KUTU mengeluh…


Sejenak baca blog adik gua pasal kehilangan.  Gua pun rasa nak menambah. Memang gua tau adik gua rasa kehilangan apa. Pasal gua pun rasa kehilangan yang sama. Adik gua cakap;

Kita cari apa yang hilang itu sedangkan kita tak kan jumpa pun “

Memang kalau cari sampai kiamat pun gua rasa takkan jumpa. Bila dia takde, gua memang rasa kehilangan. Hilang tempat mengadu. Hilang tempat nak bagitau ada masalah. Hilang kawan nak borak. Dia memang power. Kadang-kadang dia tengok muka gua pun dia tau gua ada masalah. Gua memang rasa susah bila dia takde.  Bila dia takde banyak kacau bilau yang jadi.  Gua jadi demotivated. Gua takde support. Hati gua jadi tak solid.  Sungguh pun dia bukan support gua sangat pun tapi kata-kata dia memang gua rasa appreciated. Bila dia takde orang start  amek  pengaruh. Bila dia takde gua jadi stress dengan orang sekeliling.  Sebab gua rasa takde orang yang betol-betol concern pasal gua. Sebab skarang gua rasa orang dah tak ngam dengan gua. Orang dah tak suka dengan gua. Maybe diorang rasa gua ni jahat. Gua ni menyusahkan orang. Cakap tak serupa bikin laa.  Menyusahkan diorang kot. Kalau laa dia ada, tentu dia boleh pertahankan gua. Gua tau gua banyak susahkan orang.

Gua sangat pantang bila orang cakap-cakap belakang gua. Lepas tu dedahkan aib gua pada orang lain pulak. Takpe. Gua selalu doa kat TUHAN supaya tolong gua hadapi orang-orang macam gini. Gua ngadu kat TUHAN gua benci perangai orang macam gini. Gua tau gua bukan anak emas sape-sape. Sebab tu kalo gua jatuh orang akan ketawakan gua. Orang takkan hulur tangan untuk tolong gua sangat. Gua appreciate ada setengah orang yang concern pasal gua. Yang sudi tolong gua. Memang gua rasa skarang kalo gua ada masalah gua takde tempat nak cerita. Sebab tu gua banyak diam jer. Orang cakap benda buruk kat gua macam-macam pun gua boleh diam lagi. Pasal gua cukup yakin dengan TUHAN gua. TUHAN gua akan TUNJUKKAN kat orang-orang ni yang TUHAN gua memang TEMPAT MENGADU gua.

Orang boleh hentam gua. Orang asek cari salah gua. Takpela. Tapi orang tak tau apa gua rasa dalam hati. Sori gua jenis yang rare sikit. Sebab gua tak reti ampu. Gua bukan kaki gelecek.

Kalau dia ada lagi memang semua benda ni takkan jadi.

Maybe diorang anggap gua kutu.

Mungkin kutu ini patut masuk perseKUTUan.

One response to this post.

  1. Posted by chewa on September 18, 2009 at 3:29 PM

    ilek laa jack…bab kehilangan mmg perit cket kalu nk citer…
    aku pon prnh rasa menda ni..beza dgn lu, gua time tu kecik lg…
    kurg2 lu “kehilangan” tatkala da boley bejalan sndri..

    bab2 yg len tu…biasalaa…
    ikut jer motto kami the muvi:
    hidup ini mmg *****…tp esok masih ader…

    cheer up jack…raya ni..raya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: