~ mudahnya hidup anak orang kaya ~


Semalam aku boring. Aku randomly membaca blog-blog orang. Membaca blog anak orang kaya semacam menakutkan ! Aku rasa takut tengok kehidupan orang-orang yang dilahirkan jer terus merasa nikmat jadi anak orang kaya. Lahir celik mata jer dah merasa duk rumah besar, ada swimming pool, orang gaji sampai 7,8 orang.

Baru dapat lesen pun dah dapat kete sendiri. Mini cooper sendiri punya tak pun paling kurang Honda Jazz or whatsoever.  Yang dapat Myvi tu bersyukur laa.  Aku ni langsung ape pun takde.

Tak faham jugak aku hidup anak orang kaya. Malam pergi disco. Nak g memane takde masalah. Kete dah ade. Takyah bulan-bulan pening bayar dah. Duit pun melambak. Nak beli D40 pun tak payah call bapak dulu tanya boleh tak nak beli. Start kete call kawan terus smpai JB, terus sampai penang, Terus sampai Hong Kong. Nak g bercuti dengan member pun kat pulau-pulau jer. Sambil boleh snorkeling. Gila teruja ! Pergi bercuti kat pantai -pantai pun suma oversea. Pergi dengan kekawan reramai pulak tu campur laki pempuan. Mak bapak ko tak marah eh ?

Shopping barang pun bukan beli kat Mydin. Toiletris pun bukan jenama Head & Shoulders ker Colgate ker. Pakaian ko satu hari dah boleh beli baju aku setahun ko tahu tak ? Dah pakai sama mcm artis. Bukan artis Malaysia. Hollywood sana nun !  Super duper cute dress. Yang jenis senang angin masuk kot sana sini tu.

Dah tentu ko tak penah merasa nak makan lempeng kelapa ker , cekodok pisang ker ? Yang ko nampak Carl’s Jr hari-hari..Victoria Station tu macam tempat ko sarap roti canai jer. Salsa chips and dips  kat Chilli’s,  grilled cheese chicken kat Jake’s Charbroil Steakhouse tu pun macam beli nasi lemak jer bagi ko.

Takut aku tengok kehidupan ko ni. Lompat-lompat kolej tu biasa. Ko rasa cikgu tu tak bagus laa, ko gaduh dengan kawan ko sebab tak buatkan ko punya assignment laa apa laa ko pun tukar kolej yang lagi top.  Berpuluh ribu jugak nak anto ko blaja kat negeri omputeh sana. Pastu kekadang blaja tak habis. Aku nak bayar loan study pun tak habis2 lagi ko tahu tak ?

Hidup pun dah macam mat salleh. Yang aku lagi heran mak bapak ko pun rilek jer takde marah-marah. Sporting ? Memang sukan habis !!!

Kawan-kawan ko pun keliling pinggang aku tengok. Cuba sekali mak bapak ko jatuh miskin ? Aku rasa kawan ko pun tak kenal ko. Kena plak time tu ko cuma mampu duk kat umah flat pekeliling jer. Ishh..bleh ker ko survive ?

Bila ko cakap jer ko nak kawin, mak bapak ko pun takde mintak duit saving ko. Mak bapak ko siap boleh hadiahkan umah baru untuk ko lagi lepas dah kawin. Boleh ker ko kawin kalo ko masih duk bawah ketiak mak ko ? Mak ko lagi yang suapkan ubat bila ko demam ?

Serius aku takut tengok anak orang kaya. apatah lagi nak berkawan dengan orang mcm ko ! Tak mampu aku.

Biarlah aku duk makan kedai kerusi buluh sekalipun. Naik bus turun bus pun takpe aku sanggup. Tak berdarah kacukan mat salleh pun pun takpe. Sikit aku tak kesah !!!

Yang miskin bermaruah,

Ahmad Albab


6 responses to this post.

  1. Eemmm.. bersyukur lah dgn ape yg kita ade setakat ni..😀

  2. bro.. aku pakai myvi je.. abah aku bagi.. tp bulan2 aku carry-on bayar.. so bukan mudah sebenarnya jadi anak org kaya ni bro..

    apa2 pun, mcm cik AngahLina Jolie ckp, “bersyukur lah dgn ape yg kita ada setakat ni…:-)”

  3. saya anak org miskin tapi yang pasti kami tak berhutang cam org kaya….
    tapi saya bersyukur bila saya dewasa, rezeki melimpah ruah walau pun bukan ringgit malaysia….dan bukan duit mak bapak

  4. bersyukur laa dengan apa yang diganjarkan..!

  5. aku rasa pantun di bawah cukup sesuai untuk entri kau kali ni : –

    Where I come from isn’t all that great
    My automobile is a piece of crap
    My fashion sense is a little whack
    And my friends are just as screwy as me
    I didn’t go to boarding schools
    Preppy girls never looked at me
    Why should they, I ain’t nobody
    Got nothing in my pocket

    -weezer

  6. feeewtit….
    cikgu kajian sosial sudah tukar jadi cikgu bahasa inggeris !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: