“orang itu” memang MANAH GAMAL !!!


Sudah berpuluh-puluh komen dah aku tengok dalam entri https://agungnyadoaibu.wordpress.com/2009/05/05/aku-marah-bila/ “. Aku rasa dah tak boleh tampung lagi dah kemarahan si pengomen-pengomen tegar blog ni.

orang itu bukan orang utan

orang itu bukan orang utan

Hari ni aku terpaksa bukak satu entri untuk jadi gelanggang “orang itu”. Nahh..sini tempat kite meluahkan rasa bingit kat “orang itu”. Sapa yang tak marah kat orang itu angkat tangan ? Semua orang pun rasa asyik nak pitam kepala tumbang dunia pusing tujuh keliling sebab marah!

Aku dah cakap kat “orang itu” bila aku tulis pasal “orang itu” jer mesti hits aku naik sampai 150 lebih. Kalo aku tulis pasal benda lain jer setakat 50-60 hits jer. Kadang-kadang kawan lain sibuk YM tanya ada cerita baru pasal “orang itu”. Sampai kadang-kadang aku takut nak tulis “orang itu”. Sebab nanti yang kena sepak sampai nangis-nangis dengan “orang itu” mestilah aku bukan si pembaca. Sepak terajang “orang itu” memang sangat dahsyat seperti Ultraman Taro bercahaya merah dengan bunyi beep beep beep, nyawa penulis menjadi taruhan. Sokongan jitu jiwa padu kalian amatlah penulis blog harapkan. Bantulah penulis.

dialah "ORANG ITU"

dialah "ORANG ITU

Kadang-kadang penulis takut orang boring baca pasal “orang itu”. Tapi apa boleh bikin, kehendak pembaca mahukan yang “orang itu” jugak. Tapi lagi bagus tulis pasal “orang itu” dari tulis pasal “orang utan”.

Akhir kata dari penulis sekadar pesanan untuk “orang itu” ;

Janganlah bersikap pilih kasih dalam berkawan..perbuatan ini tak ubah seperti ;

Ayam di jalan dilintaskan..Ayam di reban mati tak makan !

71 responses to this post.

  1. Posted by peraran on May 13, 2009 at 6:43 PM

    inilah gelanggang yang aku tunggu selama ni, kesian pada penulis blog, namun aku hargai inisiatif dan effort beliau untuk membuka satu ruangan membicarakan khusus tentang ‘orang itu’. aku juga turut kengucapkan kasihan dan simpati kepada penulis kerana sering menjadi mangsa ancaman fizikal dari ‘orang itu’. sungguh kejam ‘orang itu’. apa salahnya menerima segala teguran dan kritikan membina secara positif. mentang-mentang lengan ko besar paha aku. wah dah ada peribahasa baru, nanti aku cari lagi peribahasa sarawak.

  2. Posted by butterfingers on May 13, 2009 at 7:39 PM

    kepada penulis blog… sokongan yg tidak berbelah bahagi aku hulurkan… aku tetap teguh berdiri menyokong penulis blog ini kerana usaha nya dalam menydarkan sikap buruk orang itu… sehingga sekarang aku rasa orang itu masih mengambil pendekatan sikap berdiam diri… tiada jwapan dan alasan yang kukuh dari orang itu dalam menjernihkan semula keadaan…. helah bela diri (istilah kaunseling ni…hahah…) langsung tiada kelihatan keluar dari mulut orang itu…. ini membuatkan rakan2 semakin kecewa dan kekecewaan itu boleh membawa kepada kudis yg seterusnya akan menjadi barah… orang itu masih dgn egonya… wahai orang itu sedarlah akan kesalah mu….

  3. aku tujukan pantun ni khas untuk “orang ituk”

    Anak manok terciak ciak
    Anak bekut empirok bah batang
    Orangnya tua macam nembiak
    Siknya sedar maut mok datang

    u/p : peraran, sila check grammar pantun di atas..

  4. Penulis sangatlah terharu di atas komen-komen di atas. Maka benarlah penulis tidak keseorangan. Kesedaran pembaca juga semakin tinggi. Tengoklah semakin hari semakin panjang pula komen diberi.

    @ peraran,
    memang tidak disangkal lagi lengannya berotot lebih besar dari peha peraran. Itulah kekuatan yang selalu digunapakai demi menindas penulis. sudahlah lengannya besar, berurat pula tu. sayang tak cukup panjang jer. tapi kekuatannya ? jangan sesekali diduga @ diuji !

    @ butterfingers,
    komen cikgu tak ubah seperti pujukan psikologi secara terbalik pada diri saya.

    @ razif,
    nampaknya golongan pendidik punya komen sangat berkuasa tinggi secara ilmiahnya. peribahasa pun bukan calang-calang, datang pulak pantun yang buykan mainan semenanjung bahasanya. syabas pendidik!

  5. Posted by am gundam on May 13, 2009 at 9:24 PM

    takper bradah..jgn risau bila orang tu bingit…marah2 sayang je tu.yang penting ko mentain buat berita2 terjah pasal orang itu.

    p/s:sori not,gua cancel last minit

  6. ‘orang itu’ mesti seorang yang penyabar kan? die diperlakukan dengan sebegini teruk tetapi masih lagi mampu tersenym gembira bersama rakan2….aku sgt ingin berkenalan dgn org itu…harap2 aku akan berjumpe dgn ‘org itu’ suatu hari nanti…wahai rakan2 kenalkan aku dgn ‘org itu’….

  7. Posted by peraran on May 14, 2009 at 11:54 AM

    pehhhhhhhhh jip aku kagum ngan ko, pantun tu memang mantap, aku paham semua kecuali baris no 2, mungkin bukan kawasan aku kot. kitab hikayat sarawak mana ko korek? kaunselor, amcm kita psyco sket ‘orang itu’, kita ni sume penuh rasa tanggungjawab n ambil berat kt ‘orang itu’, dia bole wat derk je. kalu org lain memang g mampus la, takde keja la nk tegur n nasihat dia.

  8. korang tengok tuu keangkuhan “orang itu”….masih berani menyindir..!!!
    semangat lang buana mana laa ade dalam diri die ni..

  9. aku rase aku nak buat IP check terhadap user “cartoon” ni.. menimbulkan keraguan la terhadap gaya bahasa penulisan provokatif beliau.. macam ada insan lain menyamar..

    – harap aku salah

  10. Posted by butterfingers on May 14, 2009 at 9:35 PM

    timbul persoalan dlm fikiran aku dgn komen cartoon yg menyatakan org itu masih tersenyum gembira bersama rakan2… rakan2 yg mana yg di maksudkan oleh belau itu?… aku pasti bkn dgn rakan2 lamenye yg tlh dikenali…. cartoon ini tulisannya seperti membela dan menyokong org itu… siapakah cartoon??…komennya benar2 menongkah arus perdana dlm blog ini… dia benar2 menyokong org itu… adekah cartoon dan org itu mempunyai hubungan? mari kite siasat….aku sokong razif utk buat IP check terhadap user cartoon…

  11. Posted by peraran on May 14, 2009 at 10:50 PM

    aku pn sokong, karekotr cartoon ni memang benar2 diragui, aku jugak mempersoalkan kegembiraan ‘orang itu’ bersama rakan2, sape rakan2 yg dimaksudkan itu, rakan2 baru atau yg rakan2 yg lama, seandainya rakan2 yg baru memang selayaknya la, seandainya rakan2 yg lama ‘orang itu’ sememangnya kejam kerana berbahagaia di atas penderitaan orang lain

  12. diharapkan teman-teman ku sume tidak terpedaya..
    orang itu kini sudah pandai bermuka-muka…kalo korang sume ade kat melati pasti korang rasa cam heran nape die begitu selamba angkuh berpura-pura tidak kenal “orang itu”

  13. woi anod!

    orang pandak enda nemu diri, enti aku ulih nangkap nuan, aku beri ngagai jago..

  14. kpd peraran…
    kenapa perlu menderita? sedangkan segala yg dirancang berjalan seperti biase…cuma org itu tida bersama, mungkin orng itu ade halangan yg tak boleh dielakkan….mungkin org itu berkecil hati ke…siape tahu kan..aku bkn nk menyokong org itu tp kite kene tengok situsi sebenar…adkah org itu mmg benar2 bersalah dalam hal ini..

  15. Posted by peraran on May 15, 2009 at 4:53 PM

    dia memang bersalah, takkan nak aku ulang lagi ayat penulis, ‘orang itu’ sanggup membatalkan janji yang telah lama dibuat bersama ahli melati hanya kerana untuk bersama dengan rakan lain yang yang janjinya dibuat last minute atau ntah tak tau bilanya penah berjanji, ha jawab!!!!!!!!!!

  16. Posted by butterfingers on May 15, 2009 at 6:47 PM

    aku menyokong hujah peraran….orang itu membatalkan janjinya di saat akhir… tanpa ada alasan yang kukuh…jikalau pun dia berkecil hati atau punya halangan yang tidak boleh di elakkan adalah perlu untuk dia menerangkan kepada kwn2 tentang situasi sebenar… jika betul dia berkecil hati…. kenapa tidak berterus terang.. mengapa perlu membiarkan kwn2 terus tertanya2 dan memandang serong terhadapnya… adalah perlu orang itu mengambil satu pendekatan sikap bertanggungjawab dlm hal ini… betul tak encik cartoon???

  17. Posted by chewa on May 15, 2009 at 7:38 PM

    ketara sggh nampaknya ammarah saudara razif (aper jadahnya makna pantun ko tu wey??) & peraran..
    itu marahnya dari jauh..dapatkah tuan2 bayangkan situasi penulis dan ahli melati yg serumah dgn ‘org itu’..sehari-hari berdepan dgn keangkuhannya, kemungkarannya…sggh terseksa jiwa dek kecelaruan perasaan..tidak cukup dgn itu, physical assault jg turut jdi hidangan utama..

    wahai c@rt00n!! manusia pemungkir jnji ‘itu’kh yg kamu bela??
    yg angkuh itukah kamu puja?? yang ntah haper2 pnya jantan x guna tu jgk ker ko nk kagumi??
    celiklah c@rt00n, sedarlah..perbuatan anda yang “menongkah arus perdana” entri ini,(pinjam kata2 “jejari mentega”) bakal mengudang padah pd diri sndiri..

    sekian,
    wassalam

  18. Posted by peraran on May 17, 2009 at 1:34 AM

    seperti yang aku sudah katakan sebelum ni wahai kwn2 seperjuangan semua, ‘orang itu’, sanggup bermuka2 dan memungkir janji. aku yakin kemarahan kita yang diletuskan terhadap ‘ orang itu’ bukannya dibuat2, pasti ada sebab yang kronik dan konkrit. aku masih lagi menunggu hujah pembelaan dr en cartoon mengenai komen aku yang terdahulu.

  19. Posted by butterfingers on May 17, 2009 at 11:08 AM

    en cartoon.. sila tegakkan benang basah anda…

  20. wahai teman,

    aku dan che wa secara lebih spesifiknya selalu menahan getus amarah di hati. parut luka lama tu blom sembuh lagi sudah berkudis pula di hati seblah bawah.

    kami telah diherdik ari jumaat mlm lps..saje jer kami mngajak ke padini @ seed di jaya jasko skadar cuci mata..diherdik cemuhnya kami sambil menjerkah ;

    nak beli pakai ape ????? air liurrr ??????

    cara herdikan jerkahannya sangatlah tidak pernah didengar selama berkawan !
    sangat luar biasa…dan kjami jadikan itu sebagai kata-kata azimat kami kawan-kawan..

  21. Posted by butterfingers on May 17, 2009 at 2:14 PM

    satu jerkahan yang sungguh menusuk kalbu….org itu mmg sudah hilang pertimbangan…. tiada lagi bahasa yang bersopan santun…. org itu benar2 hilang kawalan dan perbuatannya benar2 di luar dugaan…. out of control..out of mind…

  22. memang benar out sun. kalo die main badminton dgn aku pun slalu bola die pukul sume out of court. kalo g makan plak pantang nampak pempuan cantik.mulut nak sembang dgn kite tp pandangan mata slalu out of sight. aduhhhh..aku kecewa che wa lg laa kecewa.

    dari meja editor,
    penulis kecewa

  23. Posted by butterfingers on May 17, 2009 at 7:25 PM

    org itu mmg manah gamal….hahahah…. eh ape makne manah gamal tu?
    dah lame aku nak tanye makne dia…. lupe la plak…haha…

  24. MANAH GAMAL = SANGAT KACAK !!!

    NOTA KAKI :
    rujukan sila rujuk clip video iklan maybank dalam bahasa iban..gmar rimau di kaki apai..ade disebut MANAH GAMAL..!

  25. maafkan beta wahai panglima sekalian, beta keluar kawasan (kawasan yg out of broadband coverage), murka sungguh beta dengar ayat tersebut

    “nak beli pakai ape ????? air liurrr ??????” (mentang2 die model SEED, dpt baju pree je)

    kalaulah jebat masih hidup, dah lama beta perintah jebat rodok perut si PENDEKhaka ni..

  26. Posted by butterfingers on May 17, 2009 at 11:37 PM

    setakat rodok perut je tak best ar…. rodok la seluruh badan la….baru puas hati… kerat 18 ke….hahahah..

  27. kalo korang ckp nak suh rodok perut ni pun aku dah boleh nampak dah wajah-wajah angkuh die akan mengajuk balik ape yg korang ckp ni..sakit rasa hati ni..korang cuma boleh ckp mcm gini jer laa..tp bile aku & che wa tgk wajah riak die MENJAWAB tuuu terasa sungguh hati cam nak sagat-sagatkan muka die tuu..

  28. org itu mmg manah gamal… mmg tersgt lah manah gamal.. idup ANOD!!!.. hehehehe..
    ampun penulis blog..

  29. adoiiiiiiii…ade plak yang menyokong ni…..

    kak maz,
    awas….nanti banyak orang akan hentam anda balik sbb menyokong “orang itu”

  30. Posted by peraran on May 18, 2009 at 5:19 PM

    sah ‘orang itu’ mengidap selsema janek(babi), antara simptompnya ialah kecenderungan melafazkan ayat2 geram dan kasar terhadap persoalan atau pelawaan yang bercorak sopan santun dan lemah lembut

  31. Posted by butterfingers on May 18, 2009 at 8:05 PM

    org itu sudah terkena virus yg merbahaya….

  32. Posted by peraran on May 19, 2009 at 10:31 AM

    sebagaimana yang dimaklumi semua, mingu lepas aku meraikan sambutan hari gut, tema thn ni ‘guru pembina negara bangsa’. aku merasa cukup terkilan kerana pada masa yg sama aku cuba menghayati dan mengapresiasi tema tersebut dan berkhidmat setulus hati untuk generasi muda sarawak, sahabat aku sendiri iaitu ‘orang itu’ tidak terbina, seolah2 mengata dulang paku serpih. aku terkilan…………….

  33. aku bknnya berdiam diri cume aku tertanya-tanya mengapa masih lg org menyalahkan ‘org itu’ sedangkan anda sume adalah sahabat karib beliau….terima kasih kpd kak maz walaupun kak maz hanya kenalan baru kpd org itu tetapi kesediaan kak maz memahami situasi amat mengharukan…itulah kalu org nk tuduh tanpa usul periksa beginilah jadinya…sediah dibuatnya sb rakan kpd org itu…sampai nak dirodok-rodok, disagat-sagat teruk sgtkah org itu??????

  34. kalo dulu bile kite kata kat “orang itu” die cuma akan senyum jer..
    tapi skarang “orang itu” akan mengajuk balik kite ckp sambil buat muka yang jengkel !

    tapi kami cuba sehabis daya untuk memujuk hati kami yang agak kacau bilau..
    sehabis daya kami cuba terima mempelangikan hati kami sungguh pn angkuhnya “orang itu” ibarat kacang lupakan kulit !

    tapi ape boleh buat..mesti harga kacang kat pasar pun dia tau..! jauh skali harga paku serpih atau paku pakis..!

  35. hati kacau bilau dsbbkan org itu….mustahil…memang mustahil mungkin penulis jiwa kacau dsbbkn bende lain kot…tp menyalahkan org itu, sungguh kasihan org itu…menjadi magsa keadaan….KASIHAN…KASIHAN…KASIHAN….

  36. Posted by peraran on May 20, 2009 at 8:01 AM

    woi cik cartoon, cuba ko jawab bagi pihak ‘orang itu’, aku tak puas ati btol, kitorg ni sume marah bersebab, bape kali aku nak ulang ayat pertanyaan yang sama seperti entri aku yang terdahulu:

    “dia memang bersalah, takkan nak aku ulang lagi ayat penulis, ‘orang itu’ sanggup membatalkan janji yang telah lama dibuat bersama ahli melati hanya kerana untuk bersama dengan rakan lain yang yang janjinya dibuat last minute atau ntah tak tau bilanya penah berjanji, ha jawab!!!!!!!!!!”

    jawab dulu cik cartoon oi bagi pihak ‘orang itu’ sebelum ko membelit ke lain, itu tujuan utama topik ini dibuat oleh penulis.

  37. baik cik peraran sy akan jwb….kalau die bersalah pun takkan sampai mcm tu mrh nye…sy nengok cik peraran yg betol2 marah kat ‘orang itu’ setiap komen en. peraran sungguh beremosi…jgn la mcm tu..sy lihat org lain pun marah tp tak de lah smpi beremosi…cume marah2 sayang je…wakakakakaka…..nanti sy suruh ‘orang itu’ mintak maap kat en.peraran yerk….bye cik peraran

  38. aduhhh jawapan die….bukan main sinis lg…

  39. Posted by peraran on May 21, 2009 at 12:07 AM

    jawapan tak ikot kehendak soalan

  40. kepanasan tahap melampau di blog ini.. degil bukan kepalang encik kartun

  41. Posted by peraran on May 21, 2009 at 8:42 AM

    kan aku dh ckp dh, cik cartoon dh cuba membelit ke lain, nak reverse psycho konon, tak luak ngan aku la, nak cuba tukar topik kt aku plak, nmpk aku sorg je yg emosi, logik ke tdk, salah satu crime scene ‘orang itu’ juga melibatkan aku, tak perlu aku sebot yg mana, patutkah, perlukah, logikkah, mestikah aku tidak emosi, kan aku dh ckp aku yg dok jauh ni dh overreact, blm dok dkt2 lagi, blm kena live kt aku lagi. aku ni org yg ADA PERASAAN, BKN KAYU ATAU BATU, jd apa yg jadi kt kwn2 aku tumpang sedih skali, takkan nk wat bodo je, wlwppn aku jauh. ahli melati yg lain, marilah sama2 kita doakan agar ‘orang itu ‘ tersedar dr lamunannya. mingu dpn aku nk blk arap2 aku tak dgr pape lagi dh pasal ‘orang itu’ atau tiada apa pn yg berlaku di depan mata kepala aku sndri.

  42. woi..!!! ape kecoh2 ni??? bende dah lepas….sudah lah ni nak ungkit2 macm besar sgt je salah aku…ah sudahlahhh…lain kali jgn janji dah dgn aku kalu aku tak tepati…

  43. woi….!!!! ape kecoh2 ni besar sgt ke salah aku??? bende dah sebulan berlalu pun nak kecoh kan lg..dah-dah malas nak bc komen korang…

  44. encik peraran mahu pulang ke? mari la kita melepak bersama.. jangan pedulikan encik kartun dan kawan2 SEED die..

  45. woi…!!!! ape kecoh2…bende yg lepas lepas lah…takkan nak nyanyi lg sejarah mungkin berulang kot…

  46. Posted by butterfingers on May 22, 2009 at 4:37 PM

    cik peraran balik bile? bape hb? bleh kite lepak2 sambil bertukar2 pendapat dalam membangunkan anak bangsa supaya mereka berpegang patuh pada janji dan mempunyai semangat setia kawan yg jitu….

  47. sungguh sinis ucapan dari ‘jejari mentega’ harap-harap ape yang diinginkan akan menjadi kenyataan…sy pun ingin menyertai diskusi tersebut…boleh en.peraran?

  48. Posted by chewa on May 23, 2009 at 12:21 AM

    wargh..btol2 panas nih!!

    ni nk tmbh story psl org itu..

    selepas ayat: “nak beli pakai ape ????? air liurrr ??????” ad ecket story yg aku kna btaw..psl yg kna jerkah tu adalah aku!!

    malam tu mmg panas cket cuaca & suasana, kami cadang nk lepak2 kt bwh, bli eskrem kt kdai acheh tu..aku suh dorang trn dl..sekali dorang start moto gi memana ntah..aku plak, yg trn cket lmbt, x bwk kunci moto..nyudahnya aku naik smula x turun2 dah…

    pastu dorang balik bawak eskrem..si “org itu” plak siap bli kasut kt bundle sepasang, aku tnya baper hengget?? dia klentong aku sploh hengget…nasib saksi utama ada..trpaksa dia betolkn balik hrga tuh..

    truss aku fire dia, ajk g jenjalan xmo,xde duit katenya..memalam buta kol doblass bleh plak bli kasut…

    “ko bli pkai aper nod?? airrr liurrrr????”

    pastu dia sengih jer mcm x bersalah!!! mendidh aku time tuhh…naseb baek anak org..kalu anak ayammmmmmmmmm………….

  49. Posted by butterfingers on May 23, 2009 at 9:31 AM

    relax bro… sabar2…. aku turut bersimpati….org itu mmg tiada hati perut…. apekah yg ade didlm fikirannye ketika itu?….

  50. Posted by peraran on May 23, 2009 at 2:11 PM

    hahhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!! cik cartoon, mana ko menghilang, tlg la jwbkan bagi pihak ‘orang itu’. aku bersimpati pd che wa. nanti kita pegi jalan2, beli la pape benda nk beli pastu kite beli aiskrim kat kedai acheh kay. aku blk rabu dpn, smp mlm, insya allah cuti 2 minggu ni lama sket masa aku dpt luangkan utk bermuzakarah bersama dengan rakan yg perihatin terhadap perkembangan umat muhamad. insya allah kita juga dpt merangka aktiviti riadah dan lawatan smbl belajar cthnye ke jusco dan bundle, juga ke court futsal. dan akan diadakan juga mesyuarat pibg di kotak merah. sebagai setiausaha agung aku hanya akan bertanya secara lisan dalam tempoh notis 10 jam sblm mesyuarat, tak perlu nak janji awal2, tak perlu notis lama2, nanti ramai plak munafiqun atas muka bumi nih.

  51. peraran,
    ini statement terbaru dr “orang itu”

    “AKU SKANG DAH TAKLEH BAU DAH BAJU BUNDLE”

    angkuh tak bunyi camtu ? maklumlah kontrak bersama seed dah seperti kera mendapat bunga.

  52. Posted by peraran on May 24, 2009 at 3:19 PM

    panau dah lupakan kulit

  53. Posted by butterfingers on May 24, 2009 at 5:56 PM

    cukup2 angkuh…. ape nak jadi la dgn orang itu….

  54. Posted by butterfingers on May 24, 2009 at 6:19 PM

    lupe diri… lupe asal usul… lupe akan pakaian lame… melayu mmg mudah lupe…

  55. korang hanya mendengar cite dr sarul n cewa….boleh pecaye ke diorang tu…mmg kalu nk kenekan orag no satu..tambag si penulis ni….ish..ishish aku pun tak tau nak ckp ape lagi…

  56. sarul & che wa bukan bercakap kosong..ini atas pengalaman kami sndiri wahai abg c@rtoon.

    penulis ni pula sekadar menjadi medium bagi ahli-ahli melati dengarkn ape yg jadi..

    jangan nk salahkan org lain..slalu gitu..mencari alasan dan salah org lain bile ko dah habis modal..! ko jenis lelaki melankolik..!

  57. bukan habis modal…kadang2 ape yg disampaikan tak same dgn ape yg berlaku…’org itu’ la ckp kat aku…camane tu dah kire fitnah….

  58. mentang-mentang laa dah nak jadi cikgu JQAF kat Beaufort dah nak sekolahkan aku pasal fitnah plak..

  59. Posted by butterfingers on May 24, 2009 at 6:51 PM

    en cartoon nampaknye teguh berdiri di belakang menyokong orang itu….

  60. SIRAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP…….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

  61. BANDUNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG…………..!!!!!

  62. arimau tamil betul la korang ni.. haha

  63. Posted by chewa on May 25, 2009 at 4:04 AM

    quote: “bukan habis modal…kadang2 ape yg disampaikan tak same dgn ape yg berlaku…’org itu’ la ckp kat aku…camane tu dah kire fitnah….”..

    coba cik katun habaq mai..tang mana yg kami ckp x betoi, part mana yg x sama..kalu boley, quote ayat tuh…akn dikaji perkara tersebut dan sy rasanya tidak ralat utk mengakui silap sy serta meminta maaf secara terbuka SEKIRANYA benar dakwaan cik katun..ada brann??

    org itu mmg pa alip lam alip ta!!

    palat..

    palat lg..

  64. C@rtoon @ “orang itu”

    penggunaan intoksikasi berulang kali ?? untuk aper ? penunjukan satu pemprotesan ?
    itu bukan satu metafora yg mampu kau tunjukkan pada dunia tentantg injeksi masalah yg kau terima atas perlakuan diri sendiri..

    Nah! lihat saja konsenkuasi yg ko terima, secocok dgn apa yg kau lakukan..

    “orang itu” dengan c@rtoon dua-duanya perangai sama..!

    li’annahum mangkuk hayunun…!

  65. Posted by peraran on May 25, 2009 at 9:07 AM

    wakakakakakakakaka

    “anod, meh sini mintak handset ko”

    “ah! takleh aku nk set alarm nih!”

    “ala boleh la nod, kejap je”

    “ahhhhhhhhhhhhhh, aku nk kunci jam ni, RAMAIIIIIIIIII”

    aku ingat lagi salah satu perbualan yag berlaku hampir sebln yg lepas, pada masa itu aku berada di tmpt kejadian, apakah yg membelanggu ‘orang itu’ sebenanya cik cartoon, belainan benar dia skang jika nk dibandingkan sethn yg dulu, seriusly sbg shbt aku dan ahli melati yg lain amat bimbang dgn kondisi ‘orang itu’ skang ni, agak2 kalu aku tanya doa insuran naik kenderaan kat ‘orang itu’ dia ingat lg tak?

    ps: doa tersebut diajar kepada oleh ‘orang itu’ kepada aku satu ketika dulu pada ketika janggutnya masih lagi pjg atas dasar sunnah dan kecintaan kepada Rasulullah.ka

  66. aku kadang tak paham mengape jadi begini…aku masih seperti dulu, takde yg berubah, cumenye persepsi korang sume terhadap aku je berbeza itu sj…itu bende yg aku rase la…kecoh la korang ni…..!!!!!!!

  67. Posted by peraran on May 25, 2009 at 5:28 PM

    ko dh lain, itu benda yg ko rasa, ahli melati lain plak rasanya

  68. Posted by chewa on May 26, 2009 at 3:18 AM

    masih lagi dengan penoh keangkuhan, coba tgakkan benang yang basah..

    busuk pnya org..

  69. p/s kepada penulis

    sila tutup entri ni mengarut je aku nengok….

  70. Posted by peraran on May 26, 2009 at 12:21 PM

    apa plak ngarot, ruang ni aktif dan beroperasi ats dasar fakta

  71. nampaknya, pertempuran masih berterusan, kubu kuat panglima kartun masih lagi kebal walaupun diserang oleh rentap peraran..

    maaf, aku baru pulang B.I.G, bina insan guru (bukan bina insan GAMAL tau!)…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: