Posts Tagged ‘friends’

Surat Untuk Akob


Dulu pernah ada entri Surat Untuk Razif. Kali ini Surat Untuk Akob pula.

Kenapakah ?

Kerana Akob telah berubah!

Tingkat 4,

Taman Melati,

Kuala Lumpur

Ke hadapan Akob,

Masih segar di ingatan sewaktu kita di peringkat awal menara gading dulu, ko slalu datang bilik aku untuk kejut aku pergi kelas Arab. Kesanggupan ko mendaki tangga sampai 4 tingkat melihat aku masih terbongkang tido adalah suatu kenangan terindah. Ko sanggup pulak tunggu aku siap mandi pulak tu baru turun. Namun begitu, aku syaithonkan niat pegi kelas Arab tu dengan mengajak ko bersarapan kat cafe secara selambanya. Ko tak menolak ajakan itu!

Dulu ko slalu ajak aku gi semayang kat sejid. Walaupun kadang-kadang aku pulak selamba menolak ajakan itu. Dulu asal hari jumaat jer ko akan mesej aku tanya apa tajuk kutbah walaupun hakikatnya ko dah tau yang aku memang tak tau tajuknya apa.

Tapi sejak kejadian ko menipu kami kerana semata-mata tidak mahu bersama penulis, anot dan che wa ke JB, kami sume mula merasa tawar hati dengan persahabatan ini. Masih kami ingat semata-mata nak ziarah ko di Muar balik KL semula sampai Subuh.

Ko sanggup menipu kami kononnya nak balik Kulai sebab nak kemas barang. Sedangkan hakikat ko memang sengaja elak tanak join kitorang ke JB. Sumpah kami sume kecewa sampai tanak mesej dgn ko dah. Mulai detik itu nama ko pun telah berubah kami panggil. Ada yang panggil “X” ada yang panggil arwah. Pawaka kemarahan kami bukan kepalang lagi habaq hang!

Surat ini ditulis bagi pihak penulis, anot, che wa, ajip, am, asun, yo peraran dan ramai lagi mudah-mudahan hati ko bertaman semula mengenangkan semangat persahabatan dari kekawan IIUM ni. Kembalilah berpaut semula pada rakan-rakan ko ini. Lupakah ko akan lagu tema minggu taaruf  IIUM bertajuk “Akrab Persahabatan” dulu.

Aku harap ko dapat jadi Tengku Yaakob yang kami kenal dulu. Semoga kehadiran ko di majlis walimah anot nanti bercorakkan “Jejak Kasihan” dan kawan-kawan dapat menerima Akob a.k.a Myanmar Muar yg kami kenali dan selalu ingati dulu.

Semoga kami dapat “Tengku Yaakob” kami semula.

Yang kecewa,

Penulis prolifik!

Abang Farhan Buat Kelakar Pulak Kat Opis


Sekali sekala kalo dah duduk opis sampai malam memang rasa malas pulak nak balik. Tido jer sini. Surau kan ada bantal. Esok konfem aku no satu dok depan komputer meja. Mau terkejut beruk boss aku ingat aku nak buat gempak datang opis awal. HAHAHA.

Malas pulak laa rasa nak menaip keje ni. Mintak tolong Kak Zana jer laa. Dah tolong buat satu dah pun. Sekarang tetiba rasa macam ada semangat kesukanan yang membuak-buak pulak nak menulis blog. Boleh laa goreng sket-sket.

Dah nak masuk petang sikit tadi, as~sahabat karib dari Johor, En Farhan (tahniah kerana bakal menimang cahaya mata…bercahaya laa mata ko pasni bang) telah menguji tahap IQ bahasa Inggeris aku. Aku pikirkan soalan yang berbentuk nak karang ayat untuk draft kan email kot. Dengan berjiwa semangat membara tanya ;

Bang…kata-kata peransang dalam omputeh ape ? Stim word eh ?

Aduhh..serius aku kagum dengan ko bang. Tak pernah lagi aku nak terlintas macam gitu sekali ko translate. Tapi aku kagum bang. Kagum sebab ko mahu mencuba bang. Anak Johor memang semangat pendekar Bugis laa bang. Main hentam jer sebarang. HAHAHAHA.

Bangga aku kawan dengan ko bang !

Ko memang taraf pendeta bahasa dah tu…(“,)


Zaman Belajar Itu Swiiiittttt…(“,)


Masa berkumpul sekali dengan kawan-kawan zaman belajar dulu memang jadi indah bila borak balik pasal CITER ZAMAN BELAJA. Memang topik tu sungguh TAK LAPUK DEK HUJAN KENA PANAS PUN TAKPE.

Bila ingat balik zaman belajar dulu boleh kata macam-macam hal jadi. Yang aneh ada. Yang tak ketahuan cara pun ada. Yang masuk air lagi banyak. Yang entah apa-apa pun memang konpem banyak dalam list.

Dari first year memang zaman nak adapt dunia baru. Baru pun tak baru jugak laa. Zaman tu keje melantak jer laa. Maklum laa banyak jual makan Egyptian ni. Memang puas melantak jer keje.

Masuk second year jadi makin sweet. Kelas pergi tak pergi. Kawan tolong sign atenden. Pedajalkan atenden orang lain. Lagi sweet. Maklumlaa kite dulu bukan budak pandai. Tapi buat-buat pandai jer. Antara yang sweeeetttt sweeeettt itu adalah ;

  1. Selalu kena repeat paper. Ade laa dekat 10 paper repeat. Tu yang lajak sampai setahun aku study. Repeat mid term pulak slalu  dengan Dr Wahabuddin Raees. Mana laa dia tak sayang aku sampai mati. Asal ada paper die jer konfem mid term kena repeat. Blom final paper lagi. HAHAHA. Tapi beliau memang sungguh sweet.
  2. Pernah ponteng kelas sampai 2 bulan straight tak hengat donia. Dah elok sampai depan kelas pun boleh decide nak balik bilik tido. Hidup macam orang kaya. Keje nak tido jer. Bilik pun dah tahap sorga. Siang ker malam ker nampak sama jer. Dengan dingin-dingin pokok buat bilik jadi sejuk dan nyaman. Ishh.kalo describe lagi ni mau lena aku kat sini.
  3. Zaman berchenta tu biasa laa. Orang lain pun berchenta jugak kan. Tapi time tu mengurat cam dalam TV beb. HAHAHA. Buat kering jer pergi tackle.
  4. Dapat keje part time masa semester pendek. Dengan gai seribu lebih keja cuma 5 jam sehari. Tak campur duit PTPTiPU lagi tu. Lagi laa buat hidup macam orang kaya jer lagi sekali. Asal takde baju nak pakai esoknya terus shoot pergi Jasko beli baju. Malas basuh baju pun terus shoot pegi Jasko beli baju nak pakai. Nak makan pun dah tau tak boleh habis tapi beli jugak sebab nak makan sangat. Selalu beli hot dog Arab dah tak habis terus campak kat tingkap. Kalo sehari tak ngape. Kalo dah makan bulan macam gitu tak ke angkuh namanya gitu. Biasa laaa. Kenang-kenang balik memang sweeeeeeeetttt pun. Dan jugak dapat beli sesuatu betol-betol dengan titik peluh sendiri. Sampai arini ada lagi. SWEEETTT..!
  5. Pernah tolak motor dengan Che Wa sebab tayar pancit. Balik dari keje kastemer sebis Astro. Menolak di tengah malam hujan lebat pukul 12.45 malam dari Wangsa Maju sampai ke UIA pukul 2.45 pagi. Sumpah aku rasa macam dalam drama TV. Big thanks for those yang risaukan aku. Ada jugak yang menitik air mata dengar.
  6. Selalu dapat lecturer yang best-best. Yang jenis tak datang arini boleh sign next kelas. Dapat pulak lecturer bahasa Arab yang tahap kamceng gila. Kalo tak kamceng ni mati laa aku kena repeat sem untuk kelas Arab saje sampai drag nak konvo. Kena laa pandai politik sket. Kata grad POLITICAL SCIENCE. HAHAHAHA.
  7. Penah pegi exam final sekali datang lecturer buat gempak letak note ” SEE ME AFTER THIS EXAM “. Lagi caca marba bila Akob, Ajip, Che Wa dengan Yo pun dapat sekali. Sekali kantoi daaa plagiat esemen Anod punya. Tapi Anod tak kantoi pulak. Mujur Madam Asiah tu baik. HAHAHA. Tokojut den dapat note macam gitu tengah-tengah jawab exam. Terus hilang konsentret jadi takleh jawab. Tiru esemen biasa laa. Mana pernah buat seiklas hati.
  8. Seminggu ponteng kelas sebab follow Nik Ahmad Faiz pegi Malaysia Open kat Kuantan. HAHAHA. Ponteng kelas killer pulak tu. Nasib baik lepas tu aku ” lepas “. Lepas pada balik tu terus ada citer lain. HAHAHA. Hanya aku dan kau saja yang tau mungkin.
  9. Selalu kalo nak exam kol 9 pagi malam tu selalu belom baca apa pun. Yo lagi teruk siap boleh main FIFA ker Winning Eleven dulu. Bila aku tanya ” Yo, ko dah study belom ? ” ” KO study dulu pas ko study ko baca depan aku ” Dah pas Subuh lagi sejam dua nak exam baru baca. Kadang-kadang redah jer selamba hati goreng dalam exam.
  10. Dapat peluang ikut team badminton UIA pergi MASUM. UIA bayar tiket flight sampai ke UniMAS Sarawak. Memang layan ler. Pernah hidup sambil ditaja individu tertentu dalam dunia badminton. HAHAHA. Tapi kejap jer laa.
  11. Selalu kalo time musim Champion’s League kelas kol 8 konfem aku dengan Che Wa jer ada. Ajip, Yo, Akob, Sleme suma konfem hanyot. Separuh kelas konfem budak laki takde. Aku dengan Che Wa jer tak layan sangat bola.

Memang macam-macam laa kenangan zaman belajar. Tapi kalo setakat orang biasa-biasa macam aku ni baru laa rasa sweet nya. Kalo jenis yang duk kampus nak ngadap buku jer tak tau laa aku apa sangat ragam hidup diorang masa zaman belaja. Ni pun kalo nak tulis sume memang tak habih laa. Lain orang lain kenangannya. Tapi aku rasa bangga dah dengan kenangan-kenangan tu. Penah sebut dengan Anod kalo sambung Master pun pasni dah tak sama time degree masa budak-budak dulu. Keje nak mengelat jer manjang.

Dari Meja Kerja,


~ Penulis ~

~ Demam TOMESKAP ~


Lagi sekali aku nak jual cerita. Maklum laa bos tengah takde kat opis. Orang lain plak sume cuti tahunan. Sungguh bagai di syurga saja kurasakan berseorangan di pejabat. Rileks bos. Saya datang keja IKHLAS arini. Hurup besar lagi ikhlas dia tu. HAHAHA.

Memang sejak abis Tomeskap kat memana pun tengok ada budak0budak main badminton petang-petang depan umah. Memang tak ubah permainannya berkonsepkan sebuah tournament sungguh pun main depan pagar jer kot.

Dekat Melati saja, tak cukup  budak laki, budak pempuan pun sama kemaruk nak main badminton jugak. Kat Taman Chi Liung pulak tanak kalah. Ada ker adik aku ajak stroke sepukul dua dengan aku ? Memang keputusan yang silap laa. Ntah kemana-kemana laa shuttle adik aku pukul. Ke longkang laa masuk umah sebelah laa naik atas bumbung laa. Tapi biasa laa. Lumrah pertandingan. Ada turun naik. Ada naik bumbung ada turun longkang.

Part paling menggodek jiwa lucu, aku dan Anod main game dalam GTALK. Memang berkelas dunia. Ada ker game ? HARRUSSSS LAAAA ada..!

Aku start buzz Anod dalam GTALK. Game pun bermula.

AKU : Not..jom single..

ANOD : Jom..aku serve..kasi bola overhead sket

AKU : Aku receive..letak depan net jer.

ANOD : Aku spin net sket.. kasi shuttle golek-golek sket

AKU : Aku angkat shuttle ke belakang. Tinggi sampai baseline.

ANOD : Aku drop depan net. Tanak smash dulu.

AKU : Aku letak cross court net. Kasik bola tido satu kali. Baik punya buah korek

ANOD : Aku spin lagi shuttle kat net.

AKU : Aku petik shuttle tu angkat sampai belakang lagi

ANOD : Aku terus smash cross court cari line. Shuttle mati di situ

AKU : Perghhh…cepat ajer die nak matikan bola.

ANOD : Hahahaha

Pastu Anod sibuk. Ada keje. Esok-esok asal aku pelawa jer Anod terus kata jom. Semangat sangat nak main badminton. Kat GTALK pun masuk jugak beb lawan. Tinggal beran dengan tak beran jer laaa. HAHAHA.

Dari Tiang Berdirinya Jaring Badminton,

~ The Shuttler ~



Sekali Anak Misbun Laaa…


Citer pasal Piala Tomes dah lama habis. Tapi baru ini aku nak menulis. Kebetulan semalam singgah umah Yo Peraran tertengok siaran ulangan Tomeskap Semi Final 2010.

Leps balik dari stadium memang hati ada sedikit berdekah-dekah tengok player Malaysia main cam gitu jer kalah. Selang berapa hari, sajer pelawa Anod pergi KLRC kot-kot ada boleh amek feeling amek berkat kat situ.

Elok jer masuk dewan dengar pung pang pung pang shuttlecock kena raket hati rasa macam tertawan. Rasa hiba jer dengar pukulan demi pukulan yang memang nampak seni halusnya.

Lagi pulak nak jadi best malam tu, boleh plak terserempak dengan Mahazim roomate abg faiz masa kat BAM dulu. Sekali rupanya diorang ada frenly match lawan plak dengan team abg zahar. perghh..memang klasikal laa tengok orang main. Tambah seri plak ada Zulfari budak Nusa Mahsuri, dua orang anak Misbun jugak kat situ. Memang tak masuk akal shuttle diorang.

Before balik salam dulu dengan sume orang, kena part salam anak misbun memang terasa “KEBERKATAN”nya. HAHAHA. Masuk air sungguh. Tapi memang kelas game diorang. Yer laaa kalo nama aku BIN MISBUN SIDEK pun mesti aku pun main lebey kurang jer dengan diorang.

MEMANG TERBAAEEEKKK..!

Entri Geli-Geli


HAHAHAHA. Lama aku berenti. Semalam balik kerja terdetik nak kongsi cerita. Entri ini ada cas-cas entri geli-geli bak kata Saim. Tapi layan jugak laa.

Semalam aku ber~YM dengan Roslin Hashim a.k.a jaguh badminton negara. Memula kenalkan diri kena laa pakai nama abg faiz baru laa dia cam sapa.HAHAHA. Tapi tidak kusangka Roslin Hashim juga memang terbaeeekkk lawaknya.

Buah Korek vs Korek Buah

Lebih kurang macam gini laa dia ;

Roslin : Okay bro. Ape cer ?

Penulis : Takde cer..sajer..ada mana..? Bukit Kiara ker..?

Roslin : Takde laa..ada kat umah..rehat jap..

Penulis : Sayang laa aritu tak sempat nak tengok Hafis main final. Dia punya buah korek memang terbaeeeekkkk….!

Buah korek ialah satu jenis skill dalam badminton yang dah tahap susah gile nak amek tapi boleh twist wrist korek dari bawah shuttle tu sikit lagi nak jatuh  jadi cross net. Memang terbaeeekk pun skill ni. Cuma beberapa orang jer player dunia ada skill ni.

Roslin : Dia punya ” KOREK BUAH “ pun terbaaeeeekkk juga…!

Penulis dalam hati : Haaaaaaaaaa…???? KOREK BUAH….??? BUAH APAKAH…?

Penulis : HAHAHAHA…jahat demo..mengata ke adik sendiri.

Roslin : Kata ke adik sendiri takpe..jangan kata kat orang lain.

Masuk air jugak player Malaysia sekali pun. Memang terbaek lawak spontan dari Abang Roslin.

RSVP ohh RSVP


Kenduri kendara detik-detik ini memang semakin mencanak-canak. Dapat kad pun seronok ada lain macam sikit. Tengok bentuk kad pun macam-macam.

Dalam banyak-banyak jemputan tu ada jugak yang tercatat RSVP.  Jenuh jugak aku tanya member apa benda yang diakronimkan RSVP ni. Tuan punya kad pun tergelecek nak jawab.Sungguh pun aku tau laa RSVP tu function dia kalo nak datang bagitau. Aku cuma berteka teki RSVP tu stands for what.

Aku kongsi laa sama-sama. Lepas aku klik search jer kat Gugel rupanya bukan bahasa kita daa.

Literally RSVP means ;

The term RSVP comes from the French expression “Répondez S‘il Vous Plaît”, meaning “please respond”. If RSVP is written on an invitation it means the invited guest must tell the host.

Demikian lah maksudnya RSVP ni… 😉