TAK TAHU LAGI….


Ini cerita pasal Anod lagi. Nape nak citer pasal Anod lagi ? Sebab bagai ade rasa macam berbulu di hati jer bila dengar jawapan si Anod ni.

Betol tak nod ? Tak tahu laaa…

Nak Ke Mana Tu Nod..? Tak Tahu Lagi...!

Nak Ke Mana Tu Nod..? Tak Tahu Lagi..!

Masuk pulak perenggan ke dua,  kasi can lah mukadimah dulu ! Ini cuma sekadar cerita. Cerita tentang teman ! Gembira berteman buat rasa sedikit lapang kepadatan otak yang tengah ketat. Ini kisah klasik untuk masa depan.

Satu malam kami makan bersama bertiga dengan Che Wa. Lepas makan borak. Bukan borak kosong. Borak bermatlamat !🙂 Sembang ilmiah, sembang masa depan !

Semua orang dah cerita soal mencari nafkah. Masing-masing dah cerita nak keje ape, keje kat mana. Tiba pulak turn Anod. Jeng..jeng..jeng..

Che Wa : Nod, apa plak plan ko ?

Aku : Ko nak kuar dari KPDN ker ? Ko nak cari kat lain ?

Anod : TAK TAHU LAGI….(dengan muka yang rilek jer seolah-olah tiada apa yang terjadi)

Aku dan Che Wa sekali dengar takde rasa ape lagi. Rasa cam Anod sembang kosong jer.

Aku : Kite ni umur dah kejar kite Nod. Kite dah rugi banyak tahun dah ni. Ko rasa camna ?

Anod : TAK TAHU LAGI…(perghh..nada dia memnag korang tak tahan dgr !) aku nak tulis pun tak reti tp sakit hati dengar. Serius !

Dia dah start drama !

Che Wa : Kontrak KPDN ko camna ? Ade dengar sambung tak ?

Anod : Ntah laa..ada dengar..tapi TAK TAHU LAGI..

Sembang pasal masa depan ko bleh cakap TAK TAHU LAGI..siap dengan intonasi lagik . Aku dengan Che Wa pun dapat modal sudah !

Elok jer die tanya,

Anod : Korang nak naik dah ker ?

Dia tanya nak naik tu pasal kitorang duk umah flat. Pas makan nak naik atas.

Aku & Che Wa serentak jawab :  TAK TAHU LAGI..!!! (sambil tiru intonasi Anod)

Lepas tu ape jugak soalan dari Anod, bile nak pergi makan ker, sok ko kerja ker tak ker, bile ko nak basuh baju ker memang kitorang jawab…TAK TAHU LAGIIIII…hahaha..mengenakan Anod setiap hari rasa sungguh seronok. Seronok macam baru lepas dapat ijazah ! Sebab tu laa tajuk entri kali ni TAK TAHU LAGI..

Hahahahaha..aduhh..bawak mengucap Nod..bawak mengucap..!

Namun ANod Tetap Seorang GRADUAN !

Namun ANOD Tetap Seorang GRADUAN !

p/s: Nod, kalo orang tanya aku bile nak apdet blog..lantas seraya aku menjawap…TAK TAHU LAGI….(ikut nada ko jugak)

TAK TAHU LAAA aku nape kawan aku mcm gini….konflik jiwa dibuatnya !

5 responses to this post.

  1. aku TAK TAHU apa yang ko tulis ni syahrul…

  2. nanti ko dengar nada die jawab tak tahu tu baru ko pun rasa cam nak lempang jer die…hahahaha..sangat menghanginkan punya jawapan !

  3. Posted by butterfingers on May 12, 2009 at 2:27 PM

    aku TAK TAHU ape yg anod fikir kan….aku TAK TAHU ape sebenarnye yg anod TAK TAHU…Perkara ini menjadi semakin TIDAK KETAHUAN disebabkan anod TAK TAHU LAGI…hahahahah…

  4. aku pun TAK TAHU laa nak jawab ape..

  5. tahu-tahu die pegi main futsal, padahal dah janji nak karaoke bersama..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: