Archive for the ‘Kebebasan Bersuara’ Category

Surat Untuk Akob


Dulu pernah ada entri Surat Untuk Razif. Kali ini Surat Untuk Akob pula.

Kenapakah ?

Kerana Akob telah berubah!

Tingkat 4,

Taman Melati,

Kuala Lumpur

Ke hadapan Akob,

Masih segar di ingatan sewaktu kita di peringkat awal menara gading dulu, ko slalu datang bilik aku untuk kejut aku pergi kelas Arab. Kesanggupan ko mendaki tangga sampai 4 tingkat melihat aku masih terbongkang tido adalah suatu kenangan terindah. Ko sanggup pulak tunggu aku siap mandi pulak tu baru turun. Namun begitu, aku syaithonkan niat pegi kelas Arab tu dengan mengajak ko bersarapan kat cafe secara selambanya. Ko tak menolak ajakan itu!

Dulu ko slalu ajak aku gi semayang kat sejid. Walaupun kadang-kadang aku pulak selamba menolak ajakan itu. Dulu asal hari jumaat jer ko akan mesej aku tanya apa tajuk kutbah walaupun hakikatnya ko dah tau yang aku memang tak tau tajuknya apa.

Tapi sejak kejadian ko menipu kami kerana semata-mata tidak mahu bersama penulis, anot dan che wa ke JB, kami sume mula merasa tawar hati dengan persahabatan ini. Masih kami ingat semata-mata nak ziarah ko di Muar balik KL semula sampai Subuh.

Ko sanggup menipu kami kononnya nak balik Kulai sebab nak kemas barang. Sedangkan hakikat ko memang sengaja elak tanak join kitorang ke JB. Sumpah kami sume kecewa sampai tanak mesej dgn ko dah. Mulai detik itu nama ko pun telah berubah kami panggil. Ada yang panggil “X” ada yang panggil arwah. Pawaka kemarahan kami bukan kepalang lagi habaq hang!

Surat ini ditulis bagi pihak penulis, anot, che wa, ajip, am, asun, yo peraran dan ramai lagi mudah-mudahan hati ko bertaman semula mengenangkan semangat persahabatan dari kekawan IIUM ni. Kembalilah berpaut semula pada rakan-rakan ko ini. Lupakah ko akan lagu tema minggu taaruf  IIUM bertajuk “Akrab Persahabatan” dulu.

Aku harap ko dapat jadi Tengku Yaakob yang kami kenal dulu. Semoga kehadiran ko di majlis walimah anot nanti bercorakkan “Jejak Kasihan” dan kawan-kawan dapat menerima Akob a.k.a Myanmar Muar yg kami kenali dan selalu ingati dulu.

Semoga kami dapat “Tengku Yaakob” kami semula.

Yang kecewa,

Penulis prolifik!

Anak Wayang


Entah kenapa Anuar Maulan sejak

akhir-akhir ini terlalu pandai

BERDRAMA…!!!


Lepas jer Anuar baca entri ni aku telepon Anuar.  Tapi Anuar tidak mahu bercakap dengan aku. Kenapa ? Kejap. Aku bagitau.

Kringgg….Kring…..

Aku : Hello

Lin : Nape Syahrul ?

Aku : Aku telefon Anod. Aku nak cakap dengan Anod laa

Lin : Anod tanak cakap dengan ko. Kalau ko nak cakap dengan dia ko kena melalui aku.

Aku : Aih..macam tu pulak. Cuba ko tanya dia nape dia tanak cakap dengan aku.


Terdengar suara Lin cakap dengan Anod kat belakang.


Lin : Anod, Syahrul tanya nape ko tanak cakap dengan dia.

Anod : Ko cakap dengan dia. ” KAU BUAT HATIKU LUKA “

Lin : Syahrul, Anod cakap ” KAU BUAT HATIKU LUKA “

Aku : Perghh..jawapan. Takpelaa. Ko cakap kat dia. Jawapan ” KAU BUAT HATIKU LUKA ” tu aku akan jadikan modal bila dia balik umah nanti.

Lin : Anod, Syahrul cakap jawapan ko tadi tu dia akan jadikan modal bile ko balik umah nanti.

Begitulah salah satu drama Anod. Tanak jawab call aku dah sebab merajuk. Siap suruh orang lain jawabkan telepon dia. Perlu laa nak jawapan yang cass cass dramatik habis. ” KAU BUAT HATIKU LUKA ”

Patut laa ada orang panggil dia RUSDI RAMLIE.

Anod, aku takkan lupa kata-kata mu, ” KAU BUAT HATIKU LUKA “. WAKAKAKAKA 😉





Kartika Oh Kartika…


Kecoh kes Kartika ni. Atas kesanggupannya untuk disebat pun masih dipertikai lagi. Arini havoc pulak kata takde tukang sebat. Ditangguhkan sebab bulan Ramadhan laa pulak. Aneh. Ramai pulak yang konon-kononnya nak muncul sebagai pejuang hak asasi wanita. Bukankah meminum arak itu haram hukumnya. Dari budaya kita orang melayu pun sangatlah tidak cocok dengan tatasusila rumpun kita me~LAYU.

Persoalan timbul;

Wajar ker disebat di dalam bulan puasa ?


Aku petik jawapan ni dari kawanku Aiman, graduan Law IIUM juga.  Tak sesia berkawan campur-campur course ni.

Dalam recent case ni hukuman yg nak dijalankan tu bukan hukuman hudud sbbnya dalam Islam the punishment for that offence is 40 lashes, bukan 6, bukan 10 ataupun 100.


Sekiranya pihak berkuasa mengatakan hukuman tu ikut cara Islam, bimbang Islam di pandang remeh sbb boleh tukar hukuman ikut suka which is hukuman hadd dalam Islam is fixed … berbeza dgn hukuman ta’zir yg di tetapkan authority.

So aku berpandangan boleh je nak sebat org nak minum arak to time ramadhan but the gov gotta make it clear that that is not hadd to avoid confusion and bad impression on Islam.

Betol jugak kata si Aiman ni. Kalo tak silap benda ni ada mention dalam buku Principles of Islamic Jurisprudence waktu zaman repeat subjek dulu. Kagum aku dengan teman-teman sebegini. Memang persis ijma’ dah tengok perbincangan budak-budak loyer ni. Wallahu’lam.


Abishek BACHAN kah gurBACHAN kah ???


Rehat kejap laa sementara bos keluar ni. Arini aku ada nak jual cerita. Cerita pasal semalam. Memang sejarah habis sebab aku, Anod & Che Wa turun makan malam sambil nonton cerita Hindustan sampai habis cerita !

Kebetulan macik tu bukak cerita Hindi. HINDI tau ! Bukan H1N1. Sanjay Dutt punya cerita. Aku cerita laa aku pernah tengok satu cerita Sanjay Dutt nak jadi doktor tapi hati cas-cas samseng.

Sekali kebetulan memang cerita tu yang kuar macik tu pasang. Tajuk cerita ” Munnabhai MBBS “. Memang layan. Biasalah kalo cerita hindustan ni part yang tak boleh berapa nak pergi ialah segmen lagu-lagu yang membuang masa. Tengah lagu tu kami bertiga sembang. Pasal actor Bollywood ni. Ternyata Che Wa lebih akrab dengan nama-nama pelakon Bollywood dari Manisha Koraila sampailah ke nama yang satu lagi ni. Anod juga tanak kalah konon-konon dia pun kenal jugak artis Bollywood ni. Konon-konon jer laa. Sakit hati aku !

Anod : Cerita Hindustan yang feveret aku cerita Mann.

Anod : Aku cuma kenal 3 Khan tu jer. Amir, Salman & Shah Rukh Khan.

Aku :  Aku langsung tak kenal sangat.

Che Wa : Aku pulak suka tengok Manisha Koraila.

Aku : Aku cuma tau Amitbah Bachan jer laa.

Che Wa : Sapa nama anak Amitbh Bachan tu ?

Lama terdiam. Semua mencari jawapan. Tidak semena-mena Anod tampil dengan jawapan ala-ala bercirikan heroic yang berlagak persis seorang fame-monger yang klasik.

Anod : Anak Amitabh Bachan tuu ni laa… gurBACHAN !!!

Senapas jer bagi jawapan. Kalau dah bagi jawapan macam gitu layakkah Anod dipanggil Al-Amin?? Arghhhh..memang sakit hati dengar jawapan dia. Memang jawab dengan gaya berlagak tahu.

Aku : Ishhhh…ni yang buat aku rasa nak menulis dalam blog jer ni….(sambil panas hati)

Che Wa : Ni yang buat aku rasa nak membaca ni..!!!!

Anod : Rilek laaa..Itu pun nak marahhhh…

yang ni amitabh BACHAN

yang ni amitabh BACHAN

nod..ni gurBACHAN hengko...!!!

nod..ni gurBACHAN hengko...!!!

Memang seiras kan gaya mereka bergambar…!

Ya…memang dia..!


Kalo korang tak dapat jugak jawapan untuk orang itu…..

sila klik link sini ;


http://ohsejuknya.wordpress.com/2009/04/15/nantikan-kemunculan-beliau/

Orang Itu….


Sikit lagi jam nak pukul 3 petang. Tepat jam 3 petang suatu mesyuarat berlangsung. Hampir dengan PWTC. Mesyuarat persis peralihan kuasa. Si Ketua berundur akibat skandal. Dilantik pemimpin baru. Majlis melantik Ketua yang baru.

Dahulunya sekadar pencacai. Genap setahun berkhidmat, pencacai disorak namanya untuk menjadi seorang nakhoda. Memandu takhta pemimpin. Ketua yang berkiblatkan hiburan. Bolehkah dipilih ?

Sebuah parlimen. Ahli majlis sepakat memilih. Orang itu yang dipilih. Sebelum dipilih sudah mengeluh macam-macam kerja kena buat kalo dah jadi ketua. Biasalah…jawatan tinggi. Fizikal jer belum tinggi.

Sama-sama kita tunggu lepas 3 petang. Membuang undi tidak percaya. Menjatuhkan pemimpin yang terlekat isu skandal. Aku tidak mahu sebut nama.

Aku bukan seorang penulis.

Aku bukan juga seorang pujangga.

Seorang Ketua Pemantau Parlimen lagi laa bukan.

p/s : tulisan berhuruf tebal adalah klu. 😉

Malaysian Politic dah macam citer senario…


Malam ni dah kuar result Ketua Pemuda & Ketua Wanita segala bagai jawatan lagi. Aku sekadar tengok kosong. KJ dah confirm jadi Ketua Pemuda. KJ pun bukan calang-calang orang. Graduate Oxford secara technically nya. Abang Tempe kita ibarat jatuh ditimpa tangga. Tak habis-habis nak mengata pimpinan baru Selangor. Tambah pulak lagi kalah dengan orang jauh lagi muda. Anak Mahathir pulak jauh tertinggal blakang.

Malam ni Rafidah Aziz pun kalah. Dulu bukan main lagi berbalah manja dua orang ni. Kesian ada. Nyampah nengok pun ada.

Yang ada duit ada kelebihan. Yang takde duit melopong jer laa.

Sebagai seorang Graduan Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Politik IIUM berhak aku sampaikan idea & susulan bagi senario politik Malaysia. Yang duk bertepuk tangan ? Dah tentulah bangsa si Penjajah ! Sedangkan si Raja-Raja Melayu pun boleh hilang immuniti dek penangan mesyuarat si pemimpin bangsa kunun-kununnya.

Peluang tinggi ISA ni..

Peluang tinggi ISA ni..