 2009 at 8:51 AM

    adoi mmg klaka gile..😀

  2. tercengang saya dengar mana laa plak tempat singa ni..
    bimbang jugak kot-kot ade tempat-tempat yg singa ni terlepas ke bandar ker aper..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: