main buang kepala babi kat SURAU APAHALLLL…???


Kes kepala babi, polis geledah bilik sewa UMANY
Abdul Rahim Sabri |

Jan 17, 09 3:21pm

Polis mengeledah bilik yang sewa oleh Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang pro-Mahasiswa di Rumah Universiti, awal pagi tadi dipercayai berhubung siasatan terhadap kes meletak kepala babi dalam sebuah surau di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) semalam.

Presiden UMANY, Teh Hoong Keat berkata, kira-kira 30 anggota berpakaian biasa tiba ke rumah itu pada jam kira-kira 1.30 pagi tadi.

Menurutnya, anggota polis berkenaan datang dengan menaiki empat kereta peronda dan sebuah kereta biasa.

Teh berkata, sepuluh anggota yang diketuai oleh seorang yang berpangkat pegawai, naik ke atas dan seorang daripadanya mengeledah bilik mereka.

pig head carcass in universiti malaya um mosque surau 160109 03Manakala yang lainnya menunggu di bawah di luar Rumah Universiti.

Menurut Teh, anggota polis terbabit mengambil masa 45 minit untuk mengeledah bilik mereka.

“Mereka tidak mengambil apa-apa dan beredar pada kira-kira jam 2.15 pagi,” kata Teh kepada Malaysiakini.

Sebelum itu, kata Teh, mereka meminta anggota polis terbabit menunjukkan waran untuk mengeledah mereka.

Tetapi, menurut Teh, pegawai berkenaan memberitahu mereka yang pihak polis boleh melakukannya tanpa memerlukan waran.

Semalam, para mahasiswa UM gempar apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti PAS di dalam surau APIUM.

Kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa – Mohd Azlan Zainal – yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

Berikut adalah kenyataan pihak pentadbiran Universiti Malaya kepada warga kampus:

“Dear Campus Community,

We regret to inform that an unfortunate incident occured earlier today.

At 5 a.m, 16th of January 2009 the remains of a pig’s head was found in the surau of Academy of Islamic Studies (API).

The Management of University of Malaya (UM) strongly condems this despicable act aimed at creating disunity. Further investigations are being conducted and security on campus will be tightened.

We appeal to everyone to remain calm and provide full cooperation in this matter.

Thank You.

Associate Professor Dr. Kamila Ghazali
Director,
International Corporate Relations Office
On behalf of the Management of University of Malaya
************************************************
International & Corporate Relations Office (ICR)
Level 1, Chancellery Building
University of Malaya
50603 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 603-7967 3273 / 3423 / 3575 / 3334
Fax: 603-7956 0027
E-mail: icr@um.edu.my
Website: http://www.um.edu.my”

One response to this post.

  1. masya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: