Surat Untuk Akob


Dulu pernah ada entri Surat Untuk Razif. Kali ini Surat Untuk Akob pula.

Kenapakah ?

Kerana Akob telah berubah!

Tingkat 4,

Taman Melati,

Kuala Lumpur

Ke hadapan Akob,

Masih segar di ingatan sewaktu kita di peringkat awal menara gading dulu, ko slalu datang bilik aku untuk kejut aku pergi kelas Arab. Kesanggupan ko mendaki tangga sampai 4 tingkat melihat aku masih terbongkang tido adalah suatu kenangan terindah. Ko sanggup pulak tunggu aku siap mandi pulak tu baru turun. Namun begitu, aku syaithonkan niat pegi kelas Arab tu dengan mengajak ko bersarapan kat cafe secara selambanya. Ko tak menolak ajakan itu!

Dulu ko slalu ajak aku gi semayang kat sejid. Walaupun kadang-kadang aku pulak selamba menolak ajakan itu. Dulu asal hari jumaat jer ko akan mesej aku tanya apa tajuk kutbah walaupun hakikatnya ko dah tau yang aku memang tak tau tajuknya apa.

Tapi sejak kejadian ko menipu kami kerana semata-mata tidak mahu bersama penulis, anot dan che wa ke JB, kami sume mula merasa tawar hati dengan persahabatan ini. Masih kami ingat semata-mata nak ziarah ko di Muar balik KL semula sampai Subuh.

Ko sanggup menipu kami kononnya nak balik Kulai sebab nak kemas barang. Sedangkan hakikat ko memang sengaja elak tanak join kitorang ke JB. Sumpah kami sume kecewa sampai tanak mesej dgn ko dah. Mulai detik itu nama ko pun telah berubah kami panggil. Ada yang panggil “X” ada yang panggil arwah. Pawaka kemarahan kami bukan kepalang lagi habaq hang!

Surat ini ditulis bagi pihak penulis, anot, che wa, ajip, am, asun, yo peraran dan ramai lagi mudah-mudahan hati ko bertaman semula mengenangkan semangat persahabatan dari kekawan IIUM ni. Kembalilah berpaut semula pada rakan-rakan ko ini. Lupakah ko akan lagu tema minggu taaruf  IIUM bertajuk “Akrab Persahabatan” dulu.

Aku harap ko dapat jadi Tengku Yaakob yang kami kenal dulu. Semoga kehadiran ko di majlis walimah anot nanti bercorakkan “Jejak Kasihan” dan kawan-kawan dapat menerima Akob a.k.a Myanmar Muar yg kami kenali dan selalu ingati dulu.

Semoga kami dapat “Tengku Yaakob” kami semula.

Yang kecewa,

Penulis prolifik!

2 responses to this post.

  1. Posted by akob on October 29, 2010 at 7:53 PM

    jangan kecewa sangat….TERJEBAK aku nanti…….

  2. tacing giler ayat..cam bkn dirimu!!!wakakakaka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: