bila sembang bab KALAU…


Terlanjur cerita bab BABI ni, teringat kisah sewaktu zaman kampus. Anod jadi bengis bila bercerita ada perkataan KALAU sebagai tanda cerita lebih berdegar-degar bunyinya.

” Bila sembang bab KALAU ni…BABI pun boleh terbang..! “ ujar Anod

Itu cerita dulu-dulu. Zaman-zaman belajar. Zaman semangat INDIE.  Zaman takde duit. Memang citer berdegar-degar jer bunyinya. Masa tu nak beli Honda Cup lampu bulat gear satu tekan belakang pun blom mampu lagi. Jauh sekali nak cerita pendapatan per kapita masa itu.

Sekarang zaman dah lain. Dah berkarier. Menetap di celah ibukota. Berlokasi pula di pusat komersial ibukota menjadikan kami tidak semena-mena menjadi elit di mata masyarakat. Zaman yang disuapkan dengan macam-macam tayangan satira politik semasa.

tak sengaja gugel

tak sengaja gugel

Zaman kanak-kanak pulak lain cerita. Zaman main beskal BMX. Zaman tim e tu tengah gila dengan teknologi rakaman. Baru nak discover. Baru tahu fungsi butang merah bertanda Record tuh. Selama ni tahu tekan Play aje. Jika nak rakam, kena acung 2 jari serentak pada butang Record dan Play. Masa itu, dekatkan mulut pada speaker dan boleh laa buat variasi suara. Kadang-kadang tiru suara Polis Angkasa Gaban.

Indah betul zaman kanak-zaman. KALAU laa boleh balik semula ke zaman tu. Tentu Anod akan marah aku balik.

” Sembang bab KALAU ni…….BABI pun boleh terbang bang..!!! “

4 responses to this post.

  1. lawa siot gambar babi terbang…ini menunjukkan kalau tu benar2 akan terjadi…kalaula aku jadi juara minggu ni kan best..HAHAHAHA

  2. KALAU nod….KALAU…..!!!!!
    when we talk about KALAU ni….the BABI also can fly…!!!

  3. Posted by peraran on July 23, 2009 at 9:17 AM

    juara pe

  4. Juara Tournament Pandan Amatur 26hb ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: