Posts Tagged ‘marah’

Surat Untuk Akob


Dulu pernah ada entri Surat Untuk Razif. Kali ini Surat Untuk Akob pula.

Kenapakah ?

Kerana Akob telah berubah!

Tingkat 4,

Taman Melati,

Kuala Lumpur

Ke hadapan Akob,

Masih segar di ingatan sewaktu kita di peringkat awal menara gading dulu, ko slalu datang bilik aku untuk kejut aku pergi kelas Arab. Kesanggupan ko mendaki tangga sampai 4 tingkat melihat aku masih terbongkang tido adalah suatu kenangan terindah. Ko sanggup pulak tunggu aku siap mandi pulak tu baru turun. Namun begitu, aku syaithonkan niat pegi kelas Arab tu dengan mengajak ko bersarapan kat cafe secara selambanya. Ko tak menolak ajakan itu!

Dulu ko slalu ajak aku gi semayang kat sejid. Walaupun kadang-kadang aku pulak selamba menolak ajakan itu. Dulu asal hari jumaat jer ko akan mesej aku tanya apa tajuk kutbah walaupun hakikatnya ko dah tau yang aku memang tak tau tajuknya apa.

Tapi sejak kejadian ko menipu kami kerana semata-mata tidak mahu bersama penulis, anot dan che wa ke JB, kami sume mula merasa tawar hati dengan persahabatan ini. Masih kami ingat semata-mata nak ziarah ko di Muar balik KL semula sampai Subuh.

Ko sanggup menipu kami kononnya nak balik Kulai sebab nak kemas barang. Sedangkan hakikat ko memang sengaja elak tanak join kitorang ke JB. Sumpah kami sume kecewa sampai tanak mesej dgn ko dah. Mulai detik itu nama ko pun telah berubah kami panggil. Ada yang panggil “X” ada yang panggil arwah. Pawaka kemarahan kami bukan kepalang lagi habaq hang!

Surat ini ditulis bagi pihak penulis, anot, che wa, ajip, am, asun, yo peraran dan ramai lagi mudah-mudahan hati ko bertaman semula mengenangkan semangat persahabatan dari kekawan IIUM ni. Kembalilah berpaut semula pada rakan-rakan ko ini. Lupakah ko akan lagu tema minggu taaruf  IIUM bertajuk “Akrab Persahabatan” dulu.

Aku harap ko dapat jadi Tengku Yaakob yang kami kenal dulu. Semoga kehadiran ko di majlis walimah anot nanti bercorakkan “Jejak Kasihan” dan kawan-kawan dapat menerima Akob a.k.a Myanmar Muar yg kami kenali dan selalu ingati dulu.

Semoga kami dapat “Tengku Yaakob” kami semula.

Yang kecewa,

Penulis prolifik!

Ingatkan Tupai Itu Hebat Melompat, Rupanya Tersungkur Jua…


Kepulauan MELATives – Seorang jejaka yang kini dikenali sebagai suspek juga seorang pelakon popular di kepulauan ini telah berjaya ditangkap atas tuduhan sengaja mereka-reka cerita dan bercinta secara senyap-senyap diserahkan bagi tujuan siasatan lanjut pada petang Isnin kelmarin. Suspek tersebut dikesan telah memperdayakan seorang penulis blog sejak lebih sebulan yang lalu. Gerak-geri suspek yang selama ini diekori akhirnya berjaya terbongkar berikutan “leaking information” dari seorang kenalan suspek.

Penulis blog tersebut yang khabarnya bengang dengan tindakan suspek telah berjaya mengepung suspek bersama seorang informer yang sengaja merancang bagi tujuan “pendedahan” dilakukan.

Suspek yang terperangkap dilaporkan tidak berjaya mengaburi mata pihak yang menyoal siasat akhirnya kecundang namun sengaja mengubah-ubah kenyataan tidak bersalah di peringkat awal  soal siasat dijalankan. Penulis blog tersebut juga bersama informernya sengaja merancang untuk mengepung suspek ketika suspek leka menonton televisyen bagi tujuan membalas dendam akibat perbuatan tidak telus suspek. Suspek khabarnya telah lama menjalinkan hubungan dengan seorang  WANI~ta tempatan namun sengaja berdalih dek bimbang dikeji masyarakat setempat. Perlakuan suspek yang selama ini sengaja menghidupkan api kemarahan Sang Pencinta telah menimbukan dendam pada mangsa kejadian.

Soal siasat tersebut yang lebih mirip berbentuk ” Sweet Revenge ” sememangnya diatur dengan modus operandi yang terancang. Walaupun pelbagai soalan ditujukan, namun suspek begitu angkuh enggan menjawab sebarang pertanyaan namun hanya tertawa dengan penuh biadap sejurus soalan yang diajukan. Akhirnya suspek terlepas pandang dan tidak berhati-hati dengan soalan penulis blog tersebut apabila ;

” Aku rasa aku ada nombor telefon dia. 012 5** **** kan ? “

” Yer kot ”

” Apa laa nombor kekasih sendiri pun tak ingat. ”

” Aku mana laa ingat nombor dia. “

Dengan jawapan itu maka jelas tiada sebarang bentuk penafian di situ. Suspek telah membenarkan kenyataan penulis blog bahawa WANI~ta itu ialah teman WANI~tanya. Kalau tidak sudah tentu suspek akan menjawab ” Mana aku ada kekasih. ”

Telah terbukti kini suspek rupanya sedang dilamun cinta namun tidak mendedahkannya kerana bimbang dikeji penduduk setempat. Perbuatannya mengundang padah dan apabila rahsia ini terbongkar seluruh kepulauan Malaya juga akan dapat menyaksikan drama ini.

Buat teman WANI~ta suspek, tahniah penulis ucapkan kerana berjaya meruntuhkan ego seorang lelaki Jawa ini untuk bercinta. Akhirnya Tuhan telah bayar “cash” terhadap apa yang telah dikatakan oleh suspek tersebut suatu ketika dahulu.

6335_1210786669188_1214370930_30646814_3679203_n

kau nak mengaku ker atau...AKU...

Moral kejadian – Bercinta tidak salah. Berahsia dengan sengaja mendustakan kepada kekawan adalah SALAH !

Kalau Tanak Kena Banyak Tanya…


Kalau pergi Carrefour cakap laa pergi Carrefour….

Kalau pergi Alamanda cakap laa pergi Alamanda….

Jangan cakap pergi Jusco Equine Park pulak….

Selsema BABI kah aku…?


Semenjak dua menjak ni, binatang bernama BABI lah yang paling femes. Semacam mengukir populariti apabila virus selsema H1N1 ini dikaitkan dengan BABI. Binatang bernama BABI ni memang dia punya ” HOT “ tu lain macam sikit. Kalau ada yang berjiwa baran pun digelar marah gila BABI. Kalau ada yang ekstrem sikit pun memang BABI akan jadi kata adjektif sebagai penguat kata.

Orang kata enggang sama enggang biar pipit sama pipit. Tapi ini BABI biar sama BABI.

Satu malapetaka. Hari ini. Di bulan Julai.

Ikutkan hati, ingin jadi pengikut fesyen yang tegar dan hip. Aku masuk satu kedai kat The Gardens. Jenama hebat. Aku pegang satu kasut. Macam best. Lepas tengok harga, aku rasa kasut tu memang tak best ! WAKAKAKA. Elok jer aku letak balik kat tempat dia, baik punya tag dia ada tulis PIG SKIN. Aduhhhh. Pedih hati aku. Terasa diri tidak sesuci dulu lagi sejurus menyentuh najis mughallazoh itu. Sakit hati aku !

Tsunami jiwa aku petang tadi. Jiwa kacau. Macam mana laa nak buat ni. Memikirkan mana pulak aku nak cari tanah kat MidValley tu. Sumpah aku rasa nak marah. Bila marah mana boleh pakai bahasa slanga. Bahasa kesat ibarat bertubi-tubi silih berganti nak beratur keluar. Tak dapat pula diganti dengan ayat-ayat Al Quran versi pendek. Takut ada kecederaan pada tajwid nanti.

Lepas pergi cari tanah kat pasu bunga untuk samak terus aku hamun;

memang BABI punya BABI..!!!

p/s: perkataan babi yang pertama itu adalah adjektif !

DUGAAN HIDUP


” kasi aku tempoh untuk bertenang “


Aku Marah Bila….


Seronok bila dapat jumpa kawan-kawan lama. Lagi seronok bila dapat kumpul ramai-ramai pastu ada aktiviti nyanyi reramai.

Jadi tak seronok bila dalam ramai-ramai tu ada sorang yang tak datang. Jadi lagi tak seronoknya pulak bile die mmg sengaja TANAK datang. (alamak…berbunyi ketegasan di situ..) Tambah tak seronoknya pulak die memilih untuk berhibur dengan kawan yang lain yang ntah bile berjanjinya.

Perbuatan die memang mengundang pawaka kemarahan. Bayangkan kolam hati kami semua rasa bertakung kekecewaan dek perangai jengkel orang itu. Kepala kami bercelaru sebab telah dimungkiri janji secara tidak bersalah dari si pelaku. Si tertuduh siap buat muka angkuh lagi pastu.

Walaupon ramai rakan-rakan sepersengalan datang, tapi tetap tak menyamai “swinging bowl” ni sorang..!

Aku & kawan-kawan lain KACIWA !!!

Wahai kawan-kawanku…


Buat Razif,

Aduhhh. Anod kini aku sudah banyak ditembak rasa KACIWA. Anod semakin diasuh untuk membunuh persahabatan kita semua. Aku terpaksa melaporkan pada kau disebabkan tanggungjawab yang diberi untuk memantau Anod.

Pagi tadi ada kejadian yang membuatkan sesuatu berlaku tidak mengikut tentatif program. Aku kaw-kaw dimarah Anod. HAHA. 😉

Dah banyak kali aku call tapi ptg tadi si Haikal yang jawab tepon Anod. Katanya Anod pergi toilet. Ujar Haikal ;

Anod saja tinggalkan tepon bila tengok ko tepon. Dia terus letak henpon atas meja pastu pergi toilet. Berboraklah aku sama Haikal.

Aku terangkan pada Haikal. Kami sudah diamanahkan oleh Razif & Mizi supaya memantau Anod lepas ketiadaan diorang. Percayalah Kal. Aku suka buat dia marah tapi dia takkan marah, sekadar sengih gelak gelak balik jer. WAKAKAKAKA. 😉

Kata Haikal ;

Takpe..Aku suka tengok dia tertekan. Sekali-sekala kita kena buat dia tertekan.

Tapi aku rasa cam nak gelak gajah jer dengar Anod marah. Berbunyik macam laki nak cerai bini jer. Korang tau ape dia ckp ?

Nod..aku tulis citer ko ni dalam blog ni..Terus dia jawab ;

KO BUATLAH APE KO SUKA !!!!

(perghh..dengan nada mmg suami nak cerai bini )

Kan dah merah dah tulisan tu. Memang tahap Anod murka !

Dengar Anod marah cam gitu tersangatlah humor aku rasa. WAKAKAKAKA. Aku tak tahan nak gelakkan ko Nod. HAHAHAHA. 😉

Blah laa Nod. Nak marah aku balik plak. Member ko sendiri suh aku buat ko tertekan ! HAHAHAHA. 😉