GRADUAN IIUM bakal konvo 2 minggu lagi SYAHID di PALESTINE…


Kisah dipetik dari blog Madam Martinelli ;

Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita  Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago  and passed away yesterday.”

Gambar As-syaheed Ubaida ditangisi ibu dan keluarga. Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala.

Gambar As-syaheed Ubaida ditangisi ibu dan keluarga. Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala.

Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat  aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau  baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas.

Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine.

Allahyarham pulang ke Palestine utk berkahwin. Baliau sempat bertunang cuma lebih sebulan. Cadangannya hendak pergi konvo selepas berkahwin tidak kesampaian

Allahyarham pulang ke Palestine utk berkahwin. Baliau sempat bertunang cuma lebih sebulan. Cadangannya hendak pergi konvo selepas berkahwin tidak kesampaian

Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang  sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan  program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.

Beliau seorang yang sangat disenangi dan suaranya sangat sedap melagukan syair2 Arab.

Beliau seorang yang sangat disenangi dan suaranya sangat sedap melagukan syair2 Arab.

Rakan sekampungnya, Herbawi, mengatakan Masjid Ibrahim tempat beliau solat itu terletak di bahagian kawasan yang sudah dikuasai Yahudi dan mereka terpaksa melalui pemeriksaan apabila keluar masuk masjid tsb. Tetapi demi cinta mereka terhadap Masjid Ibrahim yang bersejarah itu mereka sanggup mengharungi berbagai kesukaran untuk bersolat di Masjid tsb. Bagi mereka pengalaman ditahan, diancam dan diseksa sudah menjadi sebahagian dari kehidupan.


Namun ramai pelajar UIA sendiri tidak merapati insan2 yang berjiwa kental ini mungkin kita TIDAK mengenali latarbelakang mereka sebenarnya. Mereka tidak akan bercerita jika kita tidak bertanya.

Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.

أعلنت عائلة القدسي الدويك صباح اليوم، عن استشهاد ابنها الجريح عبيدة ماهر عبد المعطي القدسي الدويك ( 25 عاماً)، في أحد المستشفيات الإسرائيلية.
Keluarga al-Qudsi ad-Duwaik telah mengumumkan pada pagi ini tentang kesyahidan anak mereka Ubaidah Mahir Abdul Mu’ti al-Qudsi ad-Duwaik yang berumur 25 tahun yang telah tercedera dan meninggal di salah satu hospital Israel.

وكانت سلطات الاحتلال أطلقت الرصاص على عبيدة على مدخل شارع الشهداء وسط مدينة الخليل بتاريخ 26/8/2009، وتمت إصابته بعدة عيارات نارية، نقل على إثرها لأحد المستشفيات الإسرائيلية وهو في حالة حرجة.


Kerajaan penceroboh Israel telah menembak Ubaidah ketika di pintu jalan asy-Syuhada di tengah-tengah bandar al-Khalil (Hebron) pada 26/8/2009. Dia telah ditembak dengan beberapa das tembakan, dan dia telah dibawa ke salah satu hospital Israel dan beliau ditahan di sana.


وتتهم سلطات الاحتلال الشهيد عبيدة بمحاولة طعن جندي إسرائيلي على حاجز شارع الشهداء.

Pihak penceroboh Israel telah menuduh asy-Syahid Ubaidah dengan cubaan menikam salah seorang tentera Israel yang sedang menjaga sekatan di jalan asy-Syuhada’.

Di bawah ini ialah satu drama pendek lakonan Ubaidah ketika beliau di UIA

Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Selepas ditembak, beliau masih hidup dan dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, dan beliau dibelasah.

* Di hospital, pihak Israel menghalang orang Palestin daripada melawat Ubaidah.

* Beliau koma selama 19 hari.

Teringat sebuah kisah di kelas Leadership, seorang teman dari Palestin menceritakan pengalamannya dipenjarakan, diseksa. Dan bila dibebaskan dia menyambung pelajarannya di UIA. Dan dia meminta kami berdoa agar adiknya yang dijanjikan bebas, benar-benar dibebaskan. Riak wajahnya seperti hidupnya tenang, tiada masalah. Namun, sebenarnya dia melalui pelbagai dugaan dalam hidupnya.

kami akan konvo dgn skrol, tetapi ada yg lebih beruntung, konvo nya dia dgn syahadah & syahid..mempertahankan Islam & tanah air..

5 responses to this post.

  1. Innalillahiwainnailaihirojiuun…

  2. entah kenapa tengok jer gambar arwah..rasa nak tengok jer lama-lama..dapat jugak kenal syahid sorang…

  3. israeli brutality..

  4. subhaanallah!
    Allahumma a’izzalislaama walmuslimiin!!!
    Allahumma baddid shamlahum,
    wa farriq jam’ahum,
    wa shattit kalimatahum,
    wa zalzil aqdaamahum,
    wa sallit ‘alaihim kalban min kilaabika yaa qahhaar yaa jabbaar yaa muntaqim yaaaa ALLAAAAAH!
    YAA ALLAH!
    YAA ALLAH!
    wa yaa munzilassahaab
    wa yaa haazimal ahzaab
    IHZIMHUM,
    WANSURNAA ‘ALAIHIM YAA RABBAL ‘ALAMIN!!!
    TAKBIIIR!!!

  5. Posted by amir shis on September 29, 2009 at 9:01 AM

    sedih aku baca kisah student ni.
    Al-Fatihah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: