Andai IBU masih di sini…



10 May, tiap-tiap tahun Masihi – Hari Ibu

Ada yang panggil ibu, ada yang panggil mak, ada yang panggil ummi, ada yang panggil mama ada yang panggil mummy, ada yang panggil mom. Semua nama-nama ini pasti terima satu penghargaan. Kalo tak dapat hadiah, mesti dapat bunga! Kalo tak pun mesti anak-anak akan masak sendiri atau belanja si ibu makan kat kedai.

Orang perempuan kalo dapat bunga tak ubah seperti kera dapat bunga. Terus terkam! HEHEHE. Pasti si ibu-ibu sangat suka dapat bunga bila HARI IBU. Maklumlah zaman bercinta dah lama habis. Si ayah pulak ego sangat nak pergi kedai belikan bunga lagi. HAHAHA.

Seronok bila menengok si ibu gembira anak-anak berkumpul buat satu majlis meraikan HARI IBU. Korang tau apa ibu akan cakap lepas ada surprise party camtu ? Percayalah !!! SI IBU lantas akan MENDOAKAN kalian sebagai anak-anak yang dia paling beruntung ada kalian. Korang tak pecaya ? Cuba korang pergi beli bunga skarang bagi kat mak korang!

Doa tuuu bang. Korang tau macam mana agungnya doa ibu ni ? Ini dia doa yang Diangkat ke langit TANPA HIJAB @ HALANGAN ! Cepatnya doa ibu ni sampai ke Arasy ALLAH. Doa ibumu sangat mudah dikabulkan TUHAN. Dan kutukannya jadi kenyataan! Bila kau sayang pada kekasih, lebih sayanglah kau pada ibumu. Bila kau patuh pada Rajamu, lebih patuhlah pada ibumu !

Baginda Rasulullah a.k.a KEKASIH ALLAH pernah ditanya ;

WHO SHOULD I GIVE MY LOVE TO ? AFTER ALLAH & RASULULLAH ?

comes your MOTHER..!

Wahhh..tinggi kedudukan ibu bang. Tak payah laa aku nak tulis semua jasa-jasa ibu kat sini. Korang takkan dapat buat ape yang ibu korang dah buat.

Selepas doa, AIR MATA IBU laa yang sangat-sangat berharga! Si ibu mendoakan sampai menitis air mata ibu untuk anak-anak berjaya.  Anak-anak pulak sampai menitik air mata ketawa punya pasal dengan kekawan.

Iri rasanya hati ini kawan-kawan. Kenapa ? Sebab doa yang paling dikabulkan atau paling didengar ALLAH adalah doa ibu.  Ingin sekali rasanya diri ini didoakan oleh ibu. Tapi ALLAH berkehendak lain. KEHENDAK ALLAH itu lebih bijaksana ! Sumpah hatiku sedih! Kerana ALLAH telah mengambil ibuku terlebih dulu. Telah dulu dijemput menemui SANG PENCIPTA!

Pedih hatiku bang melihat orang lain raikan Hari Ibu.  Pedihnya hati ni bile dah tak boleh lagi buat  aktiviti sama-sama ibu. Sepuluh hari lepas aku sangat terbawak-bawak hati sayu tengok iklan HARI IBU.  Melihat ibu 7 tahun menahan sakit. Sikit demi sikit  melihat  di depan mata keupayaan NIKMAT TUHAN ibu ditarik balik! Kekadang terdetik  betol ker ibu dah takde ? Kenapa ibuku yang pergi dulu ? Kenapa bukan ibu orang lain ? Kenapa terlalu cepat ibu pergi ?


Wahai teman wahai taulan,

Hargailah ibumu dalam doa-doa mu! Inilah ciptaan TUHAN  yang paling ajaib ko takkan persiakan. Bayangkan 9 bulan kau duduk menumpang dalam rahim ibumu.Kau duduk dalam kolam air 5 minit pun kau pasti mati lemas. Tapi kau duduk dalam perut ibu 9 bulan bang. Boleh bernyawa lagi tu sampailah ko dah besar panjang. Dari setitis air kau boleh cukup sifat macam arini dalam perut ibu kau. Boleh jadi orang. Ganjil bukan ? Dari mana datangnya susu ibu. Padahal takde satu tin pun tersimpan susu tepung dalam badan ibu sampailah umur kau 2 tahun! Jangan ! Jangan kau biarkan ibumu menangis bang ! Cukuplah penyu saje menangis.  Kau akan rasa seronok tengok orang lain dengan mak diorang bila mak ko dah takde lagi di dunia ini. Ibu korang mungkin tak hafal no telefon korang. Tapi kenapa die boleh telefon korang. Selalu bertanyakan nasib si anak di rantauan orang. Ajaib bukan ?

Hormat takzim untukmu Ibunda tercinta… dimana dikau berada, dalam alam manapun engkau berada, akan selalu ada sisa di ruang hatiku untuk dirimu Ibu… tidak akan pernah bisa tergantikan oleh yang manapun jua…

AL FATIHAH…

6 responses to this post.

  1. Posted by AINA MAZLINA on May 11, 2009 at 12:33 AM

    BERSABARLAH…….IBU LEBIH DISAYANGI ALLAH…

  2. terima kasih puan..

  3. intro comment aku…walaupun dah 3 kali aku buat slack kat mouse aku..kejap takde email terus dipadamnya mesej aku..now aku harap sume ok..

    aku doakan ibumu mendapat kelapangan dan cahaya di alam barzakh amiin.

  4. Tapi ibumu telah melahirkan seorang anak yang soleh yang bernama Syahrul…
    Pasti die gembira di ‘sana’..

  5. terima kasih tuan..

  6. Posted by aMe on May 27, 2009 at 5:22 PM

    bro..aku dedicatekan lagu ini untuk mung dan “kehilangan” mung..hadis yang mu cakap tu ade dalam lagu ni..perhatikan ek..kat “ummuka ummuka ummuka kola rasuluka!”

    sami yusuf – mother

    http://www.4shared.com/file/40526487/8b62a6f7/Sami_Yusuf-Mother.html?s=1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: