Archive for the ‘Gumbira’ Category

Berus Gigi


Adik aku pandai wat kelakar. Sumpah kelakar gila!

Ala-ala Ajis Satar pun ada.

 

Aku : Mir, kau gosok gigi tak pagi tadi..?

Mira: Gosok laaa.

Aku : Tak nampak pun kau punya berus gigi. Ko pakai berus gigi abang ehhh..?

Mira : Tak laaa. Adik gosok gigi pakai berus gigi yang kat atas tu punya. Besar. Warna coklat.

 

Lepas jalan 2,3 langkah baru aku respond. Kau memang kelakar adikku!

Kau memang umiRAJA LAWAK.

 

Berus gigi yang dimaksudkan ;

Kau ada ?

 

 

Advertisements

Zaman Belajar Itu Swiiiittttt…(“,)


Masa berkumpul sekali dengan kawan-kawan zaman belajar dulu memang jadi indah bila borak balik pasal CITER ZAMAN BELAJA. Memang topik tu sungguh TAK LAPUK DEK HUJAN KENA PANAS PUN TAKPE.

Bila ingat balik zaman belajar dulu boleh kata macam-macam hal jadi. Yang aneh ada. Yang tak ketahuan cara pun ada. Yang masuk air lagi banyak. Yang entah apa-apa pun memang konpem banyak dalam list.

Dari first year memang zaman nak adapt dunia baru. Baru pun tak baru jugak laa. Zaman tu keje melantak jer laa. Maklum laa banyak jual makan Egyptian ni. Memang puas melantak jer keje.

Masuk second year jadi makin sweet. Kelas pergi tak pergi. Kawan tolong sign atenden. Pedajalkan atenden orang lain. Lagi sweet. Maklumlaa kite dulu bukan budak pandai. Tapi buat-buat pandai jer. Antara yang sweeeetttt sweeeettt itu adalah ;

  1. Selalu kena repeat paper. Ade laa dekat 10 paper repeat. Tu yang lajak sampai setahun aku study. Repeat mid term pulak slalu  dengan Dr Wahabuddin Raees. Mana laa dia tak sayang aku sampai mati. Asal ada paper die jer konfem mid term kena repeat. Blom final paper lagi. HAHAHA. Tapi beliau memang sungguh sweet.
  2. Pernah ponteng kelas sampai 2 bulan straight tak hengat donia. Dah elok sampai depan kelas pun boleh decide nak balik bilik tido. Hidup macam orang kaya. Keje nak tido jer. Bilik pun dah tahap sorga. Siang ker malam ker nampak sama jer. Dengan dingin-dingin pokok buat bilik jadi sejuk dan nyaman. Ishh.kalo describe lagi ni mau lena aku kat sini.
  3. Zaman berchenta tu biasa laa. Orang lain pun berchenta jugak kan. Tapi time tu mengurat cam dalam TV beb. HAHAHA. Buat kering jer pergi tackle.
  4. Dapat keje part time masa semester pendek. Dengan gai seribu lebih keja cuma 5 jam sehari. Tak campur duit PTPTiPU lagi tu. Lagi laa buat hidup macam orang kaya jer lagi sekali. Asal takde baju nak pakai esoknya terus shoot pergi Jasko beli baju. Malas basuh baju pun terus shoot pegi Jasko beli baju nak pakai. Nak makan pun dah tau tak boleh habis tapi beli jugak sebab nak makan sangat. Selalu beli hot dog Arab dah tak habis terus campak kat tingkap. Kalo sehari tak ngape. Kalo dah makan bulan macam gitu tak ke angkuh namanya gitu. Biasa laaa. Kenang-kenang balik memang sweeeeeeeetttt pun. Dan jugak dapat beli sesuatu betol-betol dengan titik peluh sendiri. Sampai arini ada lagi. SWEEETTT..!
  5. Pernah tolak motor dengan Che Wa sebab tayar pancit. Balik dari keje kastemer sebis Astro. Menolak di tengah malam hujan lebat pukul 12.45 malam dari Wangsa Maju sampai ke UIA pukul 2.45 pagi. Sumpah aku rasa macam dalam drama TV. Big thanks for those yang risaukan aku. Ada jugak yang menitik air mata dengar.
  6. Selalu dapat lecturer yang best-best. Yang jenis tak datang arini boleh sign next kelas. Dapat pulak lecturer bahasa Arab yang tahap kamceng gila. Kalo tak kamceng ni mati laa aku kena repeat sem untuk kelas Arab saje sampai drag nak konvo. Kena laa pandai politik sket. Kata grad POLITICAL SCIENCE. HAHAHAHA.
  7. Penah pegi exam final sekali datang lecturer buat gempak letak note ” SEE ME AFTER THIS EXAM “. Lagi caca marba bila Akob, Ajip, Che Wa dengan Yo pun dapat sekali. Sekali kantoi daaa plagiat esemen Anod punya. Tapi Anod tak kantoi pulak. Mujur Madam Asiah tu baik. HAHAHA. Tokojut den dapat note macam gitu tengah-tengah jawab exam. Terus hilang konsentret jadi takleh jawab. Tiru esemen biasa laa. Mana pernah buat seiklas hati.
  8. Seminggu ponteng kelas sebab follow Nik Ahmad Faiz pegi Malaysia Open kat Kuantan. HAHAHA. Ponteng kelas killer pulak tu. Nasib baik lepas tu aku ” lepas “. Lepas pada balik tu terus ada citer lain. HAHAHA. Hanya aku dan kau saja yang tau mungkin.
  9. Selalu kalo nak exam kol 9 pagi malam tu selalu belom baca apa pun. Yo lagi teruk siap boleh main FIFA ker Winning Eleven dulu. Bila aku tanya ” Yo, ko dah study belom ? ” ” KO study dulu pas ko study ko baca depan aku ” Dah pas Subuh lagi sejam dua nak exam baru baca. Kadang-kadang redah jer selamba hati goreng dalam exam.
  10. Dapat peluang ikut team badminton UIA pergi MASUM. UIA bayar tiket flight sampai ke UniMAS Sarawak. Memang layan ler. Pernah hidup sambil ditaja individu tertentu dalam dunia badminton. HAHAHA. Tapi kejap jer laa.
  11. Selalu kalo time musim Champion’s League kelas kol 8 konfem aku dengan Che Wa jer ada. Ajip, Yo, Akob, Sleme suma konfem hanyot. Separuh kelas konfem budak laki takde. Aku dengan Che Wa jer tak layan sangat bola.

Memang macam-macam laa kenangan zaman belajar. Tapi kalo setakat orang biasa-biasa macam aku ni baru laa rasa sweet nya. Kalo jenis yang duk kampus nak ngadap buku jer tak tau laa aku apa sangat ragam hidup diorang masa zaman belaja. Ni pun kalo nak tulis sume memang tak habih laa. Lain orang lain kenangannya. Tapi aku rasa bangga dah dengan kenangan-kenangan tu. Penah sebut dengan Anod kalo sambung Master pun pasni dah tak sama time degree masa budak-budak dulu. Keje nak mengelat jer manjang.

Dari Meja Kerja,


~ Penulis ~

~ Demam TOMESKAP ~


Lagi sekali aku nak jual cerita. Maklum laa bos tengah takde kat opis. Orang lain plak sume cuti tahunan. Sungguh bagai di syurga saja kurasakan berseorangan di pejabat. Rileks bos. Saya datang keja IKHLAS arini. Hurup besar lagi ikhlas dia tu. HAHAHA.

Memang sejak abis Tomeskap kat memana pun tengok ada budak0budak main badminton petang-petang depan umah. Memang tak ubah permainannya berkonsepkan sebuah tournament sungguh pun main depan pagar jer kot.

Dekat Melati saja, tak cukup  budak laki, budak pempuan pun sama kemaruk nak main badminton jugak. Kat Taman Chi Liung pulak tanak kalah. Ada ker adik aku ajak stroke sepukul dua dengan aku ? Memang keputusan yang silap laa. Ntah kemana-kemana laa shuttle adik aku pukul. Ke longkang laa masuk umah sebelah laa naik atas bumbung laa. Tapi biasa laa. Lumrah pertandingan. Ada turun naik. Ada naik bumbung ada turun longkang.

Part paling menggodek jiwa lucu, aku dan Anod main game dalam GTALK. Memang berkelas dunia. Ada ker game ? HARRUSSSS LAAAA ada..!

Aku start buzz Anod dalam GTALK. Game pun bermula.

AKU : Not..jom single..

ANOD : Jom..aku serve..kasi bola overhead sket

AKU : Aku receive..letak depan net jer.

ANOD : Aku spin net sket.. kasi shuttle golek-golek sket

AKU : Aku angkat shuttle ke belakang. Tinggi sampai baseline.

ANOD : Aku drop depan net. Tanak smash dulu.

AKU : Aku letak cross court net. Kasik bola tido satu kali. Baik punya buah korek

ANOD : Aku spin lagi shuttle kat net.

AKU : Aku petik shuttle tu angkat sampai belakang lagi

ANOD : Aku terus smash cross court cari line. Shuttle mati di situ

AKU : Perghhh…cepat ajer die nak matikan bola.

ANOD : Hahahaha

Pastu Anod sibuk. Ada keje. Esok-esok asal aku pelawa jer Anod terus kata jom. Semangat sangat nak main badminton. Kat GTALK pun masuk jugak beb lawan. Tinggal beran dengan tak beran jer laaa. HAHAHA.

Dari Tiang Berdirinya Jaring Badminton,

~ The Shuttler ~



Entri Geli-Geli


HAHAHAHA. Lama aku berenti. Semalam balik kerja terdetik nak kongsi cerita. Entri ini ada cas-cas entri geli-geli bak kata Saim. Tapi layan jugak laa.

Semalam aku ber~YM dengan Roslin Hashim a.k.a jaguh badminton negara. Memula kenalkan diri kena laa pakai nama abg faiz baru laa dia cam sapa.HAHAHA. Tapi tidak kusangka Roslin Hashim juga memang terbaeeekkk lawaknya.

Buah Korek vs Korek Buah

Lebih kurang macam gini laa dia ;

Roslin : Okay bro. Ape cer ?

Penulis : Takde cer..sajer..ada mana..? Bukit Kiara ker..?

Roslin : Takde laa..ada kat umah..rehat jap..

Penulis : Sayang laa aritu tak sempat nak tengok Hafis main final. Dia punya buah korek memang terbaeeeekkkk….!

Buah korek ialah satu jenis skill dalam badminton yang dah tahap susah gile nak amek tapi boleh twist wrist korek dari bawah shuttle tu sikit lagi nak jatuh  jadi cross net. Memang terbaeeekk pun skill ni. Cuma beberapa orang jer player dunia ada skill ni.

Roslin : Dia punya ” KOREK BUAH “ pun terbaaeeeekkk juga…!

Penulis dalam hati : Haaaaaaaaaa…???? KOREK BUAH….??? BUAH APAKAH…?

Penulis : HAHAHAHA…jahat demo..mengata ke adik sendiri.

Roslin : Kata ke adik sendiri takpe..jangan kata kat orang lain.

Masuk air jugak player Malaysia sekali pun. Memang terbaek lawak spontan dari Abang Roslin.

DEMI AKOB 400km terlalu kecik !


Pada Jumaat yang sudah-sudah…penulis dan rakan-rakan telah bertindak TAK TERCAPAI dek AKAL. Demi sahabat cikgu AKOB yang semakin KALIS RINDU dengan kami yang sekaligus  membuatkan kami ingin menterjemahkan erti tagline kami “ DUIT BOLEH CARI, PERSAHABATAN LEBIH PENTING “ kepada cikgu AKOB.

Tak tunggu lama untuk dapat keputusan yang jumhur, bergegas selepas Anod pulang dari mencari nafkah terus kitorang menuju ke aMUORica.

Ini memang RARE. Buat keputusan sekelip mata terus ke JOHOR. Macam tak caya jer kitorang sampai ke rumah AKOB. Sungguh pun AKOB begitu beriya-iya berdalih tanak bagi kitorang datang. Malam tu saja kitorang meredah 400km demi AKOB. Bukan setakat KM (kilometer) jer RM pun melayang dengan senafas jer. Singgah R & R Jejantas Ayer Keroh, terpukau pulak dengan  Al Ikhsan kat sana. TARUS memasing beli beg. Ini semua usaha atas tagline ” DUIT BOLEH CARI  PERSAHABATAN LEBIH PENTING “ . Aduhhh.masakkk !!! Bila kitorang tengok beg yang kitorang beli tu sampai bebila pun akan ingat ni laa beg yang aku beli masa pergi umah AKOB dulu.

AKOB jamu kitorang dengan MURTABAK SINGAPORE dan SATAY. Tang satay tu yang tak tahan tuu, pesan sesiap ko jangan datang reramai tau. Aku beli satay untuk korang jer tau. WAKAKAKA. Murtabak hadir atas permintaan Che Wa. Terima kasih AKOB. Terima kasih juga pada ibubapa AKOB yang setia menunggu ketibaan kitorang sungguh pun dah lewat malam.

Memang susah nak lupa perjalanan kitorang malam tu. SUMPAH NOSTALGIK !

Jenuh kami pelawa AKOB pulang ke KL, namun HAMPA !


Entri lain aku nak cerita pasal HIKAYAT AKOB KELENTONG BUDAK.

INDAHNYA BILA BERCINTA…


Entri kali ini HEBAT. Entri kali ini ISTIMEWA. Digarap bersama pelakon hebat & penulis prolifik.


Hidup ini INDAH bile….

Saat mula-mula bercinta memang mengujakan. Detik-detik awal nak tackle  gadis memang lah sangat-sangat membangkitkan inspirasi dan motivasi diri.

Kena pulak masa tu tangan tak bertepuk sebelah. WOWWWW. Sungguh indah laa.

Paling indah bila kita dapat hadiah dari pasangan. Walaupun masa tu belum declare lagi. Tapi sudah ada bibit-bibit untuk bagi hint kita suka kat orang tu.

Korang ingat lagi tak first hadiah apa yang korang dapat atau nak bagi masa bercinta. Memang tak lupa laa kan. Maunya tak lupa. Ini bukan sebarang hadiah. Hadiah cum INVESTMENT tau !!! Punya laaa seronok dapat hadiah tu rasa macam dapat pingat Sukan Olimpik. Rasa macam kita sorang jer yang bercinta kat dunia ni. Tu yang level Olimpik dah pingat tu.

Zaman-zaman mula bercinta memang indah. Sekali-sekali layan lagu Exist – Masih Terserlah Ayumu memang tak perasan dah kawan duk kat sebelah !

Zaman-zaman tu jugak, hadiah berbentuk bantal bentuk hati memang FEMES lah aku cakap kau !

Sapa-sapa ada pengalaman baru bercinta boleh laa kongsi kat komen nanti. Boleh laa orang baru bercinta cedok sikit-sikit idea untuk me~MANTOP~kan lagi percintaan itu.

Korang tak boleh marah lah kalo warna tulisan agak jambu. Entri kali ini memang kena jambu-jambu. Baru masyukkkkk dengan jiwa kawan. Mood PERCINTAAN laa katakan. 😉


CUBA TEKA HADIAH SAPE KAH INI ???

CUBA TEKA HADIAH SAPE KAH INI ???

My friend…kipidap !


People changed

CUTI SEKOLAH KATANYA…


Dari aku buang masa melunjur kaki dekat opis, baik aku blogging kejap. Budak-budak sekolah  skang tengah cuti sempena cuti sekolah. Aku pun cuti jugak. Banyak kali jugak cuti secara senyap-senyap. Tapi aku bukan meraikan untuk budak sekolah. Aku raikan untuk cikgu sekolah.

Cikgu Peraran cuti, Cikgu Beruang pun balik cuti, Cikgu Asun pun cuti. Cikgu Razif jer blom lapor diri lagi. Bila dah balik macam-macam cerita. Macam-macam gaya.  Macam-macam resam. Macam-macam senda gurau pun ada.

Kena gelak tu jangan cakap laa. Memula Cikgu Asun kena gelak sebab simpan lagu Aizat dalam henpon. Sejak bercinta mungkin Asun tidak lagi seperti dulu. Asun tidak lagi INDIE. Tiada lagi Butterfingers. Tiada lagi Bitter Sweet. Mungkin lebih berbunyi Aizat. Mengapa Asun ? Jawab sajalah persis judul lagu Aizat ~ Fikirlah.

Satu lagi, tak baik menghina orang nak buat baik. Sangat tak permai akhlak ada ciri-ciri macam tu. Boleh ko gelakkan kawan ko bacakan doa untuk kesejahteraan & keselamatan ko ?

Can u bilivvvv it ?

Aduhai…nasiblah baik kawan ko yang bacakan doa tu tak pandai berkecil hati. Tersentap aku dengar ko ketawa cam gitu.Tak takut ker risiko azab dari TUHAN ko gelakkan orang macam gitu bang ?

Berikut adalah senarai aktiviti PIBG kami ;

  1. Main futsal lawan team Shah. Kalah bermaruah.
  2. Karaoke ~ Aku terlepas sesi pertama kat MUTIARA. Sesi kedua dekat REDBOX. Mesyuarat sangat lancar.
  3. Pergi kenduri kawin Sulhi. Masing-masing sakan bergaya ngalahkan pengantin !
  4. Shopping 3 hari berturut-turut. ~ Tidak dapat tidak untuk dielakkan ~ Sangat SUCCESS !

Memang indah kenangan bile kumpul ramai-ramai. Kata Anod ~ Ini Kisah Klasik Untuk Masa Depan. Kata Asun ~ Next agenda ialah next cuti sekolah. WAKAKAKA.

yang kalah duk atas..yang menang duk bawah

yang kalah duk atas..yang menang duk bawah

mujur muat kamera

mujur muat kamera

suka sangat anod bila kamera amek gambar dia

suka sangat anod bila kamera amek gambar dia