HARI INI HARI AKOB


Hari ni nak tulis pasal seorang lagi graduan IIUM. Tengku namanya. Sebab hari ni hari dia.Ada yang panggil dia Tengku, ada yang panggil dia Yaakob, ada yang panggil dia Akob. Wujud jugak gelaran-gelaran yang aku rasa kritikal tapi tidak bagi dia. Nama-nama berciri komersil seperti AKOb Mustafa, maikel sKOBfield memang digunapakai secara malu tapi mahu. Dan yang paling tak ku lupa dia tulis nama dia kat CD player yang dia beli guna duit PTPTN tu dengan nama AKOBstic. Macam laa beliau tu seorang pemuzik Acoustic.

Akob dulu tak pandai marah. Kalo kawan-kawan mengata pun dia ketawa jer. Mulai hari ni dia sudah bekerjaya. Tapi nadanya angkuh. Sangat angkuh semalam. Setelah bertahun-tahun kawan, teman & taulan mendoakan agar beliau dapat kerja akhirnya arini dia sudah mula boleh memakai tali leher.

Dulu memang sopan, pandai hormat orang tua

Dulu memang sopan, pandai hormat orang tua

Semalam call Akob. Tak tau pulak arini dia dah start mengajar jadi cikgu kontrak kat Johor jugak. Ada ker patut langsung tidak dipanjangkan berita ini pada teman-teman. Tapi takpelah. Nada kecewa tu kami simpankan dulu sebab terlalu seronok & gumbira mendengar Akob dapat kerja. Gila seronok. Gaji bukan kepalang. Kepala angka 2 tuu. Apa salah kalo belanja kami makan semeja. Tanda syukur atas rezeki. Tapi kami sedih apabila dijawab angkuh;

SIBUK…AKU SIBUK…

aku bukan cakap kosong

aku bukan cakap kosong

Hampa bang. Kecewa dengar itu perkataan yang dia boleh cakap! Macam gini kah perangai & akhlak seorang guru ? Ada ramai lagi cikgu lain. Cikgu Razif, Cikgu Peraran, Cikgu Asun, Cikgu Beruang, Cikgu Nasir. Tapi takde pun yang cakap macam tu. Aku rasa Akob ni kena pergi Bina Insan Guru ni sepuluh kali baru terdidik akhlak yang pekerti.

Kami kecewa Kob….! Kami kecewa….!

Kau sangat angkuh…! Takpe..arini hari ko…! Sebab ko start jadik cikgu arini..

Keangkuhan seperti ini mengguris jiwa.

55 responses to this post.

  1. kali terakhir aku menghubungi aku berkenaan nak releasekan release letter adik dia.. itu kali terakhir akob menghubungi aku.. rindukan suara AKOBstic akob.. ngeh..ngeh..ngeh..

  2. akob yg aku kenal x mcm ni, aku rase mesti die dirasuk hantu ni.. mari kite bomohkan akob supaya die kembali sihat

    akob, aku bukan mengapi-apikan permusuhan antara kau dengan kawan2 kite, tp ko yg bersifat sedemikian..

  3. cepat benar ko kelabu mata wahai Cikgu AKOB…

  4. AKOB takde efect pun….tp aku thu penulis blog ni dlm keadaan yang sgt marah, itulah sifat apabila marah blog menjadi tmpat melepaskan marahnye..hahaha, jangan marah ek en. S

  5. Posted by saim on June 16, 2009 at 12:10 PM

    Rilek Jack..try lagi malam ni..mungkin dah tenang sikit kot. Aku sebilik dengan Akon 7 semester berturut-turut..tahu la perangai dia sikit-sikit. Aku pun tumpang gembira dengan berita ni.

  6. Posted by saim on June 16, 2009 at 12:11 PM

    Akon? Sori typo. Bila masa Akob jadi Senegal.

  7. aku x dpt bayang kalo akob dpt jwtn yg lebih best dpd sekarang, mesti die panggil kite “samp#h”, “pencac#i”, “gr#deless” dan bermacam2 lagi.. mentang-mentang duduk AmuoRIKA Syarikat, pastu sekarang ngajo kat Kulaifornia..

  8. ni bukan aku reka cerita wahai en saim & orang itu..
    aku faham saim ko dah sebilik dgn beliau 7 semester tapi ni yang beliau reply kat teman sebilik dia jugak si Cikgu Ajip..

  9. perghh..luar biasa..

    aMUORika syarikat dalam jajahan KULAIfornia. Hebat betol tempat dia mengajar..selayaknya laa Universiti tempat dia blaja dulu INTERNATIONAL..

    kalo dia panggil kita gradeless siap laa dia..aku tau laa dia Akon..HAHAHAHA..

  10. hahaha, AKON.. saim, lawak ko memang 1st class.. HAHAHAHAHA

    “ornag” itu, kenape kau membacking akon, xkan sbb akon sms anda, anda terus bersyubahat dgn akon?

  11. Posted by saim on June 16, 2009 at 12:37 PM

    Aku bukan nak mem’backing’ dia, tapi aku rasa situasi Akob buat derkk/ bo-layan ni one-off je. Aku ingat lagi dulu masa Arsenal kalah final UCL lawan Barcelona, berapa hari dia senyap. Ajip yang fan pun rilek je. Tapi bila kepala dia dah level ,dia ok. Yang aku tau Akob ni seorang yang periang.

    Mungkin keadaan ni ambik masa sekejap, mungkin lama. Dia dah masuk dunia baru. Terpulang pada dia.

  12. sbnrnye bnyk lg sms akob yg menyayat hati yg x disiarkan krn kerajaan cuba menutup skandal ini dengan pelbagai alasan.. kalo ko baca saim, peh… ASK OUR HANDPHONES! mereka lebih tahu

  13. btol tu jip..

    saim,
    kalo ko berada di dalam situasi kami tentu ko akan rasa terpana..inikah akob yang dulu ? sedang kami seperti rusa hilang tanduk dengan sikap hambar akob semalam..

  14. tp aku tak rs mcm tu…die mmg letih, ye la dah lame tak keje tibe2 dpt kerje jauh dr umah pulak tu, mmg la letih…takpe kob aku sgt faham situasi ko…yeah hidup cikgu akob…akob tak besalah..

  15. Posted by am gundam on June 17, 2009 at 8:53 PM

    aku try call akob,tapi masuk voicemail…KICIWA SUIT

  16. Posted by butterfingers on June 17, 2009 at 10:08 PM

    akob berubah? hahah… aku ade dapat mesej dari ajib… kecewa juga mendengarnye… akob masih mendiamkan diri… dia patut tampil menjernihkan keadaan….

  17. Posted by peraran on June 18, 2009 at 8:30 AM

    tahniah akob, tambah lagi sorg ‘bala pengajar’ di kalangan ahli melati, aku malas nk komen byk sbb akob tak join, cam takbes, mgkn kt skolah dia takde tenet kot, kepada orang itu, aiiiiiiiiiiiii backing nampak

  18. AKU TAK BACKING PUN…TP AKU KENAL AKOB TU ORG NYE BAIK…KORANG PUN TAU KAN AKOB MENE PERNAH MARAH2 ORANG…BETUL TAK APE AKU CKP?

  19. Posted by chewa on June 19, 2009 at 11:25 PM

    ‘orang itu’ mengarang menggunakan CAPITAL letters..an indication of kemarahan dan ketidak puasan hati..rilek2 sudey…topic anda dah tamat..ini citer akob plak!!

    rilek la en. penulis & cikgu razip..sy yakin cikgu tanako yakop tidak berniat utk menyombong..mgkn kepenatan beliau melebihi excitement sbg seorang pendidik..xtau plak kalau sebaliknya..kta tggu dan lihat saje laa..

  20. Posted by peraran on June 20, 2009 at 1:24 AM

    aku setuju ngan che wa, besanya awal2 ni letih sbb nk settel down, besa la tmpt baru, environment baru dan mgkn byk yg nk kena prepare dgn tugasan baru, almaklumla cikgu skang bkn takat ngajar je, tambah2 plak ada ijazah, lagi byk la tanggungjawab la pihak sekolah bg

    ps; agak2 akob pakai lagi tak baju keling mabuk dia g ngajar

  21. Posted by chewa on June 20, 2009 at 5:56 PM

    hahaha…baju keling mabuk uuuu…
    xtaw ler..harap2 cikgu yaakob tidak menunjukkan teladan yg buruk dlm etika berpakaian utk dicontohi anak2 murid beliau..
    marilah kta sama2 berdoa diimami oleh en. syahrul dengan makhraj dan harkatnya yg superb..
    appa lg syahrul..

  22. Posted by peraran on June 20, 2009 at 11:34 PM

    doa tu kalu tak dilafazkan di kedai shah tak mustajab

  23. terkilan penulis kerana telah disebut ”

    marilah kta sama2 berdoa diimami oleh en. syahrul dengan makhraj dan harkatnya yg superb..

    suatu pendedahan dengan nama sebenar di situ..

    penulis yakin doa tempoh hari yg dibacakan oleh en syahrul aritu tidak dimakbulkan..sudah pasti malaikat yang nak membawa doa itu ke langit berasa musykil..kerana setelah doa itu selesai dibacakan para makmum tidak mengaminkan doa tersebut sebaliknya menyambut doa tersebut dengan penuh dekah-dekah ketawa..

  24. Posted by butterfingers on June 21, 2009 at 9:25 PM

    takpe syarul… ok la tu… ko nye makhraj mmg bgs ar… bleh jd imam..heheh..

  25. pergghhhh..mmg terkena aku…!
    aku berdoa pn bleh jadik bahan…
    berdesing aku dgr korang gelakkan aku aritu..

  26. Posted by peraran on June 21, 2009 at 10:54 PM

    rilek la bang, kalu takat istajib dua je takpe ni siap smbg2 lagi panjang, memang ripleys believe it or not la, aku restecpaaaa kt ko, tak sia2 ko koilullah tiap2 jumat

  27. qailulah tu sunat bang..memang aku tak tinggal..
    yg masalahnya yg wajib time jumaat tu plak aku tinggal…camna nak istajib…!
    wakakaka..

  28. Posted by kinell136 on June 22, 2009 at 11:48 AM

    Apa cerita Cikgu Tanaku Yaakob ni? Dah sejuk ke lum? Ke dia dah sibuk dengan Cikgu Rohaya sekarang..

  29. cikgu akob kata Cikgu Nor Ajwa..aku baru lepas tepon die ni..

  30. Posted by butterfingers on June 22, 2009 at 7:54 PM

    pergh akob…kejap cikgu rohaya…kejap cikgu nor ajwa…. hahah..

  31. cikgu yaakob memang sombong sekarang.. duduk umah sewa pun sengsorang.. memang kera panjang yang sumbang!

  32. Posted by butterfingers on June 24, 2009 at 7:51 PM

    ntahnye… duduk umah sewa sorang2… kalo nak duk sorang2 tak payah le duk umah sewa… duduk je kat dalam hutan…hahah…

  33. HAHAHAHAHAHA…..😉

  34. Posted by akobstatic on June 26, 2009 at 10:48 AM

    korang memang buat aku marah!!!!!!KORANG PEHAL!!!!sirap siot!!!!nak gaduh!!!!!!

  35. wahhh..kasarnya komen…siap nk ajak gaduh..
    cikgu sekolah mmg macam gini ker..?

  36. Posted by Saim on June 26, 2009 at 11:09 AM

    Peh. Akob dah ada waiyeles berodben sekarang.

  37. AKOB MEMANG DAH BERUBAH….TAK PENAH AKU DGR AKOB AJAK GADUH NGAN ORANG…BR KU SEDAR

  38. Posted by chewa on June 26, 2009 at 4:36 PM

    mcm ni pe’el cikgu ngajo moral??

    rosak anak bangsa!! abis laa bdk2 kulaifornia nun..

  39. akobstatic,

    sila tukar kepada akhlak yg lebih mulia..ubah corak budi pekerti tu..

  40. Posted by peraran on June 29, 2009 at 11:35 AM

    KO PEHAL KOB!!!!!!!! KO PIKE KO KUAT!!!!!! hehehehehe, yezza akob dh join

  41. gaji akob kan besor….so die bleh laa nk suka-suki hati die jerkah sape2 jer yg kerdil mcm kite ni bang…

  42. Posted by butterfingers on June 30, 2009 at 8:45 PM

    akob mmg telah lupe diri.. gaji yg byk telah membuatkan dia lupe asal usul… lupe daratan.. lupe akan dirinya yg dulu… rakan2 tidak lagi di sapa dgn baik.. hanya jerkahan2 sumbang yang kedengaran… sedarlah wahai akob!!!!!

  43. Posted by peraran on June 30, 2009 at 11:42 PM

    akob sudah terjangkit dengan influenza orang itu

  44. kob, tekanan di sekolah sila uruskan dgn baik..

  45. en.peraran macam sesedap rase je menyamakan akob dgn org itu…sungguh saye terkilan dgn tuduhan melulu itu….mmg sungguh kaciwa….!!!!!!!

  46. kob, jom nengok transpomes! kat jasko tebrau.. jom aaa

  47. Posted by Saim on July 2, 2009 at 5:25 PM

    Aku terbayang Akob mesti ketawa (gelak trademark dia) ngilai-ngilai baca komen korang…lepas tu dia buat muka budget bengis sekejap.

  48. Posted by butterfingers on July 2, 2009 at 7:35 PM

    ape hal plak org itu…. tetiba je nk kecewa… takde kene mengena pun topik ni ngan dia… appara…ni topik akob la…. org itu masih lg mahu menangguk diayer keroh melaka….

  49. Posted by peraran on July 2, 2009 at 8:13 PM

    lek la orang itu, episod aku ngan ko dh abeh, skang aku ngan cikgu akob plak

  50. Posted by akobstatic on July 6, 2009 at 1:24 PM

    x baik korang menuduh seseorang tanpa usul dan pekse…seharusnya korang yang aku gelar sahabat..mengerti situasi(layan lagu ni) yang aku alami…bukan niat aku tuk melukakan hati sahabat2ku…apatah lagi melupakan jasa korang…korang ibarat kulit,aku isinya,isi dan kulit x dapat dipisahkan…harapanku setinggi gunung mengharapkan kemaafan daripada kalian…harap kalaian dapat memaafkan diriku….sekian sahaja nukilanku pada kali ini…pecah kaca…pecah gelas,pen merah..pen biru,lori panjang lori…lori pendek,terima kasih….(akobstatic)

  51. sedikit ulasan komen akob😉

    “korang ibarat kulit,aku isinya”

    aku rasa kami isinya ko kulitnya..pasal ko bukan ada isi pun bang..tak macam kami..isi berbonjol2 di mana-mana..wakaka..

    perghhh…
    pantun ko yg last tu aku rasa cam janggal plak bunyinya..
    selama ni kami sume cuma dgr pantun-pantun berbakat saja..mcm pantun cikgu razif yang begitu bersarawak bunyinya..

  52. Posted by butterfingers on July 9, 2009 at 2:48 AM

    ai berpantun pantun le plak ko kob…. ko dh jd cikgu BM ke skrg…. kompem ajaran sesat yg ko ajar…hahahaha….

  53. Posted by awek akob on July 10, 2009 at 11:35 PM

    adakah hanya berbekalkan dua patah perkataan boleh mwnggambarkan peribadi seseorang???

  54. Posted by awek akob on July 11, 2009 at 10:14 AM

    wajarkah dua patah perkataan boleh menggambarkan kesombongan seseorang??fahamilah seseorang itu wahai kawan2 akob…

  55. dan dan awek akob konon..padahal adik akob..HAHAHA..ingat aku tak tau ker bang ?
    akob dah anta adik die plak suh komen..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: