Posts Tagged ‘marriage’

RSVP ohh RSVP


Kenduri kendara detik-detik ini memang semakin mencanak-canak. Dapat kad pun seronok ada lain macam sikit. Tengok bentuk kad pun macam-macam.

Dalam banyak-banyak jemputan tu ada jugak yang tercatat RSVP.  Jenuh jugak aku tanya member apa benda yang diakronimkan RSVP ni. Tuan punya kad pun tergelecek nak jawab.Sungguh pun aku tau laa RSVP tu function dia kalo nak datang bagitau. Aku cuma berteka teki RSVP tu stands for what.

Aku kongsi laa sama-sama. Lepas aku klik search jer kat Gugel rupanya bukan bahasa kita daa.

Literally RSVP means ;

The term RSVP comes from the French expression “Répondez S‘il Vous Plaît”, meaning “please respond”. If RSVP is written on an invitation it means the invited guest must tell the host.

Demikian lah maksudnya RSVP ni… 😉



CUTI SEKOLAH KATANYA…


Dari aku buang masa melunjur kaki dekat opis, baik aku blogging kejap. Budak-budak sekolah  skang tengah cuti sempena cuti sekolah. Aku pun cuti jugak. Banyak kali jugak cuti secara senyap-senyap. Tapi aku bukan meraikan untuk budak sekolah. Aku raikan untuk cikgu sekolah.

Cikgu Peraran cuti, Cikgu Beruang pun balik cuti, Cikgu Asun pun cuti. Cikgu Razif jer blom lapor diri lagi. Bila dah balik macam-macam cerita. Macam-macam gaya.  Macam-macam resam. Macam-macam senda gurau pun ada.

Kena gelak tu jangan cakap laa. Memula Cikgu Asun kena gelak sebab simpan lagu Aizat dalam henpon. Sejak bercinta mungkin Asun tidak lagi seperti dulu. Asun tidak lagi INDIE. Tiada lagi Butterfingers. Tiada lagi Bitter Sweet. Mungkin lebih berbunyi Aizat. Mengapa Asun ? Jawab sajalah persis judul lagu Aizat ~ Fikirlah.

Satu lagi, tak baik menghina orang nak buat baik. Sangat tak permai akhlak ada ciri-ciri macam tu. Boleh ko gelakkan kawan ko bacakan doa untuk kesejahteraan & keselamatan ko ?

Can u bilivvvv it ?

Aduhai…nasiblah baik kawan ko yang bacakan doa tu tak pandai berkecil hati. Tersentap aku dengar ko ketawa cam gitu.Tak takut ker risiko azab dari TUHAN ko gelakkan orang macam gitu bang ?

Berikut adalah senarai aktiviti PIBG kami ;

  1. Main futsal lawan team Shah. Kalah bermaruah.
  2. Karaoke ~ Aku terlepas sesi pertama kat MUTIARA. Sesi kedua dekat REDBOX. Mesyuarat sangat lancar.
  3. Pergi kenduri kawin Sulhi. Masing-masing sakan bergaya ngalahkan pengantin !
  4. Shopping 3 hari berturut-turut. ~ Tidak dapat tidak untuk dielakkan ~ Sangat SUCCESS !

Memang indah kenangan bile kumpul ramai-ramai. Kata Anod ~ Ini Kisah Klasik Untuk Masa Depan. Kata Asun ~ Next agenda ialah next cuti sekolah. WAKAKAKA.

yang kalah duk atas..yang menang duk bawah

yang kalah duk atas..yang menang duk bawah

mujur muat kamera

mujur muat kamera

suka sangat anod bila kamera amek gambar dia

suka sangat anod bila kamera amek gambar dia