ARWAH TU BAIK ORANGNYA…


Petang Rabu minggu lepas terkejut dapat call member sekolah rendah dari Kemaman ajak jumpa kat De Palma. Sembang citer zaman sekolah memang teringat stok citer zaman jenayah. Aku tikam tangan dia dengan gunting dia tikam tangan aku dengan pensel. HAHAHA. Survive lagi sampai arini tak bergaduh.

Sampai umah pun dah dekat kol 8.30 malam. Elok masuk nak tutup pagar rumah balik, macik Rozie sebelah umah pun sapa ;

BARU BALIK KEJE KER ? DARI KL ?

A’AH CIK..LEWAT SKET BALIK ARINI..

PANDAI KO JAGA DIRI NAIK MOTO YER NAK…ANAK AKU PLAK DAH MATI EKSIDEN MOTO…DAH HILANG TEMPAT AKU BERGANTUNG..

Aduhh..seram pulak dengar macik tu nak cerita macam tu balik. Kekadang tu aku bawak moto pun sambil lewa jugak. Tapi memang anak macik sebelah ni eksiden moto. tu pun baru berapa bulan jer arwah balik duk Malaysia amek lesen moto. Takziah.

Takpelaa macik. Anak macik insyallah didoakan bersama dengan orang-orang yang beriman. Arwah seorang lelaki tipikal Singapura namun pernah aku terdengar bacaan Surah Yassin masa arwah datang ziarah kematiankat umah aku dengar dia baca dengan baik sekali. Makhraj pun cantik. Selalu jugak ada datang surau bila ada majlis. Takpelaa macik. Kita sama-sama doakan arwah sejahtera di negeri Barzakh sana. Amin INSYALLAH.

2 responses to this post.

  1. Posted by swarapena on September 30, 2010 at 7:06 PM

    salam,..
    ana baru kehilanga ibu,dan amat merinduinya..
    ana ingat entry ini ada doa utk arwah ibu..ana cr tp x jumpe…harap disertakan. jazakallah..syukran.

  2. ini doa saya dlm entri yg pertama dlm blog ni tuan.

    Ya ALLAH Ya Tuhanku,

    KAU cucurilah rahmat ke atas roh ibuku,
    Kau jadikanlah kubur ibuku sebahagian daripada taman-taman syurgaMU Ya ALLAH,

    Jangan kau jadikan kubur ibuku sebahagian dari liang-liang api neraka jahanam MU itu Ya ALLAH,

    Kami percaya kubur itu GELAP, KAU jadikan doa kami ini sebagai penerang untuk ibu di dalam kubur sana,

    Kami percaya kubur itu AZAB YA ALLAH, KAU peliharakanlah ibu kami dari seksa kubur ini YA ALLAH,

    Kami juga yakin kubur itu SEMPIT, KAU lapangkanlah kubur ibu kami ini dengan doa-doa kami ini YA ALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: