Surat Untuk Razif


Blok D-7, Tingkat 4,

Taman Melati, Setapak

Kuala Lumpur

13 MAC 2009

Menemui sahabatku Mohd Razif yang kini berada di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bharu. Semoga dirimu tabah & cekal di sana.

Razif,

Tujuan aku menulis surat ini bukanlah untuk menegakkan benang yang basah mahupun berniat mengadu domba. Surat ini ditulis setelah merasakan ketidak puasan hati ini tidak dapat dibendung lagi. Anod yang dikenali dulu telah jauh berubah. Sejak Anod di alam asmara dengan Wanie, Anod kini dah jadi pemarah dan kaki pukul. Setakat aktiviti-aktiviti tipikal seperti dipukul diterjah, dimaki hamun, dihina dan dicerca itu sudah menjadi lumrah pada aku & Che Wa.Bahkan kami sekarang berpotensi hidup di dalam ketakutan. Perbuatan ini melibatkan unsur pahala & keredhaan.

1484536-stop-trying-to-hit-me-and-hit-me-0

Gambar Lakonan Semula

Aku bukanlah mereka cerita di sini. Mangsa terbaru ialah Am. Bayangkan Am yang dah kenal lama bertahun dengan Anod sudah mula merasakan perubahan sikap mendadak Anod. Mungkin sudah hilang sabar agaknya, tergamak Am cakap dengan aku semalam. Kata-kata Am berbunyi begini :

Syahrul, ko tulis kat blog pasal Anod ni. MENYIRAP pulak aku dengan Anod arini…

Pilu rasanya hati mendengar luahan sahabat begitu rupa. Aku & Che Wa berharap benar agar kau dapat segera pulang bagi melindungi kami. Kami trauma. Namun tidak berani mendedahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) memandangkan Anod mempunyai jajahan & pengikut yang ramai di kawasan pasar Air Panas, Jusco Setiwangsa, Carrefour & Red Box Sogo.

Kalau dulu Anod tak kisah pun dengan telefon genggamnya.  Dibiarkan sahaja merata tempat. Tapi sekarang kau takkan dapat lihat itu lagi Jip. Aku & Che Wa dah tak boleh main dengan telefon genggamnya. Sampaikan tidur pun telefon simpan dalam poket. Aku faham orang bercinta bagaimana. Tapi begitulah nasib kami Jip. Kalo tak aku, Che Wa yang akan dimarah & dipukul malah sepak terajang percuma itu biasa sebab usik telefon dia. Kami telefon pun akan segera diputuskan atau langsung tidak angkat. Kami tidak faham mengapa kami dilayan sebegitu rupa sedangkan kami bukanlah PENGANGGUR BERHIAS !

Sampai di sini sahajalah surat kali ini. Segala perkhabaran terbaru & salah laku Anod akan segera kami laporkan di sini. Surat ini telah disahkan oleh Amrullah.

Yang Menurut Perintah,

Timbaktu Pakalolo

p/s: Surat ini ditulis mengikut format memandangkan Ajip adalah seorang guru. Segala kesalahan tatabahasa adalah dihargai sekiranya diperbetulkan. Tapi aku yakin, Ajip lebih mementingkan isi surat ini…!

9 responses to this post.

  1. Posted by hainzjr on March 13, 2009 at 12:00 PM

    nape la ayat ko ni sungguh memberangsangkan minda aku time2 demam ni….

  2. setiap manusia ade kelebihannya bang…hahhaa..
    yang penting kite kena guna kelebihan kite ni sebelum org lain jumpa kelemahan kite..

    aku yg diseksa dijiwa,
    mangsa Anod

  3. masalah disiplin memang perkara biasa di sekolah. lebih-lebih lagi bila ia melibatkan sekolah RENDAH. pendekatan kita harus berbeza kerana setiap murid adalah individu yang berlainan. dalam hal ini, saya rasa anuar maulan bukanlah seorang yang jahat, kerana tiada seorang murid pun dilahirkan jahat. anuar hanya mengalami perubahan tingkah laku, atau dalam ilmu pedagogi kita sebut sebagai tingkah laku bermasalah. tenang, ini perkara biasa. perubahan tingkah laku mungkin ada kaitan dengan latar belakang anuar, kita boleh selidik lebih dalam apakah yang bergolak dalam jiwa anuar. pendekatan yang harus kita guna pakai dalam menghadapi murid seperti ini tentulah pendekatan yang bersifat empati. tapi jika ia sudah melibatkan hal keganasan, guru perlu melaporkan kepada guru kaunseling. dan kalau perlu, laporkan pada pihak berkuasa.

    saya harap semua orang bersabar.

    u/p : murid tidak dibenarkan membawa telefon genggam ke sekolah. pihak sekolah berhak merampas dan memeriksa kandungan telefon.

  4. fuhhh…itu diaaa…!!!
    seorang calon guru berkaliber…!
    ako sokong ajip…!
    blah laa anod..

  5. Posted by kinell136 on March 13, 2009 at 7:46 PM

    Basah keyboard aku baca entri kali ni dowh. Sedih.

  6. Saim ,

    kalo aku cakap pun tak guna. Kalo ada masa lapang, datanglah jenguk kami. Anod kini tidak seperti dulu.

  7. lagi-lagi Anod.. lagi-lagi anod.. anod.. anod… ish..ish..

  8. Entri yang ini ANod telah berikan pada kekasih-kekasihnya untuk baca demi mencari simpati..
    Perlu ker…??

  9. ko kalo tuduh aku mmg no satu…tau la emosi terganggu..jgn ikutkan perasaan wahai penulis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: