KELENTONG AKOB #1


Ni entri special sikit. Ada unsur-unsur nasihat.

Dalam banyak-banyak nasihat seorang cikgu. Memang nasihat yang ini paling RARE !

AKOB memang aku kenal dah lama. Dari zaman AKOB duduk ASRAMA lagi. Aku tak pernah tengok aku tak pernah nampak AKOB main MERCUN.

Akob : Kamu main mercun tak ?

Murid : Main cikgu.

Akob : Kamu main mercun ape ?

Murid 1 : Mercun bola cikgu.

Akob : Kamu ?

Murid 2 : Mercun roket cikgu.

Murid 3 : Mercun ayam

Akob : Best eh main mercun ?

Murid : Best cikgu. Tengok dia letup-letup.

Akob : Kalau jari kamu patah main mercun boleh sambung balik tak ?

Murid : Tak boleh cikgu.

Akob mula melangkah ke depan papan hitam dengan langkahan falSAMPAH.

Akob : Boleh sebenarnya. Cikgu amek contoh kapur ni. Tengok ni cikgu patahkan.

Prakkk. Memang patah dua kapur tuu !

Akob : Kalau jari kamu patah macam ni masih boleh sambung lagi. Bila kita masukkan besi nanti lama-lama dia akan bersambung balik tulang kita ni.

Akob :  TAPI…..!!!!!! (korang kena bayangkan TAPI ni dengan suara tegas AKOB)

Akob campak kapur kat lantai. Akob pijak. Akob henyak-henyak kapur tu sampai hancur.

Akob : Kamu. Datang depan sini. Kamu tolong amek kapur yang cikgu pijak tu balik.

Murid : Tak boleh kutip cikgu. Dah hancur.

Akob : Macam ni laa jari kamu kalau hancur akibat mercun. Memang dah tak dapat balik jari kamu tu semula.

Perghhhh….memang kami tepuk tangan dengar cerita cikgu AKOB yang kalah GURU BESAR atau PENYELIA PETANG ker PENGETUA sekali pun. Tahniah Akob. Ko betul-betul didik anak bangsa.

Sebelum kami pulang, Akob telah hadiahkan kami sebungkus mercun bola. Berhati mulia tak mendidik anak bangsa cenggini. Korang nilaikan laa sendiri noble tak noble lah cikgu macam ni. Kitorang yang mahasiswa pun terpukau dengar cerita akob. Anak murid AKOB yang baru darjah 6 tu tak tahulah ape perasaannya. Bukan main berdegar-degar bagi contoh kat anak murid.

Akob memang betul-betul pandai KAPURKAN budak-budak sekolah dia.

9 responses to this post.

  1. Posted by amir on October 7, 2009 at 12:20 AM

    cets!akop mmg pandai bersandiwara dpn anak murid.
    takutkan budak jgn main mercun.pastu amik mercun budak2 tu,balik umah akop yg main.

    blogger xde gambar Cikgu akop ker.
    lame xnampak.agak2 rambut tebuan lagi ker?

  2. gambar aritu lupa nak amek..tp dah tak rambut tebuan..maklumlah pendidik..

  3. Posted by butterfingers on October 7, 2009 at 12:59 PM

    contoh yg bgs kob… teruskan usaha anda…hahaha… kesimpulannya, ko mmg boleh memberi contoh… tp ko tak boleh di contohi…hahaha…

  4. 1 kali hua
    2 kali hua
    3 kali hua
    HUA HUA HUA!!

    AKOB MEMANG KAKI KELENTONG!

  5. Posted by peraran on October 7, 2009 at 11:22 PM

    tak baik kutuk rambut dia mir, agak2 baju keling mabuk akob ada lagi tak wat pakai g skolah

  6. baju keling mabuk tuu memang legend laa yo…! baju keling mabuk untuk buat presentasi besar tuuu…

  7. Posted by amir shis on October 9, 2009 at 4:10 PM

    bagaimana dgn STRONGMAN Akop?
    adekah die masih setia…mggntung di depan tingkap?

  8. Posted by peraran on October 12, 2009 at 7:57 PM

    jgn dilupa akob penah menyelamatkn sopi dr cubaan membunuh diri, idup akob!!!!!

  9. Betoi tuuu…ohhh tidak mungkin aku lupakan…AKOB HERO…..!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: