KELENTONG AKOB #2


Budak-budak sekolah bila dah masuk darjah 6 memang bersemangat untuk masuk sekolah berasrama penuh. Memang semangat sama macam budak lepasan SPM nak masuk U gayanya.

Nun jauh di selatan di KULAIfornia sana. Ada sebuah kelas di sebuah sekolah. BUdak-budak darjah 6 ni sedang sibuk tengah isi borang untuk masuk sekolah asrama. Datang satu cikgu yang agak tidak percaya DASAR PENDIDIKAN boleh memajukan seseorang guru tapi lebih percaya kepada PENGALAMAN MENGAJAR mula bercerita tentang pengalaman zaman asramanya.

Cikgu : Kamu semua nak masuk sekolah asrama yer ?

Murid : Tengah nak isi borang ni cikgu.

Cikgu : Biar cikgu cerita pengalaman cikgu duduk asrama.

Cikgu : Cikgu dari Form 1 sampai Form 5 duduk asrama. Masuk matrik 2 tahun. Masuk Gombak duduk asrama 4 tahun. Lama cikgu duduk asrama.

Pernah cikgu tido satu malam tu. Tiba-tiba cikgu bukak mata ada tangan atas muka cikgu. Cikgu terkejut sebab tengok tangan tu berbulu lebat. Bila cikgu terjaga tangan tu terus lari. Cikgu beranikan diri kejar tangan berbulu yang duduk atas muka cikgu tu. Cikgu kejar-kejar. Sampai dapat.

Cikgu pegang tangan dia.

Rupa-rupanya tangan berbulu tu KUCING !

Sekali lagi kitorang memang kagum dengan cerita Akob. Tapi penuh tanda tanya.

Che Wa : Kob, bukan ko zaman sekolah bukan duduk asrama kan ! Ko dengan Mek duduk luar kan ?

Akob : Biasalaa aku. 15 minit yang awal-awal tu kerja kelentong budak jer laa.

Memang kitorang pun naik BERBULU dengar cerita Akob macam tu. Cara bercerita pulak tak penahnya nampak kelentong. Siap dengan gaya muka. Tangan pun main peranan. Tang kelentong duduk asrama tu memang sangat-sangat tidak civilize. Memang sah-sah kitorang sume tau ko jer yang tak duduk asrama. Kelentong budak memang bersih jer cakap dari Form 1 sampai Form 5 lak tu.

Aku rasa budak-budak Darjah 6 kelas ko tu patut tahu siapa kau sebenarnya pada lirikan mata kami !

8 responses to this post.

  1. Posted by amir on October 7, 2009 at 12:27 AM

    blah la akop duk asrama sampai form 5 konon.
    ulang alik naik hoda cup sampai tersondol bontot bas.pastu taaruf week matrik buat2 sakit kaki geng ngn labu,cakap duk asrama konon..

    pigirah!!!

  2. nampaknya semua orang pun tau kebenaran hakikat yang sebenar…

  3. Posted by butterfingers on October 7, 2009 at 1:07 PM

    akob kalo bab kelentong no 1…. cakap nk berapi je….hehe

  4. akob mmg kaki kelentong.. duk ‘asrama’ gombak pun asyik nak balik je ujung minggu..

  5. Posted by peraran on October 7, 2009 at 11:20 PM

    yaakobbagus

  6. Posted by am on October 9, 2009 at 6:48 PM

    bagus kelentong…cayalah akob, ko mmg aset utama kerajaan mambra

  7. Posted by chewa on October 9, 2009 at 7:22 PM

    lama duk asrama kunun..
    pantang sabtu ahad nk balik muor..
    lama xblk mula laa, demam sampai cirit…….wakakaka….

  8. Posted by amir shis on October 12, 2009 at 12:17 PM

    aku ingat!
    akop tercirit dari burit kat kain sembahyang kaler kuning dier…hahahaaaa!!!!!!
    xsempat g toilet!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: