Ingatkan Tupai Itu Hebat Melompat, Rupanya Tersungkur Jua…


Kepulauan MELATives – Seorang jejaka yang kini dikenali sebagai suspek juga seorang pelakon popular di kepulauan ini telah berjaya ditangkap atas tuduhan sengaja mereka-reka cerita dan bercinta secara senyap-senyap diserahkan bagi tujuan siasatan lanjut pada petang Isnin kelmarin. Suspek tersebut dikesan telah memperdayakan seorang penulis blog sejak lebih sebulan yang lalu. Gerak-geri suspek yang selama ini diekori akhirnya berjaya terbongkar berikutan “leaking information” dari seorang kenalan suspek.

Penulis blog tersebut yang khabarnya bengang dengan tindakan suspek telah berjaya mengepung suspek bersama seorang informer yang sengaja merancang bagi tujuan “pendedahan” dilakukan.

Suspek yang terperangkap dilaporkan tidak berjaya mengaburi mata pihak yang menyoal siasat akhirnya kecundang namun sengaja mengubah-ubah kenyataan tidak bersalah di peringkat awal  soal siasat dijalankan. Penulis blog tersebut juga bersama informernya sengaja merancang untuk mengepung suspek ketika suspek leka menonton televisyen bagi tujuan membalas dendam akibat perbuatan tidak telus suspek. Suspek khabarnya telah lama menjalinkan hubungan dengan seorang  WANI~ta tempatan namun sengaja berdalih dek bimbang dikeji masyarakat setempat. Perlakuan suspek yang selama ini sengaja menghidupkan api kemarahan Sang Pencinta telah menimbukan dendam pada mangsa kejadian.

Soal siasat tersebut yang lebih mirip berbentuk ” Sweet Revenge ” sememangnya diatur dengan modus operandi yang terancang. Walaupun pelbagai soalan ditujukan, namun suspek begitu angkuh enggan menjawab sebarang pertanyaan namun hanya tertawa dengan penuh biadap sejurus soalan yang diajukan. Akhirnya suspek terlepas pandang dan tidak berhati-hati dengan soalan penulis blog tersebut apabila ;

” Aku rasa aku ada nombor telefon dia. 012 5** **** kan ? “

” Yer kot ”

” Apa laa nombor kekasih sendiri pun tak ingat. ”

” Aku mana laa ingat nombor dia. “

Dengan jawapan itu maka jelas tiada sebarang bentuk penafian di situ. Suspek telah membenarkan kenyataan penulis blog bahawa WANI~ta itu ialah teman WANI~tanya. Kalau tidak sudah tentu suspek akan menjawab ” Mana aku ada kekasih. ”

Telah terbukti kini suspek rupanya sedang dilamun cinta namun tidak mendedahkannya kerana bimbang dikeji penduduk setempat. Perbuatannya mengundang padah dan apabila rahsia ini terbongkar seluruh kepulauan Malaya juga akan dapat menyaksikan drama ini.

Buat teman WANI~ta suspek, tahniah penulis ucapkan kerana berjaya meruntuhkan ego seorang lelaki Jawa ini untuk bercinta. Akhirnya Tuhan telah bayar “cash” terhadap apa yang telah dikatakan oleh suspek tersebut suatu ketika dahulu.

6335_1210786669188_1214370930_30646814_3679203_n

kau nak mengaku ker atau...AKU...

Moral kejadian – Bercinta tidak salah. Berahsia dengan sengaja mendustakan kepada kekawan adalah SALAH !

32 responses to this post.

  1. macam biasa…komen sape yang paling emosi konfem dia laa ” SUSPEK ”

    Tahniah Supek..!!!😉
    Anda telah jauh lebih maju dari Sang Pencinta……………………Haiwan…!

  2. Posted by sang pencinta haiwan on November 11, 2009 at 9:56 PM

    jauh aku di tinggalkn….tp aiman x kesah…
    manis sgguh rasernya pembalasan ini…
    ko jgn nk emo lak pasni..jantan JAWA hipokrit..

  3. tahniah csi syahrul, (CSI Gombak District)

    kerana berjaya menyelesaikan kes pembunuhan ego lelaki jawa dengan baik..

    csi razif, (CSI Tampoi, JB)

  4. CSI Razif,

    dalam tempoh sebulan itu kepala penulis blog memang berbau sangat HANCENGGGG ditipu suspek…!!! ;-(

  5. Posted by legend on November 11, 2009 at 10:52 PM

    saya cume mendedahkan cerita yg benar…tiada yg benar melainkn yg benar2 belaka..keegoan sang pencinta akhirnya musnah ditangan seorang WANI-ta yg ********..hahahaha

  6. xpe rul, air kencing tu jugak yg ko proses kat forensic lab.. yang akhirnya membawa kepada dot dot dot.. hehe

  7. Haikal Legend,
    ada pun kebenaran ini harus ditegakkan..berkawan punya laa lama..tapi bila dah bercinta sanggup kencing member..tu yang aku bingit tuu..

    Sang Pencinta Haiwan,
    episod baru nak bermula ni…kite tgk die muncul tak muncul…
    aku harap die setabah ko…!

    Razif,
    air kencing aku nak watpe bawak g lab forensic..baik laa bawak air kasih sayang saspek tuu..boleh kite check die tulus ker bolos….

  8. pas raya aji gua turun, kasi panas skit. hahaha

  9. sori beb..aku terpaksa tapis sesetengah komen..aku tanak kang teman WANI~tanya menitik air mata lak bila baca komen..
    tapi kalo suspek yang menitik air mata AKU TAK KESAH beb…!!!

    suuuuuwwweeeetttttt revenge bak kata che wa…..!
    baru kewl…!

  10. Posted by sang pencinta haiwan on November 12, 2009 at 2:49 PM

    permulaan yg bagoss…akn kunikmati saat2 ini…
    maaanissssss……

  11. Posted by amir shis on November 12, 2009 at 4:23 PM

    blogger,aku xpaham la..
    WANI-ta itu milik sipakekah???aku agak terkompius la sbb…..

  12. Amir,
    sebelum aku menulis kami dah buat perjanjian yang nama sebenar tidak akan disebut..biasa laa..aku akur permintaan suspek..

    Wa,
    ko nak tau tadi akob mesej aku katanya..
    ” anod positif H1LOVE1 ker..? “
    aku reply…” fuyyooo..canggihnya statement ko…! ”
    reply akob.. ” biasalah dari cikgu yang dah nak tamat kontrak..! “

  13. mcm tu anod kena kuarantin la ni..

  14. kuarantin dalam SANGKAR CINTA…

  15. sangkar ke? aku ingat PENJARA CINTA kot..

  16. Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta….

    (ssssori..tetiba blog ni ade muzik latar laa pulak…)

  17. Posted by sang pencinta haiwan on November 13, 2009 at 4:17 PM

    hahahha….virus lama nama baru…H1Love1…i loikee..

    dan bilaa…(erk…. pehal aku bley tersambung muzik latar niii..?)

  18. rasional diriku.. rasional dirimu..

    (sekali aku tertukar lagu muzik latar lak..)

  19. Posted by peraran on November 14, 2009 at 12:30 PM

    suspek kna tahanan reman ke, takde bg komen pn mengenai pertuduhan terhadap beliau……………

  20. suspek boikot media alternatif., bebaik peraran, kang ditransfernye ko ke rwanda..

  21. Posted by chewa on November 14, 2009 at 6:59 PM

    sepengetahuan saya, suspek dilihat berkeliaran di sekitar putra jaya (on daily basis xcept sat & sun)) dan area keramat ( one time incident, dilihat bersama teman WANI-tanya)…jelas dia tidak ditahan reman…
    jadi aku bersetuju dgn razif dlm hal ini….dan awas, jgn smpai kna trf ke benua len..hahaha..

  22. jahatnya korang-korang sume ni….teruk laa kutuk die dpn-dpn ni…….

    takpe suspek….aku tetap pertahankan ko….
    mana ade ko kuar dgn die berdua g Convest kan…..!
    mana ade ko kuar g mkn dgn die kat Jusco AU2 kan….!
    mana ade teman WANI-ta ko dtg amek ko kat umah masa g tgk budak2 KPDN main bowling kan…!

    jahat siot diorang ni ngata ko…aku tak suka laa diorang ngata ko sume ni…betol kn ko takde wat sume tu kan bang…

    AMACAM WA…???
    MAKIN SWEET TAK..??
    WAKAKAKAKA…AKU SUKA…!!! AKU SUKA…!!!

  23. Posted by kinell136 on November 14, 2009 at 10:32 PM

    Ketika cinta bertasbih~ nadiku berdenyut merdu~~ kembang-kempis dadaku~

    (gile maju ah blog abang ni siap dah ada muzik latar sekarang)

  24. Posted by peraran on November 15, 2009 at 3:10 PM

    suspek sudah terkena ‘Tamparan WANI-ta’……………..

  25. Posted by butterfingers on November 16, 2009 at 1:45 AM

    suspek dilamun cinta??? hahaha….. terima kasih syarul… sbb bgtau aku…. sibuk sikit kebelakangan ni… wah!!!… suspek sudah maju… meninggalkan rakan2 bertiang-tiang dibelakang…. tiada lagi keegoaan suspek yg dahulu…. suspek skrg adalah ” pencinta WANI-ta”…. hahahaha…. tahniah suspek….heheheh…..

  26. Posted by chewa on November 16, 2009 at 12:11 PM

    hahaha..manis bang…manis…
    manis lg kalu suspek menampilkn diri di sini…hahha..
    kalau pasni suspek tanak ckp lg ngan kita, aku taw laa sbb kenappappa..
    kenappappa ko berubah…kenappappa…

  27. peh, butterfungus & chewa sedap je kutuk rakan seKEMENTERIAN aku.. bukankah anda pun termasuk dlm kategori sang pegawai cinta? aku serahkan kepada encik blogger licik untuk membongkar segalanye..

  28. penulis telah diebri amaran…jangan letak nama sebenar….

  29. Posted by chewa on November 17, 2009 at 11:39 AM

    kohkohkoh..en razif nmpk sprt membela si suspek…xperlu risao en.razif..
    beliau dibhgn perolehan & pengurusan aset (yer ker?!)..jd x terlibat dgn sbrg proses penempatan guru2 baru..hahaha..
    aku dan blogger licik dh sign MOU daa…beliau x bley mungkir…
    penulis blog boleh didakwa…(kata2 guru kontrak yg bakal tamat ;-(

  30. Posted by butterfingers on November 18, 2009 at 8:41 PM

    wahai en razif… rakan sekementerian mu rakan sekementerian ku juga…. hahaha…

  31. tu la pasal, jgn memain, maunye die ambik tindakan potong elaun perumahan ko karang..

  32. Posted by butterfingers on November 20, 2009 at 6:59 PM

    jgn dicampur adukkan hal kerja dan hal peribadi…. heheheh….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: