Selsema BABI kah aku…?


Semenjak dua menjak ni, binatang bernama BABI lah yang paling femes. Semacam mengukir populariti apabila virus selsema H1N1 ini dikaitkan dengan BABI. Binatang bernama BABI ni memang dia punya ” HOT “ tu lain macam sikit. Kalau ada yang berjiwa baran pun digelar marah gila BABI. Kalau ada yang ekstrem sikit pun memang BABI akan jadi kata adjektif sebagai penguat kata.

Orang kata enggang sama enggang biar pipit sama pipit. Tapi ini BABI biar sama BABI.

Satu malapetaka. Hari ini. Di bulan Julai.

Ikutkan hati, ingin jadi pengikut fesyen yang tegar dan hip. Aku masuk satu kedai kat The Gardens. Jenama hebat. Aku pegang satu kasut. Macam best. Lepas tengok harga, aku rasa kasut tu memang tak best ! WAKAKAKA. Elok jer aku letak balik kat tempat dia, baik punya tag dia ada tulis PIG SKIN. Aduhhhh. Pedih hati aku. Terasa diri tidak sesuci dulu lagi sejurus menyentuh najis mughallazoh itu. Sakit hati aku !

Tsunami jiwa aku petang tadi. Jiwa kacau. Macam mana laa nak buat ni. Memikirkan mana pulak aku nak cari tanah kat MidValley tu. Sumpah aku rasa nak marah. Bila marah mana boleh pakai bahasa slanga. Bahasa kesat ibarat bertubi-tubi silih berganti nak beratur keluar. Tak dapat pula diganti dengan ayat-ayat Al Quran versi pendek. Takut ada kecederaan pada tajwid nanti.

Lepas pergi cari tanah kat pasu bunga untuk samak terus aku hamun;

memang BABI punya BABI..!!!

p/s: perkataan babi yang pertama itu adalah adjektif !

2 responses to this post.

  1. peh.. geli syial syahrul.. babi pun bole terbang!

  2. ni kisah lama laa abang…..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: